Para pelajar tekun mendengar penerangan Cik Mazleen. Laily melihat tempat duduk Azrizal yang masih kosong.
Takkan dia tak datang lagi hari ni? Dah seminggu dah ni. Sunyi betul kelas ni bila dia tak ada. Eh, apa aku merepek ni? Aman apa kelas ni bila dia tak ada.
Laily kembali menumpukan perhatiannya kepada Cik Mazleen. Seketika kemudian, seorang pelajar lelaki mengetuk pintu kelas itu. Semua mata tertumpu ke pintu.
“Assalamualaikum, cikgu. Maafkan saya cikgu. Saya terlambat,” ujar pelajar lelaki itu.
“Haa…Riz, lama saya tak nampak kamu. Kamu tak apa-apa ke?”
“Ok, cikgu,” pelajar lelaki itu menjawab dengan ceria dan kemudian berlalu ke tempat duduknya.
“Riz, welcome back!” sahut suatu suara.
“Thanks,” balas Azrizal.
“Kita orang rindu gila kat kau!” sambut suara yang lain pula.
“Aku pun rindu kat kau orang,” Azrizal kemudian beralih kepada Shafik di sebelahnya.
“Aku ingat kau tak nak datang lagi hari ni,” ujar Shafik.
“Cukuplah seminggu. Aku takut nanti ada orang rindu kat aku pulak,” Azrizal menjeling kepada Laily namun Laily hanya tunduk tanpa memandangnya. Entah kenapa dia merasakan kata-kata itu seakan ditujukan kepadanya.
Dia dah baca ke emel aku? Ah, malulah pulak aku.
“Riz, kau dah tak kisah ke pasal Tya dengan Shamsul?” ujar Shafik separuh berbisik.
“Dah, dah. Masa rehat nanti boleh bercerita. Cepat salin nota ni,” Cik Mazleen bersuara sebelum sempat Azrizal menjawab pertanyaan Shafik itu.
Pada waktu rehat, Azrizal, Shafik dan Iqbal menyambung perbualan mereka di kantin.
“Riz,… Kau ni, betul ke dah ok?” Shafik masih tidak percaya.
“Aku pun hairan juga. Kau mimpi apa semalam?” tanya Iqbal pula.
“Aku dah boleh terima kenyataan ni. Kalau bunga yang kita nak tu dah dipetik orang, kita tanam sajalah bunga yang lain. Dalam dunia ni, bukannya bunga mawar saja yang ada,” balas Azrizal.
“Kau demam ya?” Shafik meletakkan telapak tangan di dahi Azrizal.
Azrizal menepis tangan Shafik.
“Aku okaylah,” ujar Azrizal. Tiba-tiba pandangan matanya bertembung dengan Laily yang sedang melangkah ke kantin bersama Azleen dan Liana. Laily tersenyum kepadanya. Azrizal membalas senyuman Laily.
Shafik dan Iqbal yang menyedari akan hal itu memandang ke arah yang dilihat oleh Azrizal kemudian berpandangan. Mereka tersengih sesama sendiri.
“Hai dah ada awek baru ke?” Shafik sengaja mengusik.
“Entah. Main-main mata nampak,” Iqbal menambah.
“Mana ada. Kawan ajalah.”
“Eleh, takkan kau tak rasa apa-apa dengan dia?”
“Tak adalah.”
“Betul ke ni?”
“Astafirullah, betul. Buat apa aku nak tipu kau orang? Lagipun, aku tak ada masalah nak fikirkan benda ni sekarang. Banyak lagi benda lain yang aku kena fikir,” Azrizal mengakui Laily memang baik tapi dia tidak pernah menganggap Laily lebih daripada seorang kawan.
Namun ada suatu persoalan yang bermain di benaknya sekarang. Bagi Azrizal, Laily di alam nyata dan Laily di alam maya adalah dua individu yang berbeza. Kalau di alam maya, Laily seperti seorang yang ceria dan ramah namun di alam nyata Laily seorang yang pendiam dan pemalu.
***
“Laily!”
Langkah Laily terhenti. Dia berpaling ke arah suara itu. Kelihatan Azrizal berlari-lari anak menghampirinya.
“Laily…”
“Ada apa?”
“Terima kasih sebab bagi lagu tu.”
“Lagu?” Laily cuba mengingati sesuatu. Owh… lagu yang aku bagi masa aku baru tahu dia dengan Tya putus. Tapi takkan sebab itu aja dia tegur aku? Kan boleh cakap kat My Space aja. “Awak suka tak lagu tu?”
“Suka. Tapi betul ke awak tujukan kata-kata tu untuk saya?”
Ataupun lagu itu hanya sekadar lagu dan tidak membawa sebarang maksud?
“Hah?” Laily kurang mengerti.
“Maksud saya, awak bagi lagu tu cuma untuk sedapkan hati saya ataupun awak betul-betul sanggup berkongsi susah senang dengan saya?”
“Awak kan kawan saya. Mestilah saya tak nak tengok awak susah hati.”
“Kalau macam tu, saya tak nak kita jadi kawan kat my space aja tapi saya nak kita jadi kawan kat luar juga. Boleh?”
“Kita kan dah memang kawan.”
“Tapi awak selalu tak bercakap dengan saya masa kat kelas. Kenapa? Awak malu berkawan dengan budak setan macam saya?”
“Eh, tak. Bukan macam tu.”
“Habis, macam mana?”
“Saya… saya segan nak kawan dengan awak.”
“Kenapa pulak? Patutnya saya yang cakap macam tu sebab awak kan budak pandai. Manalah layak berkawan dengan saya yang tak pandai ni,” ujar Azrizal merendah diri.
“Janganlah cakap macam tu. Saya kawan dengan semua orang,” Laily tidak mahu Azrizal menganggapnya memilih bulu. Lagipun, dia tahu Azrizal bukannya tidak pandai. Cuma malas aja.
“Betul?”
“Betul…”
“Kalau macam tu, awak boleh tolong sayalah?”
“Tolong apa?”
“Tolong saya pasal pelajaran. Saya tahu saya dah banyak ketinggalan. Saya nak buktikan yang saya boleh berjaya,” ikrar Azrizal. Aku nak lawan Shamsul. Biar Tya tahu yang aku lebih bagus daripada Shamsul.
“Kalau pasal pelajaran tentulah boleh. Nanti kita buat ulangkaji sama-sama lepas sekolah nak?” cadang Laily.
“Boleh. Bila kita nak mula kelas?” Azrizal sudah tidak sabar.
“Bila-bila masa awak dah bersedia.”
“Kalau macam tu, esok boleh?”
“Esok? Cepatnya!”
“Lagi cepat, lagi bagus kan?”
“Baiklah. Saya ikut aja.”
“So saya kena panggil awak Cikgu Lailylah kan?” seloroh Azrizal.
“Hai, belum mula lagi dah panggil cikgu?”
Azrizal tersengih.
“Jom Cikgu Laily, kita jalan sama.”
“Jom,” Laily dan Azrizal berjalan beriringan.
“Nak ke mana pula si Riz tu?” Shafik dan Iqbal hairan melihat Azrizal bersama Laily.
“Entah. Jom kita ikut,” Iqbal dan Shafik mengekori Azrizal dan Laily ke luar pagar sekolah.
“Awak balik naik apa?” Tanya Azrizal.
“Saya naik kereta. Ayah saya ambil,” Laily melilau mencari kereta Satria hijau milik ayahnya di tempat parkir kereta. Hanya kenderaan guru dan kakitangan sekolah yang dibenarkan memasuki perkarangan sekolah. Jika Laily bukan anak cikgu sudah tentu dia perlu pulang dengan bas sekolah seperti pelajar lain. “Oklah, Riz. Ayah saya dah ada tu.”
“Mak awak tak balik sekali ke?”
“Mak saya ada mesyuarat jadi saya balik dulu. So, kita jumpa esoklah ya.”
“Ok. Bye!”
Tanpa sedar, seorang pelajar perempuan kelihatan tidak senang melihat keintiman Azrizal dan Laily. Rasa cemburu mula menyelubungi dirinya.
***
Fatin menghempaskan tubuhnya ke sofa. Sakit betul hatinya melihat kemesraan Azrizal dan Laily di sekolah tadi. Hish! Menyampahnya!
“Fatin, kenapa marah-marah ni?” gelagat Fatin disedari oleh ibunya.
“Tak ada apalah mummy,” balas Fatin namun wajahnya masih mencerminkan perasaan kurang senang.
“Siapa yang buat anak mummy marah ni? Cuba Fatin cerita dengan mummy,” si ibu cuba menyelami perasaan si anak.
Fatin diam. Takkan dia hendak bercerita tentang perasaannya kepada mummy? Malulah dia kalau mummy tahu.
“Tak ada apalah, mummy. Fatin ok,” Fatin bangkit menuju ke biliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan