Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Mei 31, 2012

Mini Novella: Orang Kedua ~4~

“KENAPA pula dengan si Ria ni?” Badrul berkira sendiri.
            “Kau masih jumpa perempuan tu lagi?”
            “Perempuan mana yang kau maksudkan?”
            “Hai, buat-buat tak tahu pula. Selain Elly, perempuan mana lagi yang kau selalu jumpa tu?” keras kata-kata Azlan seolah menyindir.
            “Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni, Lan?” Badrul masih tidak mengerti.
            “Bad, kau jangan ingat aku tak tahu. Aku tahu semuanya.”
            “Tahu apa?”
            “Kau bercinta dengan Ria kan? Budak kelas Rizal tu kan?”
            “Apa yang kau merepek ni?”
            “Kau jangan pura-puralah, Bad. Memanglah perempuan tu. Tak makan saman betul!” getus Azlan.
            “Apa kau cakap ni? Kau jumpa Ria?” Badrul seakan terkejut.
            “Yalah! Takkan aku nak biarkan saja perempuan tu musnahkan hubungan kau dengan Elly.”
            “Apa yang kau cakap dengan Ria?” soal Badrul ingin tahu.
            “Bad, Elly tu kan baik, lemah lembut, sopan santun…”
            “Apa yang kau cakap dengan Ria?” Badrul mula meninggi suara.   
            “Apa lagi, aku maki dialah. Entah perempuan jenis apa dia tu? Boyfriend orang pun nak rampas!”
            “Kau tak berhak buat macam tu! Siapa beri kau kuasa untuk maki hamun dia? Patutlah sejak akhir-akhir ni dia selalu jauhkan diri daripada aku. Rupanya ni semua kerja kau!” Badrul berang lalu mencapai jaketnya dan berlalu meninggalkan Azlan.
           

“RIA, telefon kau banyak kali bunyi,” ujar Ilyani sebaik saja Ariana muncul daripada tandas.
            Ariana mencapai telefonnya.
            “Kenapa kau tak angkat?”
            “Tak beranilah aku. Mana tahu panggilan daripada seseorang.”
            Ariana tersenyum mendengar kata-kata temannya itu sambil membelek telefon bimbitnya. Air muka Ariana berubah melihat nama pemanggil. Nak apa pula dia ni?
            Seketika kemudian telefon itu berbunyi lagi. Orang yang sama. Ariana teragak-agak untuk menjawab panggilan tersebut.
            Ilyani hairan melihat Ariana tidak menjawab panggilan itu. “Kenapa tak angkat?”
            “Aku ingat missed call saja,” Ariana memberi alasan.
            Missed call apanya. Lama bunyi tu.”
            Akhirnya Ariana menjawab juga panggilan itu. Mana tahu telefon itu akan terus berdering jika tidak diangkat nanti.
            “Helo…  Hah? “ Ariana terkejut mendengar suara di hujung talian. “Kau tahu tak dah pukul berapa ni? Dah pukul sebelas lebih. Aku mana boleh keluar.”
Ilyani hanya memerhati Ariana.
            “Kau kat sini? Apa kau buat ni? Esok sajalah. Yalah. Aku datang sekarang,” Ariana mematikan talian itu. Geram. Apalah yang budak ni nak buat?
            “Yanie, aku keluar kejap ya.”
            “Kau nak pergi mana?” soal Ilyani apabila melihat Ariana bersiap-siap mahu keluar. “Eh, kan dah lebih pukul sebelas ni.”
            “Alah, dekat-dekat sini saja.”
            “Kau nak aku temankan tak?”
            “Tak apalah. Kejap saja. Aku pergi dulu ya.”


“SEBENARNYA aku tak nak buat keputusan ni tapi keadaan memaksa aku. Ria, aku harap kau tak bencikan aku.”
            “Kau tak perlu cakap apa-apa lagi. Aku faham.”
            “Ria…”
            “Tinggalkan aku sendiri.”
            “Aku hantar kau balik?”
            “Aku takkan buat perkara yang tak elok.” Ariana seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran Badrul. “Tolonglah, Bad. Aku nak bersendirian.”
            Badrul serba salah untuk meninggalkan Ariana seorang diri di situ. Namun, dia menghormati keputusan Ariana.           
            “Baiklah tapi aku nak kau tahu walaupun kita tak bersama tapi kau tetap istimewa di hati aku.”
           

“RIA, bangun. Tak pergi kelas ke?” Ilyani menggerakkan Ariana dari lenanya. “Ria…”
            “Yanie, aku tak pergi kelaslah hari ni.”
            “Kau demam ke?” Ilyani meletakkan telapak tangannya atas dahi Ariana. Panas. ”Kau demam ni. Kau tidurlah dulu. Nanti lepas aku habis kelas, aku teman kau pergi klinik ya?” Ilyani membetulkan selimut yang membaluti tubuh Ariana.
            “Aku pergi kelas dulu ya.”
            “Yanie!”
            Langkah Ilyani terhenti. Matanya mencari-cari empunya suara tersebut.
            “Eh, Rizal.”
            “Sorang ja? Mana Ria?”
            “Dia demam.”
            “Demam? Hai, semalam ok ja.”
            “Entah. Tapi semalam dia balik lambat. Aku hairanlah tengok sikap dia akhir-akhir ni. Ada apa-apa yang berlaku kat kelas ke?”
            “Kau tak tanya dia?”
            “Ada tapi dia tak nak cerita.”
            “Hm…Dia tu memang perahsia orangnya. Tak apalah, aku pergi kelas dulu. Kirim salam pada Ria ya.”


ARIANA masih barbaring di katilnya. Suara radio sengaja dikuatkan. Cuba membuang segala yang menyesakkan kotak fikirannya. Sedang itu, telefon bimbitnya berbunyi.
            Ariana tidak mengendahkan jeritan telefon tersebut. Namun nada “Jika Kau Cinta” itu masih mengganggunya. Ariana mencapai telefonnya lalu menutupnya. Hatinya benar-benar pedih. Fikirannya bercelaru. Kepalanya terasa berat. Ariana cuba melelapkan matanya. Namun telefon bimbitnya terus berbunyi. Dia membaca nama yang tertera di skrin telefonnya. Hatinya serba salah untuk menjawab panggilan tersebut.
            “Ria, kau okey ke? Aku dengar kau demam.” Suara itu mengisi ruang sebaik-baik sahaja panggilan itu dijawab.
            Aku belum nak mati lagi. Ah, kenapalah kau masih nak ambil tahu hal aku? Tak cukup lagi ke kau menyiksa hati aku?
            “Ria, kenapa kau diam? Kau tak suka aku telefon ke? Kita masih kawan kan? Ria… Cakaplah sesuatu.”
            “Aku okey.” Suara Ariana lemah. “Demam sikit saja.”
            Badrul gembira mendengar suara itu.
            “OK, aku saja nak dengar suara kau. Aku gembira kalau kau masih anggap aku kawan kau. Aku tak nak kacau kau, kau rehatlah.”
            “Bad…”
            “Ya?”
            “Terima kasih.”
            “Sama. Jangan lupa makan ubat tau. K, bye!”
            “Bye…”
           

“RIA…” Pintu bilik itu dikuak. Ilyani muncul bersama sebungkus nasi. “Kau macam mana?”
            “Dah okey sikit.”
            “Ni aku belikan kau nasi.”
            “Aku tak ada seleralah, Yanie. Kau sajalah makan.”
            “Janganlah macam tu. Kau kan sakit. Kenalah makan sikit. Kau makan ya?” Ilyani menghulurkan bungkusan nasi tersebut kepada Ariana.
            “Nasi apa ni?” Ariana membuka bungkusan tersebut.
            “Nasi ayam.”
            “Nasi saja ke?”
            “Nak apa lagi?
            “Milo ais tak ada ke?”
            “Hai, dah demam ni pun nak minum ais lagi? Dahlah makan ubat pun susah.” Ilyani bangkit menuju ke meja dan menuangkan segelas air masak lalu dihulurkan kepada Ariana.
            “Nah, minum ni.”
            “Terima kasih.” Ariana menyambut huluran Ilyani. ”Kaulah kawan aku.”
            “Baguslah kalau kau tahu.” Fauziah memandang Ariana. “Ria, macam mana kau boleh demam tetiba ni? Kau pergi mana semalam?”
            “Tak pergi mana. Aku terlupa bawa baju sejuk semalam. Cuaca malam kat sini kan sejuk. Agaknya sebab itulah aku demam kut.”
            “Lain kali bagi tahulah aku. Kau ni berani sangat keluar sorang-sorang. Malam pula tu. Kalau terjadi apa-apa, kan susah?”
            “Tak ada apalah. Kan aku dah selamat sekarang?”
            Ilyani menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah temannya itu.
            “Sedap tak nasi tu?”
            “Sedap. Kau nak?”
            “Aku dah makan tadi. Ha, ni tadi aku jumpa Rizal, budak kelas kau. Dia kirim salam pada kau.”
            “Waalaikummussalam…”
            “Ada lagi. Dia kata ada perkara penting dia nak bagi tahu kau.”
            “Apa dia?”
            “Itu kau kenalah tanya dia.”
            Ilyani cuma tersenyum melihat Ariana yang semakin berselera menikmati makanannya. Dalam hati Ilyani bersyukur kerana sudah ada perubahan positf pada diri sahabatnya sejak akhir-akhir itu.
            “Ria, aku dah tahu siapa yang selalu kacau kau tu." Kedengaran suara Rizal sejurus dia menghubungi temannya itu.
            “Siapa?” Ariana seakan tidak sabar.

Tiada ulasan: