Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 01, 2008

Budak S.M.A.R.T. 19

Pagi itu, Azrizal disajikan dengan kemesraan Athira dan Shamsul sebaik-baik sahaja kakinya menapak di kelas. Azrizal merebahkan tubuhnya ke kerusi. Dia mengetap bibir melihat mereka. Tiba-tiba dia teringat peristiwa semalam.

“Hello. Assalammualaikum, mak cik. Riz ni. Tya ada, mak cik?”

“Tya? Tya tak balik lagi. Dia keluar dengan Shamsul.”

“Shamsul?” Azrizal terkejut namun dia cuba berlagak biasa. “Dah lama ke Tya keluar, mak cik?”

“Dalam pukul lima tadi. Riz nak mak cik pesan apa-apa pada Tya?”

“Tak apalah, mak cik. Nanti saya telefon semula. Terima kasih, mak cik. Assalamualaikum…”

“Waalaikummussalam…”

Azrizal masih ingat pada hari itu selepas waktu sekolah, dia mengajak Athira keluar tapi Athira kata dia nak belajar dengan Fatin.

Macam mana pula Tya boleh keluar dengan Shamsul? Tya tipu aku ke? Tak mungkin!

Azrizal semakin sakit hati melihat kemesraan mereka. Tiba-tiba suatu tepukan hinggap di pundaknya. Dia menoleh.

“Riz, baru datang ke? Jom pergi kantin kejap.”

“Kau pergilah dengan Iqbal. Aku dah kenyang.”

“Betul ni? Ok, kita orang pergi dulu,” Shafik dan Iqbal menghilang ke kantin meninggalkan Azrizal termangu sendiri.

“Woi!” suara itu menyergah lamunannya. Azrizal tersentak.

“Kau ni Fatin buat terkejut aku saja. Tak reti-reti nak bagi salam ke?” marah Azrizal.

“Sorry,” Fatin mengambil tempat di hadapan Azrizal. “Termenung jauh nampak? Ingat siapa?”

“Tak ada kena-mengena dengan kau.”

“Eleh, aku tahu kau jealous tengok Tya dengan Shamsul kan?”

Azrizal memandang Fatin.

“Yang kau sibuk-sibuk ni kenapa? Entah-entah kau yang jealous tengok Shamsul dengan Tya kan?”

“Tolong sikit. Tak teringin aku pada si Shamsul tu.”

“Eleh…bukan ke kau yang baik dengan dia dulu?”

“Kau ingat si Shamsul tu syok pada aku ke? Dia baik dengan aku pun sebab Tya. Aku bukan nak masuk campur tapi sebagai kawan aku tak sanggup tengok kau terluka nanti. Dia orang tu memang dah nampak macam pasangan kekasih. Masa kat De Rhu hari tu pun asyik berkepit aja,” Fatin sengaja memancing kemarahan Azrizal.

“Kau jangan nak buat cerita, Fatin,” Azrizal berang apabila Fatin mengata teman wanitanya.

“Kenapa pula aku nak buat cerita kalau benda tu dah memang berlaku depan mata?”

“Aku yakin Tya tak macam tu.”

“Kau yakin? Kalau dah keluar berdua apa maknanya tu?”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Tya ada cerita pada aku yang dia keluar dengan Shamsul semalam. Terpulanglah kalau kau nak percaya ataupun tidak. Aku cuma cakap yang betul saja,” Fatin bangkit meninggalkan Azrizal sambil tersenyum puas. Azrizal melihat ke arah Athira dan Shamsul.

Azrizal tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sepanjang hari itu apabila teringatkan kata-kata Fatin pada pagi tadi. Berkali-kali dia ditegur oleh Puan Dewi kerana tidak memberi perhatian terhadap apa yang diajar.

Lebih teruk lagi dia didenda berdiri dua masa oleh Cik Mazleen kerana tidak dapat menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Azrizal tidak dapat bertahan lagi lantas dia segera mendapatkan Athira selepas waktu akhir untuk mengetahui cerita yang sebenar.

“Tya, Riz ada benda sikit nak cakap dengan Tya.”

“Tapi Tya kena balik cepat ni,” Athira memberi alasan.

“Please Tya…”

“Kau pergi dululah,” ujar Athira kepada Fatin. Fatin akur. Dia cuba berlagak biasa namun di hatinya hanya Tuhan yang tahu betapa hatinya puas melihat keretakan hubungan Azrizal dan Athira.

“Riz nak cakap apa?” soal Athira.

“Tya pergi mana semalam?”

“Kan Tya dah cakap dengan Riz, Tya belajar dengan Fatin.”

“Tya dengan Fatin belajar kat mana?” Azrizal tidak puas hati dengan jawapan itu. Ternyata Athira bercakap bohong.

“Kat mana lagi? Kat rumahlah.”

“Betul ke?”

“Kenapa dengan Riz ni? Riz tak percayakan Tya?”

“Macam mana Riz nak percaya kalau benda yang Riz dengar bercanggah dengan jawapan Tya?” Athira memandang Azrizal tidak mengerti. “Semalam Riz telefon rumah Tya. Mama Tya cakap Tya keluar…” Azrizal diam seketika. Dia cuba mencari reaksi pada wajah Athira. “…dengan Shamsul.”

Athira tergagap.

“Riz telefon? Err… Pukul berapa Riz telefon?”

“Pukul 8.30.”

Athira cuba mencari helah. Azrizal tidak boleh tahu sekarang. Aku perlukan masa.

“Memang Tya belajar dengan Fatin petang semalam. Lepas tu, Shamsul datang. Dia ajak keluar. Tya pun dah penat belajar, Tya ikutlah dia,” Athira mereka cerita baru pula.

“Owh… bila Riz ajak keluar Tya cakap Tya nak belajar. Tapi bila Shamsul ajak keluar, boleh pulak? Dan macam mana pulak Shamsul tahu rumah Tya?” Azrizal semakin tidak puas hati. Dia berasa tertipu.

“Riz, Tya ada hak tahu nak keluar dengan siapa yang Tya suka. Riz pun apa kurangnya? Azleenlah, Melissalah, dan sekarang ni Laily pulak ya?” Athira cuba mencari salah Azrizal pula.

“Tya, apa yang Tya cakap ni? Bila masa pula Riz keluar dengan dia orang? Dia orang semua tu kan kawan Riz? Kawan Tya juga.”

“Kawan ke girlfriend?”

“Tya!”

“Sudahlah, Riz. Tya malas nak layan Riz,” Athira meninggalkan Azrizal. Betapa hatinya sakit apabila mengetahui akan hubungan Azrizal dan Laily.

Pada hari itu, Fatin mengajaknya ke rumah. Katanya mahu mengulangkaji pelajaran memandangkan keesokannya mereka ada ujian.

“Kau buat apa ni Fatin?” Athira menutup buku teks itu lalu menghampiri Fatin yang sedang mengadap komputer.

“Main my space,” balas Fatin sambil matanya tidak lepas dari skrin komputer.

“My space?”

“Kat my space ni kita boleh chat dengan orang tahu. Lebih kurang macam friendster tapi yang ni kita boleh design page dia,” terang Fatin. “Kau pun buatlah satu.”

“Malaslah.”

“Riz pun ada tahu dalam ni.”

“Ya ke? Aku tak tahu pula. Eh, aku nak tengok page dia,” ujar Athira. Fatin mencari nama Azrizal di dalam friend listnya lalu mengklik nama itu.

Athira melihat design dan isi kandungan di page my space Azrizal itu. Latar belakang page itu berwarna hitam, warna kegemaran Azrizal. Di sebelah kiri page itu, tertera nama, umur, lokasi dan serba sedikit biodata mengenai pemiliknya. Nama Lonely Soldier Boy? Umur 17 tahun. Lokasi Kuantan. Status, single?

Pandangan mata Athira beralih pula ke sebelah kanan page itu. Di sebelah kanan pula, tertera nama dan gambar 12 top friend Azrizal manakala di bawahnya terpampang comment daripada teman-teman Azrizal. Athira terpanah pada nama ‘Laily’ yang menjadi orang pertama di top friend Azrizal.

“Laily ni Laily kelas kita ke?” tanya Athira.

“Yup!” balas Fatin.

“Banyaknya comment daripada Laily,” Athira menekan scroll mouse ke bawah. Ruangan comment Azrizal dipenuhi comment Laily. Apa hubungan dia orang sebenarnya? Kat kelas macam tak bercakap tapi rupanya ini kerja dia orang! Sia-sia aja aku setia selama ini.

Semenjak hari itu, Athira menaruh perasaan curiga terhadap kesetiaan Azrizal. Dia mula meragui kesetiaan Azrizal. Atas nasihat Fatin juga, dia cuba berbaik-baik dengan Shamsul yang sangat mengambil berat mengenai dirinya.

Tiada ulasan: