Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 18

Hani termenung di meja tatkala Suraya menjenguknya di bilik.

Apa kena budak ni? Sejak balik dari KL asyik termenung aja. Takkan ingat boyfriend kut?

Suraya mula berfikir nakal. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri adiknya itu lalu menyergahnya.

“Haa… ingat siapa tu?!”

Hani tersentak lalu berpaling.

“Kak Su ni buat terkejut orang ajalah!”

Suraya tersengih kemudian melabuhkan punggung di katil, membelakangi Hani. Hani memusingkan kerusinya menghadap Suraya.

“Hani ingat kat siapa?”

“Mana ada ingat siapa-siapa,” bohong Hani.

Kacau daun betullah Kak Su ni. Orang nak berangan sekali-sekala pun tak boleh.

“Ala...Hani ingat Hani boleh sorok daripada Kak Su? Kak Su tahulah. Kak Su pun pernah melaluinya,” ujar Suraya.

Kalau dah termenung sana, termenung sini, bukan ingat boyfriend namanya tu?

“Lalu apa? Mana ada apa-apa,” Hani masih berahsia.

Takkan nak bagi tahu Kak Su? Malulah! Nanti Kak Su bagi tahu mama dengan abah macam mana?

“Tengok tu. Masih nak berahsia. Siapa lelaki bertuah tu?” Suraya berusaha mencungkil kisah cinta Hani. Siapalah lelaki yang mampu buat adik aku yang seorang ni termenung di siang hari ni?

’Tak ada siapalah,” dalih Hani. Kak Su ni kalau dia dah nak tahu akan sesuatu, mesti nak korek sampai bawah tanah!

“Kalau Hani tak nak cerita, tak apa. Tapi jom temankan Kak Su beli barang kahwin,” ujar Suraya. Tak apa kalau tak nak bagi tahu sekarang. Banyak lagi masa.

“Kenapa Kak Su tak ajak Abang Man aja?” tanya Hani. Yang nak kahwin kan Kak Su dengan Abang Man?

“Abang Man sibuk hari ni. Dia kena siapkan kerja. Lagipun Kak Su pun nak juga habiskan masa dengan adik Kak Su ni,” Suraya memegang tangan Hani mesra.

“Tapi Hani tak rasa nak keluarlah, kak,” Hani memberi alasan. Malasnya!

“Habis, takkan Hani nak duduk kat bilik ni sepanjang hari? Jangan layan perasaan tu sangat,” Suraya sengaja menduga hati Hani.

“Apa Kak Su ni?”

“Dah, Hani siap-siap. Kak Su tunggu kat bawah,” tanpa menunggu jawapan Hani, Suraya melangkah meninggalkan bilik itu.


***


Langkahnya terhenti. Dia sudah tidak berdaya lagi. Dari tadi kakinya tidak berhenti melangkah.

“Kenapa di situ lagi?“

“Elo mahu beli apa sebenarnya? Dari tadi sudah banyak kedai yang kita masuk. Tapi elo enggak beli apa-apa pun.”

“Belum jumpa yang aku suka. Yuk!” gadis itu menarik tangannya ke sebuah butik pakaian.

Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengikut gadis itu. Langkahnya perlahan. Inilah perempuan. Kalau membeli-belah tak pernah tahu erti penat.

“Cuba elo lihat baju ini. Yang mana cantik?” Si gadis menayangkan dua helai blaus yang berlainan corak dan warna. Di tangan kanannya, baju berwarna biru langit. Potongannya sederhana dan kurang corak manakala di tangan kirinya, baju berwarna merah jambu yang penuh dengan bunga.

“Enggak tahu. Terserah elo,” dia malas hendak membuat pilihan. Kok nanya ke aku? Mana aku tahu. Baju itu kan baju perempuan.

“Enggak seronok langsung shopping sama kakak! Mahu diminta pendapat aja, enggak bisa.”

“Ya iyalah. Gue kan bukan kaki shopping kayak elo. Lama lagi enggak, Ria? Gue udah capek ni.”

“Ntar lagi kok. Ayuh, dong. Yang mana cantik?”

“Gue enggak tahu deh. Pokoknya kamu pakai apa aja tetap sama. Enggak ada apa-apa yang berubah,” seloroh Dimas. Sengaja dia mahu mengusik adiknya itu.

“Kamu kok ngomong gitu sih? Pacar kamu suka warna apa?”

“Pacar mana?”

“Cewek Malaysia itulah.”

“Enggak tahu. Biru rasanya.”

“Elo ini gimana? Warna favorite cewek sendiri pun elo enggak tahu.”

“Gimana aku bisa tahu. Dia enggak pernah bilang.”

“Karena elo enggak nanya.”

“Waduh, Ria. Apa kaitan baju ini sama warna favoritenya dia?”

“Elo usah banyak nanya. Mendingan elo fikir warna apa yang dia selalu pakai? Kayak bajunya, begnya, handphonenya atau apa ajalah.”

“Gue rasa biru karena barang-barangnya banyak warna biru.”

“Makanya kita ambil yang ini ya?” Hayria meletakkan kembali blaus yang berwarna pink di tempat asalnya lalu menyerahkan blaus yang berwarna biru kepada Dimas. “Elo bayar.”

“Kenapa gue?”

“Karena baju ini untuk cewek elo itu.”

“Elo fikir dia mahu pakai baju ini?”

“Kenapa enggak? Dia cewek kan?”

“Iya tapi dia bukan seperti cewek lain.”

“Maksud elo?”

“Dia bukan cewek yang cewek banget sih.”

“Elo ngomong apa sih? Cewek yang bukan cewek? Gue enggak ngerti deh.”

“Maksud gue, Hani itu bukan kayak cewek lain yang suka berdandan atau segala. Dia tu simple banget orangnya.”

“Oh, jadi namanya Hani. Justeru itu, elo harus ajarin dia untuk lebih berpenampilan. Kalau elo yang beri, gue yakin dia tidak akan menolak.”


***


“Baju ni? Tak naklah!” Hani menolak blaus yang dihulur oleh Suraya. Blaus itu memang cantik tapi bukan dia yang layak mengenakannya.

“Kenapa?”

“Kak Su, takkan Hani nak pakai baju ni?”

“Apa salahnya? Hani kan perempuan. Lagipun Kak Su rasa baju ni sesuai dengan Hani. Mesti Hani nampak lebih feminin. Barulah terserlah keayuan Hani. Ini tak. T-shirt dengan jeans? Macam lelaki aja.”

“Kak Su, Hani macam ni pun ada orang terpikat tahu.”

Opps! Terlepas cakaplah pula. Habislah. Mesti Kak Su korek sampai lubang cacing punya.

“Hah, mengaku pun adik Kak Su ni tengah dilamun cinta.”

“Bila masa pula Hani kata Hani dilamun cinta? Hani cuma cakap ada orang terpikat aja,” Hani cuba menutup keterlanjuran katanya.

“Siapa lelaki tu? Bagi tahulah Kak Su.”

Hani memandang Suraya.


***


Mereka berbual-bual sambil menikmati makanan tengah hari apabila suara itu menyapa.

“Dimas...”

“Mia?” Dimas sedikit terkejut melihat gadis yang berdiri di hadapannya itu.

“Kapan kamu pulang?” soal gadis itu. Dia seakan tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki itu lagi.

“Kelmarin,” jawab Dimas lalu mempersilakan gadis itu duduk. “Kenalkan ini Ria, adik aku.” Hayria dan Mia bersalaman.

“Kuliah kamu di Malaysia sudah selesai?” soal gadis itu lagi. Sejak empat tahun yang lalu, mereka sudah lama tidak berhubung. Kali terakhir berita yang didengar, Dimas melanjutkan pengajiannya di Malaysia.

“Belum. Sekarang aku di tahun akhir,” terang Dimas sambil mengamati wajah gadis itu. Gadis itu masih tetap cantik seperti empat tahun yang lalu. Suatu masa dulu, wajah inilah yang selalu mengisi hari-harinya. Namun kenangan itu sudah berlalu. Biarlah semua kisah tentang mereka menjadi kenangan terindah dalam diari hidupnya.

“Kebetulan kamu pulang, aku butuh bantuan kamu,” ujar Mia. Walaupun mereka bukan lagi kekasih tapi mereka bisa menjadi teman. Ada kalanya berteman itu adalah lebih baik.

“Apa?” soal Dimas. Jika dia boleh tolong, dia akan tolong.

"Minggu depan aku ada urusan kerja di Kuala Lumpur,” jelas Mia. “Kamu tahu kan aku enggak punya siapa-siapa di Malaysia. Makanya aku mahu meminta jasa baik kamu ketika di Kuala Lumpur nanti.”

“Bisa saja. Tak ada masalah,” Dimas bersedia untuk menolong Mia. Setelah hampir empat tahun di Malaysia, dia sudah mahir dengan jalan-jalan di Kuala Lumpur. Tidak ada masalah baginya untuk bergerak di bandaraya tersebut.

“Kalau gitu, nanti aku telefon kamu. Kamu masih guna nombor yang lama?” Mia mengeluarkan telefon bimbitnya. Bersedia untuk mencatat nombor telefon Dimas.

“Enggak. Aku dah tak guna nombor itu.”

“Kamu masih simpan nombor aku?”

“Sorry, Mia. Rasanya aku dah buang nombor telefon kamu,” Dimas berterus-terang. Bukan salah aku. Kamu yang meninggalkan aku. “Ria, kamu ada pen dan kertas?”

Hayria menggeleng. Siapa yang nak bawa pen dan kertas ketika shopping?

“Enggak apa-apa. Masukkan aja nombor kamu ke telefon aku,” Mia menghulur telefon bimbitnya kepada Dimas.

Dimas memicit-micit punat-punat di telefon bimbit Mia. Setelah selesai memasukkan nombor telefonnya, dia menyerahkan semula telefon bimbit itu kepada Mia.

“Ini nombor baru aku.”

“Ok, nanti aku telefon kamu. Aku masih punya kerjaan ni. Aku pergi dulu,” Mia meminta diri.

“Sampai jumpa,” Hayria melambai Mia kemudian menentang muka Dimas sambil tersengih.

“Apa?” Dimas seakan mengerti akan pandangan itu.

“Siapa tu?” Hayria mula menjalankan siasatan.

“Teman,” jawab Dimas.

“Mantan elo?”

“Jangan ditanya. Semuanya sudah berlalu,” Dimas tidak mahu membuka diari lama. Nama itu telah lama padam dari kamus hidupnya.

“Kalau kamu enggak pergi, bisa kan?”

“Kalau aku bisa memilih untuk tidak pergi dan tetap di sini. Tapi Mia, ini hasrat mama aku. Aku tidak mahu melukai hatinya.”

“Jadi kamu sanggup melukai aku?”

Dia serba salah. Aku lebih rela melukai kamu daripada melukai hati orang yang telah banyak berkorban untuk membesarkan aku.

“Jangan begitu, Mia. Aku ke sana kan untuk belajar. Aku janji aku akan selalu menghubungi kamu. Dunia sekarang kan dah canggih. Kita bisa kirim e-mel atau SMS.”

“Tapi aku enggak percaya pada hubungan jarak jauh. Aku tidak mahu mengambil risiko. Bagaimana kalau kamu menemukan orang lain di sana?”

“Mia...”

“Kamu tetap akan pergi?”

Aku harus bagaimana? Aku tidak sanggup melukai hati mama. Mama telah banyak berkorban untuk aku. Kenapalah kamu tidak pernah mahu mengerti aku? Biar apa pun aku tetap akan ke Malaysia.

Ekoran itu, Mia memutuskan hubungan mereka.


***


Suara lunak Duta daripada kumpulan Sheila on 7 yang mendendangkan lagu Bila Kau Tak Di Sampingku mengisi ruang kamarnya sebaik-baik saja radio itu dihidupkan.


Terlalu berat untuk diriku...
Menahan berat jutaan rindu...
Apalagi menahan egoku...


Hani termenung di mejanya tatkala menghayati bait lirik tersebut.

“Kenapa Hani tak nak terima dia?”

“Sebab Hani sendiri tak pasti apa yang Hani rasa.”

“Hani pasti yang Hani tak ada sedikit pun rasa sayang pada Dimas?”

“Hani memang sukakan dia. Dia baik, selalu buat Hani ketawa. Hani gembira bersama dia. Tapi Hani takut kalau orang mengata nanti. Dia pelajar popular sedangkan Hani hanya pelajar biasa. Lagipun sorang kawan Hani pun minat kat dia. Kalau Hani dengan dia pun, hati Hani takkan tenteram. Hani akan rasa serba salah,” Hani meluahkan segala-galanya kepada Suraya. Memang dia tidak berdaya untuk memendamnya sendirian.

“Hani, kalau betul Hani sayangkan dia, Hani jangan peduli apa yang orang lain nak cakap. Yang rasanya kita, bukan dia orang. Dia orang tak tahu apa-apa. Hani harus beri peluang kepada diri Hani sendiri dan juga Dimas. Hidup ini singkat. Kita tak tahu bila kita akan mati. Oleh sebab itu, kita tak harus mensia-siakan peluang yang ada. Tentang kawan Hani tu, Kak Su percaya suatu hari nanti dia akan faham,” nasihat Suraya.

Hani mengeluh mengingati peristiwa petang tadi. Kata-kata Suraya masih melekat di memorinya. Hani beralih ke katil. Bersiap untuk tidur namun dia masih tidak dapat melelapkan mata. Sekejap dia mengiring ke kiri dan sekejap pula ke kanan. Sudah puas dia cuba memujuk diri namun matanya tidak juga mahu lelap. Kenapa susah sangat nak tidur ni?

Hani melihat jam di meja yang terletak di sisi katilnya. Jarum pendeknya berhenti di nombor tiga dan jarum panjangnya di nombor enam.

Kenapa aku selalu ingat kat dia ni? Dah nak masuk seminggu dia balik Yogyakarta. Telefon tak. SMS pun tak. Saja nak menyiksa aku!


***


“Telefon? Malaysia itu kan jauh,” ujar Dimas apabila cadangan itu diusul oleh adiknya. “Lagipun belum pasti dia mahu menjawab telefon gue.”

Selepas aku meluahkan perasaan pada Hani, dia seakan menjauhkan diri. Aku kirim SMS dia tak balas. Aku telefon pun dia tak angkat. Nak buat macam mana? Orang dah tak sudi.

“Kalau tak cuba bagaimana bisa tahu? Elo tu tiap-tiap hari begini. Esok-esok gue yang gila dibuat elo!” ujar Hayria.

“Siapa yang gila?”

Serentak dua beradik itu berpaling ke arah suara itu.

“Ma...” Dimas memapah ibunya duduk di kerusi. “Mama kan belum sembuh. Kenapa tidak istirahat aja?” Risau dia melihat keadaan ibunya. Mujur keadaannya sudah beransur baik. Kata doktor, mamanya itu kepenatan. Mungkin kerana terlalu kuat bekerja. Dia tahu itu semua demi dia dan Hayria.

“Mama sudah baik. Dim, kapan kamu mahu pulang ke Kuala Lumpur?” Dia tidak mahu pengajian Dimas terganggu gara-garanya.

“Kok mama tidak suka aku di sini?”

“Bukan mama tidak suka. Mama suka sekali kamu pulang. Tapi kuliah kamu di sana bagaimana? Kamu kan sudah di tahun akhir. Kok mahu dipersia?”

Dimas diam mendengar kata-kata ibunya. Sudah seminggu dia di situ. Dia pernah menanam harapan agar Hani menghubunginya dan menyuruhnya pulang ke kampus namun hampa. Gadis itu seolah-olah telah melupakan dirinya. Macam mana kalau gadis itu benar-benar melupakannya? Sedang dia asyik berfikir, tiba-tiba telefon bimbitnya yang ditinggalkan di ruang tamu berbunyi.

“Itu telefon kamu,” Ibu Hetty menunjuk telefon bimbit yang mengalunkan lagu ’Sahabat Sejati’ daripada Sheila on 7 itu. Zaman sekarang sudah canggih. Kalau dulu bunyi telefon trut...trut...tapi sekarang boleh dengar orang menyanyi lagi. Tak adalah bingit telinga mendengarnya.

“Biar ajalah, ma. Tidak penting,” Dimas sudah dapat mengagak gerangan yang menelefon melalui nada lagu itu. Lagu itu hanya untuk Erwin, Sukry, Armand dan Andin yang merupakan sahabat sejatinya sejak dia berkunjung ke Malaysia empat tahun yang lepas.

“Mana kamu tahu tidak penting?” soal Ibu Hetty. Telefon itu belum dijawab tapi sudah dibuat andaian.

“Itu lagunya. Dengar aja lagunya, aku dah tahu siapa yang menelefon,” jawab Dimas. Kalau Hani, pasti lagu Kamulah Satu-satunya nyanyian kumpulan Dewa yang kedengaran.

“Mungkin orang itu membawa khabar tentang seseorang di Malaysia,” Hayria tersengih memandang abangnya.

Ah, tak mungkinlah! Tapi jika benar Erwin mahu memberitahu perihal Hani? Dimas berlari ke dalam. Telefon bimbit di atas meja disambar.

“Ya, Win?”

“Eh, Dim! Enak banget kamu di sana ya. Pengunjung kafe semua sudah tanya pasal kamu. Kapan kamu mahu pulang ke sini?” kedengaran suara Erwin di hujung talian.

“Tak tahu. Lusa kali,” jawab Dimas. Sebenarnya dia ingin sekali terbang ke sana untuk bertemu gadis yang dirinduinya. Namun hatinya berasa berat pula untuk meninggalkan mama dan Hayria. Dia ingin menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka.

“Cepat elo! Elo sudah banyak ketinggalan,” ujar Erwin.

“Aku tahu. Win, Haninya bagaimana? Dia sihat? Dia ada tanya tentang gue?” Bertalu-talu soalan diaju hingga tak terjawab oleh Erwin.

“Aduh Dim, Hani itu kangen banget sama elo. Setiap hari dia tanya tentang elo, kapan elo mahu pulang,” bohong Erwin. Seingat aku, tak ada pula Hani bertanya pasal Dimas. Tanya pasal aku adalah.

“Yang benar, Win?” Dimas tidak percaya.

“Elo percaya? Gue bercanda aja. Kalau elo mahu tahu, ayo cepat pulang ke sini. Sudah, itu saja gue mahu kasi tahu. Nanti telefon gue kehabisan kredit. Gue letak dulu ya. Pulang cepat! Kita semua kangen sama elo. Daa!” Talian di sana dimatikan.

Itu aja yang mahu diberitahu? Langsung tak ada khabar tentang Hani? Apa gue harus mengikut cadangan Hayria agar menelefon Hani?

Dimas mencari nama Hani di phone booknya. Mahu telefon atau tidak? Atau kirim SMS aja?

Sedang Dimas berkira-kira, tiba-tiba telefon itu berbunyi kembali. Namun nombor yang tertera tidak terdapat dalam phone booknya.

Siapa ini? Nombornya nombor sini. Dimas menjawab panggilan itu.

“Hello. Mia? Ya, Dimas di sini.”

1 ulasan:

❤❤sωɨт ɦɑииɑ❤❤ berkata...

besh2...haha..bile dh bjauhn baru tau apa di dlm hati yer hani..^^...
nk lagii...