Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 01, 2008

Budak S.M.A.R.T. 18

Para pelajar bangun mengucap selamat tatkala Cik Mazleen melangkah ke kelas itu. Cik Mazleen terpandang tempat duduk Azrizal. Kosong tidak berpenghuni.

“Shafik, Azrizal mana? Dia tak datang ke hari ni?” soal Cik Mazleen.

“Tak tahulah, cikgu,” jawab Shafik.

“Hai biasanya kan kamu dengan dia,” ujar Cik Mazleen.

“Memanglah cikgu tapi saya bukan isteri dia,” ujar Shafik berseloroh.

“Kamu tahu kenapa dia tak datang?”

“Tak. Dia demam terkejut agaknya. Semalam dia dapat coklat daripada peminat misteri,” ujar Shafik. Sememangnya dia tidak tahu Azrizal tidak datang pada hari itu.

“Entah-entah dia syok sangat dapat coklat tu sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Itu yang buat dia dah lupa nak pergi sekolah,” Iqbal menyampuk.

“Kamu dua orang ni ada-ada saja. Dah, hari ni cikgu nak bagi latihan karangan. Hantar hari ini juga. Siapa tak siap, tak boleh rehat,” tegas Cik Mazleen.

“Apa tajuknya, cikgu? Kita orang dah tak sabar nak menulis ni,” Shafik berlagak penuh minat.


***


Para pelajar bergegas ke kantin apabila tiba waktu rehat. Shafik dan Iqbal menggunakan peluang itu untuk cabut.

“Jom, Ball!” Shafik mengemas begnya.

“Kau bawa beg ni nak pergi mana?” tanya Iqbal hairan.

“Pergi mana lagi? Rumah Rizlah.”

“Rumah Riz? Kita bukan nak pergi makan kat kantin ke?”

“Kau tak faham bahasa Melayu ataupun pekak? Kan aku cakap kita nak pergi rumah Riz.”

“Tapi sekarang kan waktu rehat. Mana sempat nak balik sekolah sebelum habis waktu rehat.”

“Sejak bila pula kau jadi baik ni? Kita balik teruslah.”

“Bagi aku kemas beg dulu,” Iqbal memasukkan buku-bukunya ke dalam beg. Eh, bukan buku tapi komik. “Jom,” Iqbal dan Shafik bergerak ke pintu depan sekolah.

Memandangkan sekarang waktu rehat, jadi pasti semua pelajar akan tertumpu ke kantin yang terletak berhampiran dengan pintu belakang.

“Chap, kita tak nak makan dulu ke?”

“Takkan kau sanggup biar Riz sakit sorang-sorang kat rumah tu? On the way pergi rumah Riz tu, kita belilah something. Jom!”


***


“Macam mana kau boleh demam ni?” Shafik dan Iqbal bertandang ke rumah Azrizal selepas membeli tiga bungkus nasi berlauk di kedai tepi jalan dalam perjalanan ke rumah Azrizal tadi.

“Entahlah. Dah nak demam nak buat macam mana?” Azrizal bersandar di kepala katil.

“Kau dah makan belum? Ni kita orang ada beli nasi,” Shafik dan Iqbal duduk bersila di lantai.

“Belum. Aku tak ada seleralah,” ujar Azrizal.

“Kita orang sanggup tak makan kat sekolah tadi sebab nak makan dengan kau tahu,” Shafik sengaja memancing rasa terharu Azrizal.

“Kau orang makanlah dulu.”

“Riz, ada air sejuk tak?” Tabiat makan Iqbal memang tak lengkap kalau tak ada ais ataupun air sejuk.

“Kau pergilah tengok dalam peti ais kat dapur tu. Macam tak biasa.”

“Chap, kau nak apa-apa tak?” Tanya Iqbal sebelum berlalu ke dapur. Kekerapan melepak di rumah itu membuatkan mereka sudah biasa dengan keadaan rumah itu.

“Bawa ajalah apa-apa yang patut,” balas Shafik.

“Ok,” Iqbal menghilang ke dapur.

“Ada cerita menarik ke kat sekolah hari ni?” soal Azrizal.

“Tak ada apalah. Anyway, mak angkat kau tanya pasal kau tadi,” jawab Shafik.

“Siapa? Cik Mazleen?”

“Siapa lagi?”

Tak lama kemudian, Iqbal kembali dengan sebotol air sejuk dan tiga biji gelas.

“Betul ke kau tak nak makan, Riz?” Iqbal kembali bersila di sebelah Shafik. Azrizal menggeleng.

“Ke kau nak kita orang suapkan?” seloroh Shafik.

Azrizal menggeleng.

“Aku betul-betul tak ada selera ni.”

“Oh ya. Kita orang ada benda nak bagi tahu kau,” Shafik baru teringat akan sesuatu.

“Apa dia?” tanya Azrizal berbasa-basi.

“Aku rasa kita dah jumpa vokalis yang sesuai,” ujar Shafik.

“Ya ke? Siapa?” Azrizal semakin berminat untuk mengetahui gerangan yang dimaksudkan oleh Shafik. Shafik dan Iqbal saling berpandangan.

“Shamsul.”

“Shamsul? Shamsul mana?” Azrizal cuba mengingati kawan-kawannya yang bernama Shamsul. “Jangan kata Shamsul, budak kelas kita tu.”

Shafik dan Iqbal menggangguk.

“Kenapa mesti dia? Tak ada orang lain ke?” marah Azrizal. Dalam banyak-banyak pelajar kat sekolah tu, kenapa mesti nama Shamsul yang dicadangkan oleh Shafik dan Iqbal?

“Tapi suara dia power, Riz,” puji Shafik. Shamsul calon yang ideal!

“Mana kau tahu? Kau pernah dengar dia nyanyi ke?”

“Masa kat De Rhu hari tu, dia jadi wakil kelas kita buat persembahan. Semua orang kagum dengan suara dia,” Shafik menambah.

“Habis, takkan kita nak ambil dia jadi vokalis band kita?”

“Kalau kau tak kisah.”

“Mestilah aku kisah. Dia kan musuh kita. Takkan kau orang tak ingat dia yang report hal kita kat pengetua dulu?”

“Itu aku tahu. Tapi benda tu kan dah lama. Yang penting sekarang, impian kita untuk menubuhkan sebuah band.”

“No way. Aku tetap tak setuju,” tegas Azrizal.

“Kan aku dah cakap Riz takkan setuju punya,” Iqbal menyampuk.

“Kalau kau tak nak tak apalah. Aku cuma cakap aja,” ujar Shafik. Kalaulah Azrizal dan Shamsul tak berselisih pendapat, mesti band mereka sudah lengkap sekarang. Bila-bila masa aja boleh mula jamming.

Tiada ulasan: