Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 27, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 37

Malam itu, Hani bersiap-siap untuk berjumpa Dimas di hotel penginapannya. Dia mahu membuat kejutan kepada Dimas. Mungkin betul apa yang dikatakan oleh Suraya. Dia harus merebut kebahagiaannya. Dia tidak harus mensia-siakan kesempatan yang kedua itu.

Sepanjang perjalanan ke hotel penginapan Dimas, bibir Hani tidak lekang dengan senyuman. Dari tadi dia cuba menghubungi telefon bimbit Dimas namun talian itu tidak dapat disambung.

“Mungkin konsert dia orang tak habis lagi,” fikir Hani.

Sesampai di hotel itu, Hani segera bertanyakan perihal Dimas dan yang lain-lain di kaunter. Malangnya, pekerja di kaunter itu memberitahu bahawa Dimas dan yang lain-lain sudah mendaftar keluar beberapa jam yang lalu.

Tanpa membuang masa, Hani bergegas ke lapangan terbang. Mudah-mudahan kapal terbang yang dinaiki oleh Dimas belum berlepas. Dim, tunggu aku.

Di dalam kapal terbang, para penumpang mengambil tempat duduk masing-masing. Dimas termenung di tempat duduknya sambil memerhati ke luar tingkap. Adakah Hani tahu yang aku akan pulang Jakarta malam ini?

“Alamak!” teriakan kecil Erwin di sebelah mengejutkan Dimas.

“Kenapa Win?” soal Dimas.

“Aku baru teringat. Sepatu aku tertinggal di kamar hotel!” ujar Erwin cemas.

“Kok cuai banget sih elo?” marah Dimas.

“Nggak. Gue harus kembali ke sana,” Erwin tekad untuk kembali ke hotel penginapan mereka.

“Elo gila? Kita kan udah mau berangkat. Lupain ajalah. Itukan cuma sepatu. Beli aja yang lain.”

“Itu bukan hanya sepatu. Itu kado dari almarhum bapak gue. Gue mahu ke sana!” Erwin bangkit dari kerusinya.

“Win!” Panggilan Dimas tidak diendahkan oleh Erwin.

“Dim, mau ke mana si Erwin tu? Flight udah mau berlepas ni. Nanti dia ketinggalan,” ujar Armand.

“Biar gue ikut dia,” Dimas mengekor langkah Erwin.

“Cepat Dim!” Armand bimbang jika Dimas dan Erwin tidak sempat menaiki kapal terbang itu. Lagi beberapa minit aja kapal terbang itu akan berlepas.

Di balai berlepas, Hani masih mencari-cari kelibat Dimas dan yang lain-lain. Air matanya sudah hampir gugur tatkala mendengar pengumuman penerbangan ke Jakarta. Hani kaku di situ. Seakan tidak percaya. Dia kecewa lagi.

Pada waktu itu juga, Dimas dan Erwin melangkah keluar dari balai berlepas itu tetapi malangnya Hani sudah berpaling ke belakang dan tidak perasan akan mereka berdua.

“Elo ini cuai banget tau!” Dimas memarahi Erwin.

“Gue lupa,” Erwin membela dirinya.

“Pasti kita nggak sempat pulang hari ini,” Dimas terus membebel. Erwin memekakkan telinga.

Ketika mereka hendak melangkah ke luar, Erwin ternampak kelibat Hani. Langkahnya terhenti.

“Eh, Dim! Itu Hani.”

“Elo jangan cuba mengalih perhatian gue,” balas Dimas. Masakan Hani ada di sini sedangkan aku tidak memberitahunya yang aku akan pulang ke Jakarta hari ini.

“Gue nggak bercanda. Elo lihat,” Erwin memalingkan tubuh Dimas melihat ke arah seorang perempuan yang duduk di kerusi menunggu. Wajahnya sugul.

Dimas memandang ke arah yang dikatakan oleh Erwin. Wajahnya memang seperti Hani tapi…

“Ah, enggak mungkin!” bantah Dimas.

“Benar sih! Itu Hani,” Erwin yakin dia tidak silap. “Kalau elo enggak percaya, cuba panggil. Hani!”

Hani tersentak lalu berpaling. Pandangan matanya bertembung dengan Dimas. Masing-masing kaget.

“Han…” Dimas masih tidak percaya dengan apa yang dilihat.

“Dim…” Hani mula yakin yang dia tidak bermimpi. Dimas betul-betul berada di depan matanya. “Dim!” Hani meluru ke arah Dimas lalu terus memeluknya. Gembira dan lega kerana dia masih berpeluang berjumpa Dimas. “Jangan tinggalkan aku lagi. Aku sayangkan kau.”

Dimas membalas pelukan Hani.

“Aku juga sayang sama kamu, Han.”

Erwin yang melihat tersenyum lega. Syukur dua sahabatnya itu dipertemukan semula. Cinta telah membawa mereka ke sini.

Dimas mendapatkan Hani selepas menyelesaikan urusan tiket penerbangan ke Indonesia yang seterusnya memandangkan dia dan Erwin sudah terlepas penerbangan yang sebelumnya.

“Pukul berapa tiketnya?” tanya Hani sejurus Dimas mengambil tempat di sebelahnya.

“Jam empat.”

“Kau mesti balik hari ni juga ke?” Hani bimbang sekiranya dia tidak dapat bertemu dengan Dimas lagi. Kalau boleh, dia mahu sentiasa berada di samping Dimas. Dia tidak mahu berpisah dengan Dimas lagi.

Dimas menggangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Hani.

“Kita masih banyak urusan di sana. Album baru kita kan masih dalam promosi. Lagipun kita sudah sain kontrak,” ujar Dimas. Hani diam mendengar jawapan itu. “Tapi kamu jangan bimbang. Aku pasti kembali.”

“Bila? Enam tahun lagi?”

“Jangan begitu, Han. Aku mengaku salah aku enggak menghubungi kamu dulu. Tapi sekarang aku beri kamu jaminan aku pasti kembali untuk menemui kamu. Kamu akan tunggu aku kan?”

Hani diam lagi. Mampukah aku bertahan?

“Kan?” Dimas meminta kepastian.

“Aku tak tahu aku mampu bertahan lagi atau tidak,” ujar Hani. Dia sudah lelah menunggu. Penantian itu suatu penyiksaan.

“Kamu harus bertahan, Han. Demi aku. Demi kita.”

Hani memandang Dimas.

Pada waktu yang sama di rumah Suraya, telefon rumah itu berdering tidak berhenti-henti. Suraya dan Rahman yang sedang lena diulit mimpi berasa terganggu.

“Siapa pula yang telefon malam-malam ni?” Rahman memetik suis lampu.

“Biar Su jawab. Mak agaknya,” Suraya bangkit ke ruang tamu. Tekaannya tepat apabila suara ibunya kedengaran di hujung talian. “Waalaikummussalam. Kenapa mama telefon malam-malam ni? Mak dan abah tak apa-apa?”

“Mak dan abah tak ada apa-apa tapi Hani…” suara Puan Rohana sedikit gusar.

“Hani? Kenapa dengan Hani, mak?” Suraya turut diserang kebimbangan mendengar nada suara ibunya. Ada sesuatu yang buruk menimpa Hani ke?

“Hani ada kat rumah Su?”

“Tak ada. Biasa dia telefon dulu sebelum datang. Kenapa mak?”

Takkan Hani lari dari rumah lagi gara-gara bertengkar dengan mak? Fikir Suraya.

“Dah pukul berapa ni tapi Hani tak balik lagi. Mak risaulah. Mak ingat dia pergi rumah Suraya. Takut dia terlupa nak bagi tahu mak.”

“Tak ada pula dia cakap nak datang sini. Dia kerja lebih masa agaknya. Mak dah cuba telefon handphone dia?”

“Dah puas mak cuba tapi tak dapat.”

“Tak apalah, mak. Nanti Su cuba pula. Mak jangan bimbang sangat ya. K, assalamualaikum,” Suraya mematikan talian itu kemudian mendail nombor telefon bimbit Hani. Sayangnya talian itu tidak dapat disambung. Suraya meletakkan gagang. “Mana pula si Hani ni?”

Suraya melihat jam di dinding. Hampir pukul empat pagi. Minta-minta tak ada apa-apa yang buruk menimpa Hani. Ya Allah, selamatkanlah adik aku. Doa Suraya.


***


Di KLIA, Erwin kembali mendapatkan Dimas dan Hani selepas mencari sepatunya di hotel.

“Gimana? Ada sepatunya?” tanya Dimas.

“Enggak ada sih,” jawab Erwin hampa.

“Elo ini gimana sih? Elo yakin sepatu itu tertinggal di kamar hotel?”

“Udah hampir satu kamar gue cari. Tapi nggak ketemu. Bila gue fikir semula, mungkin gue enggak bawa sepatu itu. Jangan-jangan sepatu itu ada di rumah gue di Jodja.”

Kata-kata Erwin itu menimbulkan kemarahan Dimas.

“Elo tau nggak kalau bukan karena elo, kita udah pulang sekarang.”

“Iya, gue tau gue salah. Tapi kalau bukan karena gue, elo enggak akan ketemu sama Hani kan?”

Dimas dan Hani saling berpandangan. Betul juga kata Erwin itu. Kalau bukan kerana Erwin tertinggal sepatunya, pasti aku tidak akan bertemu dengan Hani. Dan mungkin juga aku tidak akan mendengar pengakuan Hani tentang perasaannya kepada aku.

“Ya, elo berjasa sama aku. Makasih,” ucap Dimas acuh tak acuh.

“Sama-sama,” Erwin tersenyum bangga.

Seketika kemudian kedengaran pengumuman penerbangan ke Jakarta. Para penumpang diminta ke balai berlepas sekarang.

“Dah sampai masa,” Erwin melihat jam di tangannya.

Hani memandang Dimas. Dia tahu sudah sampai masanya dia harus berpisah dengan Dimas.

“Han, aku harus pergi ni. Kamu jaga diri ya,” Dimas juga berat hati untuk meninggalkan Hani.

“Kau pun jaga diri,” Hani sedaya mungkin menahan air matanya daripada menitis.

“Aku pasti kembali. Tunggu aku ya,” janji Dimas.

“Ya, aku tunggu,” balas Hani.

“Pulang dulu ya, Han,” ujar Erwin.

“Ok, take care.”

“Udah lewat ni. Kamu harus pulang. Nanti orang tua kamu bimbang,” ujar Dimas sebelum dia dan Erwin melangkah ke dalam pesawat.

Tatkala itu baru Hani teringat yang dia tidak memberitahu ibunya tentang kedatangannya ke situ. Hani mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg. Hani mengeluh apabila melihat telefon bimbit itu kehabisan bateri.


***


Di rumah, Puan Rohana hampir terlelap apabila mendengar kunci pintu dibuka dari luar. Seketika kemudian, Hani muncul. Langkahnya lemah.

“Hani…”

“Mak?” Hani terkejut melihat ibunya terlelap di sofa lalu melabuhkan punggung di sebelah ibunya. “Kenapa mak tidur kat sini?”

“Hani pergi mana? Mak risau tau. Kenapa tak telefon?”

“Hani minta maaf, mak. Hani tak sempat nak bagi tahu mak tadi. Handphone Hani pula mati. Hani hantar kawan kat KLIA tadi,” jelas Hani. Dia rasa bersalah membuat ibunya bimbang akan dirinya.

“Hani dah makan?”

“Dah, mak. Mak masuk bilik ya,” Hani memapah ibunya ke bilik. “Hani masuk bilik dulu, mak.” Hani baru saja hendak melangkah ke biliknya apabila ibunya memanggil namanya.

“Hani…”

“Ya, mak?”

“Hani tak apa-apa ke? Mak tengok Hani macam tak ada semangat aja,” ujar Puan Rohana.

“Hani ok. Cuma penat sikit.”

“Janganlah kerja teruk-teruk sangat.”

“Yalah, mak. Hani masuk dulu,” Hani melangkah ke biliknya. Hani berbaring di katil. Tak lama kemudian, dia tertidur akibat keletihan.

Tiada ulasan: