Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 06, 2008

AsyrAfia 4

Seperti yang telah dipersetujui, pagi itu selepas kelas Cik Syazliana, Afia, Julia, Adi dan Rizal berkumpul bagi membincangkan tugasan Broadcast mereka.

“Dah pukul berapa ni? Mana si Norin ni? Ju, kau cakap tak kat Norin yang kita nak jumpa kat sini?” Adi mula hilang sabar. Dah hampir setengah jam mereka menunggu di perpustakaan itu tapi batang hidung si Norin pun tak nampak.

“Dah. Aku dah cakap tadi,” ujar Julia.

“Hee…macam anak raja aja,” getus Adi.

Dah kena repeat tu, buatlah cara repeat. Tak ada komitmen langsung. Patut pun kena repeat! At least telefonlah bagi tahu nak datang lambat. SMS ke. Apa guna ada handphone canggih?

“Ala… Kita mula ajalah. Buang masa aja tunggu dia,” cadang Afia. Perkara yang paling dibencinya adalah menunggu!

“Ok, kita mula dulu. So, apa cadangan kau orang? Any idea?” Adi memandang teman-temannya seorang demi seorang.

“Aku cadangkan kita buat game show. Macam ‘Movie Buff Championship’ kat TV2 tu,” Rizal memulakan perbincangan mereka.

“Rancangan apa tu?” tanya Julia. Tak pernah dengar pun.

“Ala…rancangan Cina tu. Hari Sabtu pukul tujuh malam,” Afia menjawab bagi pihak Rizal.

“Sorry…aku tak tengok TV waktu Maghrib,” seloroh Julia.

Yalah tu si Julia ni. Padahal setiap hari Isnin sampai Jumaat, dialah orang pertama yang terpacak kat bilik TV blok 1 pukul tujuh malam, tengok drama bersiri Kantonis kat TV2.

“Rancangan tu macam mana?” tanya Adi.

Aku pun tak pernah tengok rancangan tu. Rancangan Cina, siapa yang nak tengok? Aku pun bukannya layan sangat TV ni.

“Ala…game show. Dalam rancangan tu ada main lucky draw, kadang-kadang main ping pong, kuiz, macam-macamlah. Aku tengok pun kalau ada artis yang aku suka aja,” terang Rizal.

“Tapi rancangan tu guna artis jadi peserta. Takkan kita nak guna artis juga?” tanya Afia pula.

“Mestilah. Sebab ada artislah yang orang nak tengok,” ujar Rizal.

“Tapi mana kita nak dapat artis tu? Nak dapat satu artis pun susah. Lainlah kalau kau ada kenal orang kuat dalam industri ni,” ujar Julia pula.

“Betul tu, Riz. Kita kena fikir tempat lagi. Lagipun macam mana kalau dia orang minta bayaran? Takkanlah dia orang sanggup bersusah payah tanpa bayaran?” tambah Afia lagi.

“So ada cadangan lain? Ju?” Adi mencatat yang positif dan negatif tentang cadangan Rizal ke dalam buku.

“Kalau ikutkan aku, aku buat yang simple aja. Kita pilih satu artis, kita interview. Lepas tu kita selitkanlah satu ataupun dua video klip dia,” cadang Julia pula.

“Tak bestlah. Dah banyak sangat rancangan macam tu kat TV. Kita buat rancangan macam ‘Muzik di Ria’ tu nak? Ada interview dengan artis jemputan, video klip, carta lagu popular…” cadang Afia. “Tapi susah pula nak cari bahan.”

“Biasalah. Setiap program tu mestilah ada susah dan senangnya. Aku pun ada cadangan. Aku dah fikir semalam. Apa kata kita buat program pasal artis baru yang ada kat Malaysia ni?” Afia, Julia dan Rizal memandang Adi seolah-olah tidak faham. Melihatkan itu, Adi menerangkan dengan lebih lanjut tentang ideanya itu.

“Kan Close Up tu rancangan pasal artis yang dah popular, perjalanan karier dia orang, album dia orang… So apa kata kita buat satu program khusus untuk artis-artis Malaysia yang baru, yang belum terkenal lagi. Dalam program ni nanti ada temubual, konsert mini, berita hiburan sikit. Temubual untuk kita bercerita tentang latar belakang dia orang, macam mana dia orang boleh terlibat dalam bidang ni dan lain-lain. Konsert mini pula untuk membuktikan yang dia orang ni boleh nyanyi live.”

“Bagus juga idea kau tu,” Julia berminat dengan idea Adi. “Artis-artis kat Malaysia ni pun tak kurang hebatnya. Cuma dia orang tak diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dia orang. Aku setuju dengan Adi.”

“Aku pun setuju,” Rizal turut menyukai idea itu.

“Kau Afia?” tanya Adi.

“Aku tak kenal sangatlah artis kat Malaysia ni tapi aku ikut ajalah,” ujar Afia.

Afia kan peminat muzik Indonesia. Yang dia tahu Sheila on 7, Melly Goeslaw, Dewa, Gigi, Padi, Peterpan, Radja, Agnes Monica, Ungu, Shaden, Projek Pop, T-Five, The Fly dan lain-lain. Kalau Malaysia, hanya beberapa nama aja yang dia tahu.

Bukan tak nak sokong artis tempatan tapi tak ada satu pun artis tempatan yang dapat menambat hatinya. Kalau dulu, industri muzik Malaysia meriah dengan kemunculan 4U2C, Nico, KRU, Feminin, A to Z, Kool, Shades, Freshies, Ms’ Teen, dan lain-lain. Semua pun Afia suka.

Tapi sekarang, kemeriahan itu seakan suram. Artis-artis baru yang muncul kebanyakannya sama dan tak ada identiti tersendiri. Bila sorang buat tradisional, semua nak buat tradisional. Bila sorang buat hip hop, semua nak buat hip hop. Muzik apa yang dia orang perjuangkan sebenarnya? Kalau dia orang sendiri tak tahu apa yang dia orang nak dalam industri ni, macam mana pendengar muzik Malaysia nak sokong?

Berbeza dengan artis Indonesia. Dia orang tahu apa yang dia orang perjuangkan. Setiap artis tetap mempertahankan genre muzik yang dibawa sejak kemunculan awal. Jarang-jarang sekali dia orang nak bertukar konsep. Lirik yang diketengahkan juga lebih kreatif dan segar. Mungkin kebebasan yang diberikan oleh kerajaan Indonesia menjadikan dia orang lebih berani dalam berkarya.

Tak macam kerajaan Malaysia yang ada kalanya terlalu menyekat kreativiti dan kebebasan pemuzik tempatan dalam berkarya. Itu tak boleh, ini tak boleh. Lirik Melayu campur English pun kena gam. Macam manalah muzik Malaysia nak berkembang? Bila orang kita sokong muzik Indonesia, tahu pula marah. Konon orang Malaysia tak patriotik dan terlalu mengagungkan karya luar.

Tak kisahlah dari mana sekalipun muzik itu datang. Asalkan karya tu bagus dan berkualiti, mestilah orang suka. Kalau karya tempatan tak bagus, adakah salah pendengar? Salahkah bila dia orang dengar muzik luar?

“Kau ni memanglah, Afia. Indon aja yang kau tahu,” sindir Julia.

“Entah. Kau ni tak habis-habis dengan Sheila on 7. Sheila on 7 dah tak lakulah sekarang,” tambah Rizal.

“Biarlah. Yang penting aku tetap sukakan dia orang,” Afia membela band kesayangannya itu.

Memang sejak bertukar anggota dan mendirikan rumah tangga, nama Sheila on 7 seakan-akan kurang meniti di bibir peminat muzik Malaysia. Lagu-lagu dia orang pun kurang mendapat tempat berbanding band-band Indonesia yang baru sekarang. Afia sendiri mengakui kenyataan itu namun hatinya tetap setia pada Sheila on 7. Baginya, tiada sesiapa pun yang dapat menandingi kehebatan suara Duta dan kehebatan mereka ketika beraksi di pentas.

Tidak seperti kebanyakan band yang hanya berdiri tegak menyanyi ataupun bermain alat muzik walaupun lagu yang dipersembahkan adalah lagu rancak. Baik Duta sebagai penyanyi mahupun ahli Sheila on 7 yang lain, mereka sentiasa beraksi lincah dan aktif ketika di pentas. Dan itulah yang membuatkan Afia terpegun selain lagu-lagunya yang bermotivasi. Sheila on 7 lah band pertama yang berjaya menambat hatinya.

Peminat Sheila on 7 yang berpaling tadah dengan alasan Sheila on 7 sudah tua, dah kahwin dan dah ada anak, mereka bukan peminat yang sejati. Jelas sekali dia orang hanya minat pada orangnya, bukan muziknya. Dia orang yang hanya minat ikut-ikutan juga bukan penyokong yang setia. Bila sesuatu band itu popular, dia orang pun ikut minat. Tapi bila band itu dah tak popular, dia orang pun beralih kepada band yang lebih popular. Adakah dia orang ini layak digelar peminat ataupun penyokong?

“Ala…kau beria-ia sokong dia orang pun, apa yang kau dapat? Dia orang bukan tahu pun,” Rizal sengaja menambah kemarahan Afia.

“Kalau buat sesuatu, biarlah dengan hati yang ikhlas. Jangan harapkan balasan atas apa yang kita buat,” Afia membidas kata-kata Rizal. “Biarlah dia orang tak kenal aku pun. Dia orang dah hiburkan hidup aku dengan lagu-lagu dia orang pun aku dah berterima kasih kat dia orang. Sekurang-kurang aku ada band yang aku suka. Kau orang ada ke?”

Adi, Rizal dan Julia terdiam. Kalau bab-bab Sheila on 7, jangan haraplah kau orang nak menang berdebat dengan Afia. Siapa yang berani kutuk Sheila on 7 depan Afia, siaplah untuk mendengar hujah-hujah Afia. Untung Sheila on 7 ada penyokong macam Afia.

“Dahlah tu. Kita sambung balik perbincangan kita tadi,” ujar Adi.

Kalau macam ni, sampai petang pun tak habis. Yang kau orang pergi ajak si Afia ni berdebat pasal Sheila on 7, siapa suruh? Kan dia dah mula tunjuk skill debat dia.

“Di, kau dah fikir ke siapa yang kita nak temubual untuk program kita ni?” tanya Julia. Bestnya dapat jumpa artis!

“Kawan aku ada kenal satu kumpulan rap ni. Dari Sarawak. Anak didik Cat Farish. Baru lagi. Album pun tak keluar lagi. Tapi kawan aku kata dia orang bagus. Nak cuba?”

“Yang nyanyi lagu ‘Puteri Santubong’ tu ke?” teka Julia.

“Yalah kut. Aku pun tak tahu sangat.”

“Best, best. Aku nak, aku nak,” ujar Julia.

“Kau kenal dia orang ke?” tanya Afia.

“Orang dia aku tak kenal. Tapi lagu ‘Puteri Santubong’ tu aku selalu dengar kat X-Fresh.”

X-Fresh stesen radio yang kononnya memperjuangkan lagu-lagu dan artis tempatan dengan tagline ‘seratus peratus muzik Malaysia’. Pasti rakyat Malaysia berbangga dengan kewujudan stesen radio ini yang berani mengetengahkan karya tempatan sepenuhnya.

“Dia orang tu ok ke?” tanya Rizal pula. “Maklumlah artis ni kan macam-macam pe’el.”

“Ok kut. Biasanya artis baru ni tak sombong. Yalah baru lagi,” Adi sendiri tidak pasti. “So semua setuju?”

“Setuju…” ujar Afia, Julia dan Rizal hampir serentak.

“Kita orang setuju aja tapi yang sorang lagi tu tak tahulah,” kata Julia. Baru saja Adi hendak bertanya lanjut, orang yang dimaksudkan pun muncul.

“Sorry, I’m late. So apa yang you all discuss tadi?” tanpa rasa bersalah, gadis itu duduk menyertai Afia dan yang lain-lain.

Afia, Julia, Adi dan Rizal berpandangan sesama sendiri. Masing-masing tidak senang dengan gadis itu. Dahlah lambat, minta maaf pun tak! Mentang-mentanglah dia senior.

“Kita orang berempat dah sepakat nak buat program tentang artis baru kat Malaysia ni,” Adi cuba berlagak biasa.

“Artis baru? Siapa?”

“Kumpulan rap dari Sarawak, M.I.X.”

“M.I.X.? Siapa tu? Tak glamournya,”

“Nama pun artis baru. Mestilah belum glamour lagi. Lagipun kita buat benda ni sebab nak belajar. Bukan nak cari glamour,” ujar Afia geram.

Menyampahnya aku! Itulah, siapa suruh datang lambat. Orang dah habis bincang baru nak muncul. Nasiblah.

“Tapi artis tu tak confirm lagi kan?”

“Kenapa pula tak confirm?” Julia pula yang berang.

“Boyfriend I kerja kat E.M.I. Dia boleh dapatkan Ruffedge ataupun V.E. untuk kita,” ujar gadis itu dengan bangga.

“Boyfriend akak tu pegang jawatan apa kat situ? G.M.?” Afia sengaja memanggilnya dengan panggilan ‘akak’.

Tak sedar diri tu tua daripada kita orang. Masih nak ber I, I lagi.

“Hish… you ni janganlah panggil I, akak. Panggil Nor aja. Siapa nama you?” tanya gadis itu kepada Afia. Pertanyaan itu semakin membuat Afia bengang.

Hai, dah dekat satu semester belajar kat kelas kita orang pun, masih tak tahu nama aku? Inilah senior. Bila junior tak kenal dia orang, marah. Lepas tu kata kita orang tak hormat dia orang. Tapi kalau senior tak kenal junior macam mana pula?

“Yang ni Afia, Julia, Rizal dan saya Adi,” Adi memperkenalkan diri mereka. Dia tahu Afia marah.

“O…Afia? Actually, boyfriend I tak adalah sampai jadi G.M. tapi kalau you all nak, dia boleh usahakan,” kata Norin bersungguh-sungguh.

“Tak apalah. Terima kasih ajalah. Kita orang dah setuju dengan cadangan Adi,” celah Afia.

“Tak adillah macam ni. You all buat decision tanpa persetujuan I. I kan ahli group ni juga,” Norin mula memberontak.

“Siapa suruh datang lambat?” Afia melawan.

“I ada hal tadi,” Norin membela diri.

“Dah, dah. Tak payah gaduh,” Adi cuba meleraikan ketegangan yang mula melanda. “Tak apalah. Kita dengar dulu cadangan Norin. Apa idea kau?”

Norin tersenyum puas kerana Adi berada di pihaknya.

“Well, I cadangkan kita buat rancangan realiti macam Malaysian Idol tu. Kat UiTM ni kan ramai orang yang gila glamour dan perasan boleh nyanyi.”

Yalah, macam kau! Afia mengutuk Norin dalam hati. Ingatkan hebat sangat tapi cedok idea orang lain juga. Dah berlambaklah rancangan macam tu kat Malaysia ni.

“Kita ambil ajalah dia orang. Senang. Tak payah bayar. Lepas tu, artis undangan, kita jemputlah Ruffedge ke, V.E. ke.”

Tak habis-habis dengan Ruffedge dia. Ingat Ruffedge tu abang kau ke? Boleh panggil bila-bila nak. Afia semakin meluat dengan perangai Norin. Macam mana aku nak kerja dengan dia nanti?

“Aku ada pertanyaan,” celah Rizal. “Ruffedge tu free juga ke?”

“Free tu tak dapatlah. Harga dia orang standard sepuluh ribu tapi kalau kau orang nak kurang, dua ribu mungkin boleh dapat.”

“Dua ribu? Mana nak cekau duit? Kalau setakat nyanyi dua tiga minit nak kena bayar dua ribu, baik kita ambil M.I.X. aja. Benda lain tak payah fikir. Kamera fakulti bagi. Kita cuma keluar duit tambang bas dengan duit makan aja,” Julia tidak bersetuju dengan cadangan Norin.

“Aku pun tak setuju. Melampau tu,” Afia menyokong Julia.

“Ok, kita undi,” Adi mencadangkan jalan penyelesaian. “Siapa setuju dengan idea Norin?”

Afia, Julia, Adi dan Rizal saling berpandangan. Tiada sesiapa pun yang mengangkat tangan. Mereka semua tidak bersetuju dengan idea Norin.

“Siapa setuju dengan idea artis baru tadi?

Pantas Afia, Julia dan Rizal mengangkat tangan tanda setuju.

“Sorry, Norin,” Adi mengumumkan keputusan undian. “Jadi, maknanya kita akan buat program hiburan tentang artis baru di Malaysia dan artisnya adalah M.I.X. Kalau semua dah setuju, kita boleh mula buat proposal dengan storyboard.”

Afia, Julia dan Rizal tersenyum puas manakala Norin terpaksa memendam kemarahan gara-gara cadangannya ditolak.

Tiada ulasan: