Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 06, 2008

AsyrAfia 6

“Inilah studionya,” Adi membandingkan nama yang tertera di hadapan bangunan itu dengan alamat yang tertulis di kertas di tangannya.

“So kita nak jumpa siapa sekarang?” tanya Rizal.

“Encik Ezriee Haniff Yussoff. Kejap, aku telefon dia,” Adi mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor yang dikatakan. “Assalamualaikum, Encik Ezriee. Saya Adi, pelajar Mass Comm UiTM yang telefon hari tu. Ok.”

“Dia cakap apa?” tanya Rizal.

“Dia suruh kita masuk,” balas Adi.

“Kaulah masuk dulu,” ujar Rizal kepada Julia.

“Kaulah!” Julia menyuruh Rizal masuk dahulu.

“Kaulah!”

Mereka bertolak-tolak di depan pintu pejabat itu.

“Apalah kau orang ni. Buat malu aja,” tegur Adi.

“Di, kau masuk dulu,” ujar Julia.

Adi mendahului teman-temannya. Ah, nikmatnya. Mereka menarik nafas lega apabila udara dingin di dalam pejabat itu menampar tubuh mereka.

“Di, pergilah tanya kakak tu,” Julia menunjuk ke arah seorang wanita yang duduk di kaunter di depan pintu. Mungkin wanita itu penyambut tetamu.

“Aku lagi?”

“Yalah. Kau kan ketua.”

Adi mencebik namun dia melangkah juga ke arah wanita itu.

“Assalamualaikum, kak. Kami pelajar Mass Comm dari UiTM, Shah Alam. Kami ada buat appointment dengan Encik Ezriee Haniff Yussoff,” ujar Adi kepada penyambut tetamu di situ.

“Ok, sekejap ya, Duduk dulu,” ujar penyambut tetamu itu mesra.

“Ok,” Adi, Afia, Rizal dan Julia melabuhkan punggung di sofa yang disediakan di situ. Seketika kemudian, muncul seorang lelaki bertubuh sederhana dan berkemeja.

“Hai. Adi? Saya Ezrie,” lelaki itu memperkenalkan dirinya.

“Adi,” Adi menyambut huluran tangan lelaki itu kemudian memperkenalkan kawan-kawannya. “Ini kawan-kawan saya. Afia, Julia, Rizal.”

Afia, Julia dan Rizal tersenyum tanda perkenalan.

“Berempat aja ke?”

“Kita orang berlima sebenarnya. Tapi sorang lagi tak dapat datang hari ni. Dia ada hal,” ujar Adi.

“Ok, tak apa. Jom ikut saya ke atas. Dia orang tengah recording,” ujar Ezrie. Afia, Adi, Julia dan Rizal mengikut Ezrie ke tingkat atas.

Lagu ‘Puteri Santubong’ kedengaran di tingkat atas itu tatkala Afia, Adi, Julia dan Rizal menapak di situ.

“Ni Noh,” Ezrie memperkenalkan seorang pemuda yang sedang melakukan kerja-kerja pemeriksaan bunyi ketika proses rakaman. “Noh ni salah seorang anggota M.I.X. juga.”

“Hai,” Noh berkenalan dengan Afia, Adi, Julia dan Rizal.

“Dia orang ni budak-budak UiTM yang aku cerita hari tu,” ujar Ezrie kepada Noh.

“O… yang nak buat entertainment program tu?” Noh mula teringat Ezrie pernah memberitahu mereka tentang sekumpulan pelajar dari UiTM yang ingin bekerjasama dengan M.I.X. dalam menyiapkan projek kuliah mereka.

“Kamilah,” sahut Adi malu-malulah. Maklumlah mereka kan pelajar aja.

“Lama lagi ke ni?” Ezrie bertanya kepada Noh tentang rakaman lagu pada hari itu.

“Part aku, Asyraf dan Ogie dah siap. Part Wayne aja belum,” ujar Noh.

“Mana dia orang?” Ezrie melihat ke dalam tempat rakaman. Kosong.

“Dia orang pergi tandas sekejap.”

“You all duduklah dulu. Bila dia orang datang nanti, kita bincang sambil minum minum kat bawah. Kalau ada apa-apa nak tanya Noh ni, tanya aja,” ujar Ezrie kepada Afia, Adi, Julia dan Rizal.

Sementara menunggu kedatangan anggota M.I.X. yang lain, Afia, Adi, Julia dan Rizal mengambil kesempatan itu untuk bertanya serba sedikit tentang M.I.X. memandangkan mereka sendiri belum begitu mengenali M.I.X. Melalui Noh, mereka mengetahui bahawa M.I.X. adalah singkatan daripada Mc’s In X-tion.

M.I.X. dianggotai oleh Mohd Noh Salleh ataupun Noh Phrofile berusia 21 tahun, Asyraf Ghauthal Hardy ataupun Asyraf Hardy, 21, Mohd Khairuzee Bolhassan ataupun Ogie, 23, dan Mohd Redzuan ataupun Wayne, 27. Keempat-empat mereka berasal dari Sarawak. Justeru, mereka banyak menggunakan loghat Sarawak dalam lagu-lagu mereka. Salah satunya lagu kebanggaan rakyat Sarawak, ‘Puteri Santubong’ yang diubah melodi dan liriknya.

“Saya suka lagu tu,” ujar Julia.

“Terima kasih,” ucap Noh.

“Nak ambil hatilah tu,” Rizal berbisik kepada Adi namun dapat didengari oleh Julia. Julia menyiku lengan Adi yang berdiri di sebelahnya.

“Eh, ramainya orang,” Ogie dan Asyraf tercengang melihat tetamu asing itu.

“Kau orang pergi mana? Lama tahu dia orang tunggu,” ujar Noh padahal belum sampai setengah jam mereka menghilang.

“Noh, siapa ni?” Ogie melirik matanya ke arah Afia dan Julia.

“Dia orang nilah pelajar yang nak buat entertainment program dengan kita tu,” terang Noh.

“Hai. Saya Ogie,” Ogie memperkenalkan dirinya dan diikuti oleh Asyraf.

“Tadi kata empat orang. Mana lagi sorang?” tanya Rizal.

“O…Wayne kat Kuching. Ada hal keluarga. Biasalah, orang dah kahwin,” ujar Ogie. “Kita orang bertiga belum kahwin lagi tahu.”

“Promote untuk Ogie!” celah Noh.

“So, semua dah ada kat sini. Jom kita minum kat bawah,” Ezrie mengajak mereka minum di warung bawah.

Di warung bawah, mereka duduk berbincang sambil menjamu selera. Warung yang tadinya sepi menjadi riuh dengan kehadiran mereka terutamanya Noh dan Ogie.

“Duduk, duduk. Buat macam rumah sendiri.”

“Tambah nasi, tambah nasi.”

“Nak makan apa?” seorang wanita yang bekerja di situ menghampiri meja mereka bertanyakan makanan dan minuman yang dkekehendaki oleh mereka.

“Ogie nanti dulu. Kita tanya tetamu kita dulu,” Noh menghalang Ogie daripada memesan makanan. Memandangkan Ogie bertubuh gempal, dia selalu diusik apabila tiba bab makan. Betul ke orang yang bertubuh gempal kuat makan?

“Kau orang nak makan apa?” tanya Ezrie kepada Afia, Adi, Julia dan Rizal. Mereka saling berpandangan. Tak tahu nak makan apa. Begitulah keadaannya setiap kali mereka makan di gerai. Nak fikir pun lama.

“Aku kenyang lagilah,” Afia dan Julia bercakap sesama sendiri.

“Aku pun kenyang lagi.”

“Saya nak milo ais,” Adi berkata kepada wanita yang mengambil pesanan mereka itu.

“Saya pun,” ujar Rizal.

“Saya pun,” celah Afia.

“Samalah,” Julia pun mengikut.

“Milo ais empat?” Wanita itu menulis pesanan mereka di buku kecilnya.

Mereka berbual-bual sementara menunggu makanan mereka sampai.

“So sementara tunggu makanan sampai, boleh tak kau orang ceritakan sedikit tentang projek kau orang ni? Macam projek ni untuk apa, konsep dia macam mana, siapa sasaran penonton, apa yang kau orang dah plan?” Ezrie meminta penjelasan tentang projek yang dikatakan oleh mereka dalam telefon beberapa hari yang lalu.

“Well, macam ni. Kita orang kena buat satu program hiburan untuk subjek Broadcast Production. Kita orang plan nak buat satu program hiburan yang memperkenalkan artis-artis baru kat Malaysia ni. Dalam program tu nanti kita orang akan buat interview and mini concert. Untuk yang ni, kita orang sepakat pilih M.I.X.,” ujar Adi mewakili teman-temannya.

“Kenapa kau orang pilih M.I.X.? Kenapa tak artis lain? Yalah, M.I.X. ni kan masih baru lagi. Album pun tak keluar lagi,” tanya Noh pula.

“Macam kita orang cakap tadi. Program ni kita buat untuk memperkenalkan artis-artis baru kat Malaysia. Kita orang pilih M.I.X. sebab kita orang tertarik dengan konsep muzik M.I.X. sendiri. Kau orang kan mengetengahkan loghat Sarawak dalam lagu-lagu kau orang. Tak banyak artis yang berani buat macam kau orang,” ujar Julia pula.

“Sebab utama kita orang ada contact kau orang,” Adi menyampuk.

“Oh ya?”

“Kawan saya kenal Ezrie,” balas Adi.

“O…” Noh, Asyraf dan Ogie mula mengerti jenis contact yang dimaksudkan.

“Jadi, rancangan ni macam mana sebenarnya? Interview dan konsert ajalah? Tempat macam mana?” tanya Ezrie lagi.

‘Tempat mungkin kita orang datang tempat kau orang ke. Macam kat studio tadi ke ataupun kat UiTM.”

“Bila kau orang kena hantar projek ni?”

“Bulan depan. Tapi kena start awallah sebab nak edit lagi, touch up semua tu
ambil masa. Tapi kita orang cakap awal-awal, kita orang memang tak mampu nak bayar kau orang. Maklumlah kita orang ni pun student lagi. Tapi kalau setakat belanja makan tu bolehlah.”

“Kita orang faham. Kita orang pun pernah jadi student. So, bila kau orang nak start?” Tanya Ezrie.

“Kalau boleh Sabtu depan?”

“Sabtu depan? Macam mana kau orang?” Ezrie meminta pendapat Noh, Asyraf dan Ogie. Noh, Asyraf dan Ogie berbincang sesama mereka.

“Wayne balik bila?” tanya Noh.

“Isnin ni,” jawab Asyraf.

“Ok, bolehlah tapi soal makan tadi jangan lupa ya,” seloroh Ogie.

“Boleh, tak ada punya,” janji Adi.

Seketika kemudian, makanan mereka sampai.

“Makan, makan,” Noh terus menjamah nasi papriknya sebaik-baik sahaja pinggan berisi nasi paprik itu diletakkan di hadapannya.

“Afia dan Julia tak makan ke?” tanya Ezrie apabila melihat Afia dan Julia hanya memesan milo ais.

“Kita orang kenyang lagi. Baru makan tadi,” jawab Julia.

“Rugilah macam tu. Ezrie nak belanja,” Noh menyampuk.

“Yalah, aku belanja tapi kau bayar,” balas Ezrie.

“Kau dulu pun student UiTM kan?” Noh sengaja mengubah topik.

“Oh ya ke? Course apa?” Adi, Afia, Julia dan Rizal tertumpu kepada Ezrie.

“Kau ambil course apa, Ezrie?”

“Kosmetik,” celah Ogie.

“Kosmetiklah sangat. Kau orang jangan dengar sangat cakap dia orang ni. Dia orang semua ni tak betul,” Ezrie memberi peringatan.

“Kau orang tahun berapa sekarang?” tanya Ogie.

“Kita orang dah tahun akhir tapi semester lima,” ujar Adi.

“Semua satu kelaslah ni?” Noh mencelah.

“Yup! Apa-apa assignment group pun, empat orang nilah team kita orang,” tambah Adi. Dulu, mereka berempat tidaklah serapat ini. Masing-masing mempunyai geng ataupun ahli kumpulan sendiri. Afia kumpulan lain, Adi kumpulan lain, Julia kumpulan lain dan Rizal kumpulan lain. Hubungan Afia dan Julia mula rapat apabila mereka tinggal serumah pada semester tiga.

Ketika di semester empat, Adi dan Rizal belum mempunyai kumpulan bagi kerja kumpulan subjek Perhubungan Awam. Pada waktu yang sama, Julia baru saja membubarkan kumpulannya lantaran kumpulan itu sudah tidak ada sefahaman. Secara kebetulan, Afia juga belum mempunyai kumpulan. Memandangkan Afia tinggal serumah dengannya, maka Julia mengajak Afia menyertai kumpulannya bersama Adi dan Rizal.

Selepas beberapa kali bekerja dalam satu kumpulan, akhirnya timbul keserasian antara mereka. Justeru, mereka sepakat untuk terus bekerjasama bagi tugasan kumpulan yang seterusnya sehingga tamat semester enam nanti.

“Jadi kau orang memang tak nak bekerja dengan orang lainlah?” tanya Ezrie pula.

“Bukan tak nak tapi kalau kerja dengan orang lain mesti ada macam-macam masalah. Kita orang pun sebelum ni pernah kerja dengan orang lain. Saya kumpulan lain, Afia kumpulan lain, Julia kumpulan lain, Rizal kumpulan lain. Tapi mungkin dah jodoh kami berempat. We think this is our team,” ujar Adi.

“I’m agree with Adi. Yalah, kerja kumpulan ni kan memerlukan komitmen daripada semua ahli. Siapa nak ambil ahli yang malas kan? Tak buat kerja tapi nama nak letak juga. Kita orang tak naklah nanti mengumpat kat belakang. Macam kita orang dah biasa bekerja bersama jadi apa-apa yang tak puas hati kita orang akan berbincang bersama,” Rizal menambah.

“Betul cakap you all tu,” Ezrie menyetujui pendapat mereka tetapi sebagai abang dan orang yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, dia juga mempunyai pendapat tersendiri.

“Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, kita harus memilih ahli yang terbaik. Masa belajar ni mungkin you all diberi kelonggaran untuk memilih sendiri ahli kumpulan you all. Tapi ada sesetengah pensyarah yang tak galakkan benda-benda macam ni sebab di alam pekerjaan nanti, you all tak boleh pilih dengan siapa you all nak bekerja. You all kena kerja dengan semua orang. Tak kisahlah you all suka ke, tak suka ke, you tetap kena kerja dengan orang tu. Working is totally different than study. May be your friend can cover you while study but not in the working area because they are judge you based on your own performance. At that time, nobody can help you either your friend.”

Afia, Adi, Julia dan Rizal tekun ataupun sebenarnya tercengang mendengar nasihat Ezrie apabila tiba-tiba bunyi tepukan dan sorakan kedengaran.

“Ya, itu tadi sedikit ceramah daripada saudara Ezrie kita,” Noh menepuk bahu Ezrie seolah-olah kagum dengan penerangannya sebentar tadi. “Jadi Encik Ezrie, sebelum kita meneruskan ceramah kita, apa kata kita minum dulu?” Noh mengajuk salah satu dialog dalam sebuah iklan di televisyen.

“Ya, jemput makan. Jangan malu-malu. Buat macam kedai orang,” Ogie pula menyampuk.

Afia, Adi, Julia dan Rizal cuma tersenyum mendengar gurauan Noh dan Ogie. Mereka kembali menikmati hidangan di hadapan mereka. Dalam pada itu, Afia sempat mencuri pandang kepada Asyraf yang duduk di hujung. Berbanding Noh dan Ogie, Asyraf lebih banyak mendiamkan diri. Sejak tadi, dia tidak mendengar sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut lelaki itu.

“Ah, biarlah! Bukan urusan aku,” keluh hati kecil Afia.

Tiada ulasan: