Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 10

Dia memandang wajah gadis di hadapannya itu. Dari tadi gadis itu hanya membisu tanpa sepatah kata. Makanannya juga tidak disentuh.

“Kamu kenapa, Han? Kok makanannya dikuis-kuis begitu?”

Hani tersentak kemudian meletakkan sudunya lalu menjamah minumannya.

“Tak ada apalah.”

Hani masih berlagak biasa di hadapan lelaki itu. Namun dalam hati dia tidak berhenti daripada memikirkan berita yang baru didengarinya tadi.

“Hani?”

Hani menoleh mencari pemilik suara yang menyapa.

“Eh, Lia!” Hani terkejut melihat teman lamanya itu. Mereka saling berpelukan. “Lamanya tak jumpa. Kau macam mana sekarang?”

“Aku sekarang study kat UKM,” ujarnya sambil menjeling lelaki yang bersama Hani. “Siapa ni? Boyfriend kau?”

“Taklah. Ni Dimas, kawan satu kolej dengan aku,” Hani memperkenalkan Dimas kepada Alia.

“Hai. Saya Alia,” gadis itu memperkenalkan diri.

“Dimas,” Dimas menyambut salam yang dihulur. Apalah Hani ni. Kalau cakap boyfriend pun apa salahnya?

“Hani, kau ada balik Kuantan baru-baru ni?”

“Tak. Kenapa?”

“Aku balik Kuantan hari tu. Aku jumpa Arri,” cerita Alia.

Ah! Kenapalah nama itu disebut kembali?

Tiba-tiba hati Hani diusik rindu kepada wajah dan suara lelaki itu. Dulu wajah dan suara itulah yang selalu membuat tidurnya lena diulit mimpi yang indah. Namun wajah dan suara itulah juga yang membuatkan mimpinya hilang terbang entah ke mana. Semuanya hancur.

“Macam mana dia sekarang?” Suaranya sedikit bergetar tatkala menyebut nama itu.

“Bahagia aja aku tengok. Dengar cerita dia dah nak jadi ayah tak lama lagi,” ujar Alia.

“Oh ya? Baguslah,” Hani berpura-pura gembira mendengar berita itu. Entah dia patut gembira atau sebaliknya. Memang dia pernah membenci lelaki itu kerana gagal mempertahankan cinta mereka tetapi rasa benci yang cuba disemai itu tidak mampu meluputkan wajah itu dari ingatannya. Tidak mungkin dia dapat membuang lelaki yang pernah mencuri hatinya suatu ketika dulu.

Lelaki itulah yang membahagiakan hidupnya dulu dan lelaki itu jugalah yang membuatnya derita. Sehingga kini, luka itu masih berbekas di hatinya. Namun dia berdoa mudah-mudahan lelaki itu bahagia dengan hidupnya sekarang kerana dia akan turut bahagia jika lelaki yang disayanginya itu bahagia.

“Han, kamu kenapa? Dari tadi aku lihat kamu diam. Makanannya juga tidak dijamah. Kamu sakit?” Dimas tidak tenang melihat kelakuan Hani.

Hani menggeleng.

“Terus kenapa? Ada kena-mengena dengan nama lelaki yang disebut oleh teman kamu tadi?” Dimas tidak berpuas hati jika dia tidak mengetahui apa yang mengganggu fikiran Hani. “Kamu kelihatan semacam apabila Alia menyebut namanya. Arri siapa?”

“Tak ada siapalah,” Hani tidak mahu menjawab soalan Dimas lalu mengubah topik, “Eh, dah pukul berapa ni? Mana Erwin dengan yang lain?”

“Han, kamu tidak bisa menyembunyikan sesuatu daripada aku. Aku tahu fikiran kamu terganggu. Siapa dia?”

“Tak ada siapalah. Kenapa sibuk nak tahu ni?” Hani mula rimas apabila disoal bertubi-tubi begitu.

“Aku tidak akan berhenti bertanya jika kamu tidak menceritakan apa sebenarnya yang mengganggu fikran kamu. Ayo dong cerita!” desak Dimas.

Hani memandang Dimas.

Perlu ke aku cerita kat dia? Boleh percaya ke? Aku baru saja kenal dia. Mana tahu dia cerita pula cerita aku ni kat orang lain nanti. Entah-entah dia sengaja baik dengan aku sebab nak korek rahsia hidup aku. Tak pun, dia orang bertaruh siapa yang dapat mendekati aku? Dalam tv kan banyak cerita macam tu. Hish..apa aku mengarut ni?
Hani ragu-ragu untuk membuka cerita. Dia masih membisu.

“Han, kalau ada masalah seharusnya dikongsi. Jangan disimpan sendiri,” ujar Dimas. Walaupun telah hampir sebulan mereka berkawan, namun masih banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Hani. Hani masih mengganggapnya seperti orang asing. Kalaulah gadis itu tahu bahawa namanya sudah lama bertakhta di hatinya. Dia sudi berbagi kesedihan itu agar gadis kesayangannya itu tidak sedih lagi.

“Baiklah. Kalau kamu tak mahu cerita tidak apa. Aku tak paksa. Tapi kamu harus makan,” Dimas terpaksa akur dengan pendirian Hani.

“Sejak kecik, aku tak pernah merasai belaian manja ibu dan ayah aku,” ujar Hani setelah diam seketika. “Mak dan ayah aku terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak ambil tahu pasal aku. Aku ada kakak tapi kakak aku bersekolah asrama. Jadi dia jarang-jarang ada di rumah.”

Dimas diam mendengar cerita Hani. Kini dia tahu kenapa Hani bersikap pendiam dan suka menyendiri.

“Dalam waktu itu, aku berkenalan dengan Arri. Arri banyak mengubah hidup aku. Arri satu-satunya tempat aku mengadu. Tapi dia juga telah meninggalkan aku kerana tidak sanggup menunggu. Arri berkahwin dengan wanita pilihan orang tuanya.”

“Sudahlah,” Dimas cuba menenangkan hati Hani. “Yang dah lepas tu biarkan aja ia berlalu. Yang pergi tu, biarkan saja dia pergi. Hidup ini harus diteruskan. Memang semua orang mengimpikan kebahagiaan dalam hidup mereka. Kenapa ada kesedihan kalau ada kebahagiaan? Kenapa Allah tidak memberikan kebahagiaan kepada semua orang? Itu yang semua orang mahukan bukan? Tapi Allah tidak menjadikannya begitu. Kerana apa? Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan Dia ada perancangan untuk kita,” ujar Dimas panjang lebar.

“Kebahagiaan yang dikecapi setelah melalui berbagai-bagai kesedihan adalah lebih besar ertinya. Kita akan lebih menghargai kebahagiaan itu kerana kita tahu betapa sengsaranya kita sebelum mengecapinya. Mungkin Arri bukan lelaki yang tepat buat kamu. Arri telah menemukan kebahagiaannya. Dan kamu juga berhak mendapat kebahagiaan kamu. Justeru, tidak ada gunanya kamu terus bersedih begini. Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri.”

Hani membiarkan Dimas menyuarakan pendapatnya. Kata-kata Dimas itu ada benarnya.

“Tentang ibu bapa kamu, aku rasa kamu tidak harus menyalahkan ibu bapa kamu seratus peratus. Jika mereka tidak ada masa untuk kamu, kamu yang harus mencari masa untuk bersama mereka. Kamu harus mengingatkan mereka bahawa mereka masih mempunyai kamu. Kamu beruntung Han kerana masih mempunyai kedua-dua orang tua. Tidak seperti aku. Oleh itu, kamu harus menghargai masa-masa yang ada untuk bersama mereka. Kerana apabila mereka telah tiada nanti, penyesalan itu sudah tidak ada gunanya lagi.”
Dimas menjamah minumannya sebelum menambah, “Kamu mahu dengar satu cerita?”

“Apa dia?”

“Ada seorang anak, yang merajuk dengan ibunya kerana ibunya memarahinya kerana sering pulang lewat malam. Kerana marah, dia menengking ibunya lalu meninggalkan rumah. Apabila kemarahannya reda, dia pulang ke rumah kerana rasa bersalah kepada ibunya. Namun apabila dia pulang ke rumah, kamu tahu apa yang terjadi kepada ibunya?”
Hani menggeleng.

“Ibunya meninggal dunia! Bukan kerana sakit ataupun kemalangan tetapi dibunuh orang!”

“Kenapa?” Hani terkejut mendengar cerita Dimas.

“Ketika anak itu keluar rumah, rumah mereka dimasuki perompak. Ibunya terbunuh ketika bergelut dengan perompak itu.”

“Kau bergurau kan, Dim? Itu semua hanya rekaan kau kan?”

“Benar, Han. Cerita itu pernah disiarkan dalam suatu majalah. Sampai sekarang, anak itu menyesal kerana tidak sempat meminta maaf daripada ibunya.”

“Sampai macam tu sekali ke?”

“Kita tidak akan tahu apa yang akan berlaku kepada diri kita. Dunia kita ini penuh dengan kejutan. Dalam beberapa saat aja, macam-macam bisa terjadi. Justeru, kita harus menghargai setiap detik dalam hidup kita.”

Macam mana mak dan abah di Kuantan? Sihatkah dia orang? Adakah dia orang rindu kat aku? Tapi kalau dia orang rindu kat aku, mesti dia orang akan telefon aku. Tapi bila aku telefon pun, aku tak tahu nak cakap apa dengan mak dan abah. Mak dan abah pun tak banyak bertanya pasal aku. Sebaliknya aku pula yang kena marah. Mak dan abah macam tak mengendahkan aku aja.

“Ada apa Hani telefon ni? Duit dah habis ke? Nanti abah masukkan dalam akaun Hani.”

“Tak adalah. Saja telefon.”

“Kalau saja-saja, tak payahlah telefon. Abah sibuk ni.”

“Kalau macam tu, tak apalah,” Hani mematikan talian. Hatinya dirundum pilu apabila mendengar ayat itu. Adakah dia tidak wujud dalam hidup mak dan abahnya? Untuk apa dia dilahirkan ke dunia ini jika sekadar untuk diberi makan?

“Hani, kok diam?”

“Tak ada apalah. Dim, terima kasih kerana sudi mendengar cerita aku.”

“Tidak apa-apa. Kalau kamu mahu, aku sudi menjadi pendengar setia kamu pada bila-bila masa walaupun kamu menelefon aku jam tiga pagi.”

Hani tertawa. Memang salahnya menelefon Dimas pada waktu itu. Ekoran itu, Dimas dimarahi oleh majikannya kerana tertidur pada waktu kerja.

“Kamu sudah senyum. Kamu tahu, senyuman kamu manis sekali,” puji Dimas. “Pasti ramai laki-laki yang terpikat dengan kamu kalau kamu begini setiap hari.”

“Sudahlah, Dim. Kau ni pandai betul tanam tebu tepi bibir,” Hani segera menamatkan topik itu. Kalau dilayan semakin menjadi-jadi usikan lelaki itu.

“Lho..aku kan belajar media, bukan belajar pertanian. Mana aku tahu tanam tebu,” balas Dimas berseloroh. “Tapi Han, kamu tak teringin ke mahu cari pacar baru?” Dimas masih belum mahu menamatkan topik perbualan mereka. “Kalau kamu mahu, aku sudi jadi pacar kamu.”

“Biarlah dulu. Aku masih belum bersedia.”

“Tapi bagaimana kalau ada laki-laki yang mahu mendekati kamu?”

“Kalau kawan kawan saja, tak kisah.”

“Kamu tak percaya sama laki-laki lagi?”

“Bukan tak percaya cuma aku tak nak fikirkan perkara ini dulu. Aku nak concentrate dalam pelajaran. Tapi kalau ada yang berkenan di hati, aku boleh fikir-fikirkan.”

“Kalau begitu aku ada peluanglah.”

“Peluang?” Hani hairan. “Peluang apa?”

“Pikat kamu!”

“Cubalah!”

“Aku serius ni.”

“Aku pun serius.”

“Ok. Tapi jangan salahkan aku kalau kamu terpikat sama aku nanti.”

“Kita tunggu dan lihat!”

“Ok. We wait and see.”

“Dim!”

Kedatangan Erwin, Sukry, Armand, dan Andin mematikan perbualan mereka berdua. Erwin meneguk air Dimas. Armand menjamah nasi di pinggan Dimas sementara Sukry dan Andin hanya memerhati.

“Dim, ada dengar berita?” Erwin memulakan bicara setelah membasahkan tekak.

“Berita apa?” soal Dimas ingin tahu.

“Sheila on 7 mahu bikin konsert di Malaysia lagi! Sempena mempromosikan album baru mereka.”

“O… Kalau pasal itu…” Dimas berlagak tahu kemudian menjawab, “Gue enggak tahu.”

Erwin, Sukry, Armand dan Andin mengeluh mendengar jawapan Dimas.

“Kapan?” tanya Dimas ingin tahu.

“Arm, elo cerita,” Erwin menjamah nasi Dimas. “Makan?” Erwin mempelawa Hani. Hani menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah lima sekawan itu.

“Bulan depan.”

“Di mana?”

“Stadium Putra Bukit Jalil.”

“Bagaimana?”

Semua mata tertumpu kepada Dimas. Menunggu jawapan.

“Kalau semuanya sudah setuju, aku ikut saja. Han, kamu ikut sekali ya,” ujar Dimas dan tanpa Hani sempat menjawab dia lebih dulu menyambung, “Diam itu tanda setuju. Arm, elo uruskan tiketnya.”

“Allright!” Mereka bersorak gembira.

Hani geram.

Orang tak cakap apa lagi. Suka-suka hati aja si Dimas ni.

“Rasanya kita sudah lama di sini tapi minumannya mana?” celah Erwin.

“Gue fikir kalian sudah kenyang makan nasi gue,” ujar Dimas separuh perli. “Pesan saja. Gue belanja tapi bayar sendiri ya. Waiter!”

Tiada ulasan: