Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Mei 18, 2010

AsyrAfia 20

“SIAPA yang nak buat IC ni?” pekerja di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara yang terletak di Plaza Massalam, Shah Alam itu berkerut apabila melihat empat anak muda itu beratur panjang.

“Saya,” jawab Afia.

“Habis, yang lain-lain ni?”

“Dia orang cuma temankan saya.”

“Yang tak berkenaan tu tak payahlah beratur,” pekerja Jabatan Pendaftaran Negara itu mula menyinga. Melihatkan itu, Adi, Julia dan Rizal beredar ke tempat duduk menunggu dan membiarkan Afia menyelesaikan urusannya. “Pertama kali hilang?”

Afia mengangguk.

“Bayar RM30.”

“Hah?” Afia melopong. Mana aku ada duit. “Sekejap ya, kak.” Afia mendapatkan kawan-kawannya dan menebalkan muka. “Siapa ada RM30? Pinjam.”

Adi mengeluarkan dompetnya dari dalam saku. Tiga keping wang kertas berwarna merah diambil lalu dihulurkan kepada Afia.

Thanks,” Afia kembali ke kaunter.

Usai urusan di Jabatan Pendaftaran Negara, mereka ke Bank Simpanan Nasional di Kompleks PKNS pula bagi membuat kad bank yang baru.

“IC,” ujar pekerja di kaunter.

“IC tak ada,” balas Afia. Tak boleh keluar ke kalau tak ada kad pengenalan?

“Kalau tak ada duit, tak boleh keluar duit,” terang pekerja di kaunter itu.

“Tapi wallet saya hilang,” Afia mula sebak. Habis, kalau kad pengenalan hilang macam mana? Aku perlukan duit ni.

“So, IC semua hilang?”

Afia mengangguk.

“Tolonglah, kak. Saya tak ada duit langsung ni,” ujar Afia separuh merayu.

“Okeylah, mintak cap jari.”

Afia menarik nafas lega. Dia tidak sanggup menambah beban hutang dengan kawan-kawannya. Walaupun mereka adalah kawan rapatnya namun dia tetap berasa malu untuk meminjam duit daripada mereka.

“Dah?” soal Adi tatkala Afia menghampiri mereka di kerusi menunggu.

“Dah.”

“Ke mana kita?”

“Bank Islam.”

“Jom!”

Walaupun adakalanya dia berasa rimas kerana ke mana-mana saja, mereka selalu bergerak dalam kumpulan namun kini dia rasa bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang sanggup bersama-samanya ketika susah mahupun senang.

Kalau kawan-kawannya tak ada, entah apalah yang akan terjadi kepadanya. Nak mengadu pada keluarga, jangan haraplah nak dapat simpati. Lagi kena marah, adalah kut. Afia mengeluh mengenangkan nasib diri.





SEBAIK-BAIK saja tombol pintu bilik dikuak, Afia terus merebahkan diri ke atas katil. Melepaskan lelah selepas hampir satu hari suntuk dia menyelesaikan urusan kad pengenalan dan kad ATM banknya. Mujurlah semuanya sudah selesai, jadi tidak perlulah dia memikirkan tentang duit lagi. Hutang kawan-kawannya pun sudah dilangsaikan sejurus dia mendapat kad ATM bank barunya.

“Afia, tumpang bilik air,” Julia yang mengikutnya balik ke biliknya bergegas ke bilik air. Dari dalam bas tadi dia dok menahan.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Afia membaca nama yang tertera di skrin. Dahinya berkerut. Faiz?

“Helo, Afia?” suara itu menerjah ke gegendang telinganya. Masih lembut seperti biasa, membuatkan sesiapa saja terpesona apabila mendengarnya.

“Ya, Afia cakap,” Afia bangkit, duduk di atas katil. Sudah lama dia tidak mendengar suara itu. Suara yang selalu membuatkan tidurnya terganggu saban malam. Entah kenapa tiba-tiba si empunya suara menghubunginya.

“Afia sihat?”

“Sihat. Faiz?”

“Faiz pun okey, cuma sibuk sikit. Ni Faiz nak bagi tahu Afia, tadi ada orang telefon Faiz. Dia kata wallet Afia ada kat dia. Wallet Afia hilang ke?”

“Haah. Eh, tapi macam mana orang tu boleh telefon Faiz?”

“Dia kata nombor telefon Faiz ada dalam wallet Afia. Faiz bagi nombor Afia kat dia. Nanti dia telefon Afia. Afia ada duit tak sekarang?” soal Faiz prihatin.

“Ada,” jawab Afia sepatah. Alahai, Faiz, kenapalah kau baik sangat? Macam manalah aku tak jatuh hati.

“Kalau ada apa-apa, bagi tahu Faiz tau. Okeylah, Afia. Faiz ada kerja ni. Afia belajar elok-elok, ya. Jaga diri…”

“Okey, Faiz pun.”

Talian dimatikan. Afia merenung telefon bimbitnya. Tiba-tiba saja kenangan lalu mengetuk kotak ingatannya. Suatu keluhan dilepaskan. Kemudian, dia kembali merebahkan diri di atas katil. Baru saja dia ingin melelapkan mata buat seketika, telefon bimbitnya menyanyikan lagu ‘Hantu’ bagi pemanggil yang tidak dikenali. Afia melihat nombor telefon yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Dia teragak-agak untuk menjawab.

“Helo…”

“Assalamualaikum. Ini Sharifah Nur Afia binti Arifin ke?” Tanya si pemilik suara di hujung talian.

“Ya, saya. Siapa ni?”

“Saya Asyraf.”

Asyraf mana pulak ni? Aku mana ada kawan nama Asyraf. Getus hati Afia.

“Wallet awak ada kat saya.”

Barulah Afia mengerti maksud panggilan itu.

“Oh, ya ke? Kat mana awak jumpa?”

“Kat KL Sentral. Awak nak saya pos ke ataupun macam mana?”

“Awak duduk kat mana?”

“Saya kat KL aje.”

“Kalau macam tu, kita jumpa kat sana ajelah. Okey, terima kasih.”

“Siapa?” Julia yang baru saja keluar dari bilik air menyoal.

“Orang ni kata dia jumpa wallet aku. Dia ajak jumpa,” ujar Afia penuh teruja. Dia bersyukur sangat dompetnya dapat dijumpai. Tapi membazir aje dia pergi buat kad pengenalan dan kad ATM baru tadi…huhu…

“Ya ke? Bukan boleh percaya sangat. Buatnya nanti dia tipu aje. Entah-entah geng dia dah tunggu kau kat sana. Konon-konon nak pulangkan wallet tapi tiba-tiba dia mintak banyak lagi,” balas Julia.

“Kau ni saja buat takut aku,” Afia mula berasa cuak apabila mendengar kata-kata Julia itu.

“Aku cuma nak ingatkan kau,” tegas Julia.

“Kau temankan aku?”

“Tak payahlah. Kau beli ajelah wallet baru.”

“Tapi aku sayang sangat wallet tu. Lagipun kat wallet tu ada keychain, kawan aku bagi hadiah hari jadi aku.”

Faiz yang bagi…

“Mana kau nak? Nyawa kau ke keychain tu?”

“Dua-dua.”

Julia menggeleng. Dia sudah tak tahu nak cakap apa lagi. Afia memang keras kepala.

Please, Ju. Temankan aku, ya?”

“Yalah, yalah. Bila?”

“Nanti aku confirmkan dengan dia balik.” Tiba-tiba saja wajahnya bertukar ceria. Nasib baiklah aku boleh dapat keychain tu balik.





“AFIA?” pemuda itu menghampiri Afia dan Julia yang sedang menjamu selera di KFC, KL Sentral itu.

Afia dan Julia yang tadinya galak bercerita terdiam. Masing-masing mula control ayu tatkala melihat pemuda itu.

“Asyraf, ya? Duduklah,” pelawa Afia. Muda lagi orangnya. Dengar suara kat telefon, ingatkan dah berusia orangnya. Jangan menilai rupa daripada suara, okey! Bisik hati Afia.

Handsomelah, Afia,” Julia berbisik ke telinga Afia. Pantas Afia menyiku Julia. Pemuda itu mengambil tempat di hadapan lelaki yang dikenali sebagai Asyraf itu.

Sorry lambat. Ni wallet awak,” tanpa berlengah, lelaki itu menghulurkan dompet Afia kepada Afia.

“Terima kasih,” Afia membelek-belek dompet tersebut. Mujur keychain berbentuk botol itu masih ada. Itulah satu-satunya barang pemberian Faiz sebelum dia berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian. Satu-satunya benda pengubat rindunya kepada jejaka itu.

“Tapi duit dah tak ada,” Julia yang turut melihat isi dalam dompet itu bersuara.

“Tak apalah. Yang penting, benda lain selamat,” ujar Afia. Asalkan keychain pemberian Faiz ada, dia sudah tidak hiraukan benda lain.

“Eh, nanti dulu! Macam mana kita orang nak tahu bukan awak yang ambil duit kat dalam wallet ni?” soal Julia, berani.

“Kalau saya ambil duit tu, saya takkan jumpa awak sekarang, kan?” balas Asyraf, membela diri.

“Betul jugak,” aku Julia.

“Okeylah, saya pun ada kerja ni. Saya pergi dulu, ya,” Asyraf bangkit dari kerusi. Dia tidak dapat berlama-lama di situ memandangkan masih ada kerja yang menantinya. Kerjanya memang tidak menentu masa. Maklumlah, kerja freelance.

“La, takkan nak balik dah? Duduklah dulu. Borak-borak. Boleh Afia belanja minum. Kan, Afia?” Julia menjeling Afia.

“Tak apalah. Lain kali aje. Saya betul-betul ada kerja ni,” Asyraf menolak dengan sopan.

“Kalau macam tu, okeylah. Ada nombor telefon Afia, kan? Senang-senang nanti, calling-callinglah, ya.”

Asyraf cuma tersenyum.

“Saya pergi dulu.”

“Jumpa lagi. Bye!”

“Gatal!” marah Afia sebaik-baik saja Asyraf hilang dari pandangan mereka.

“Apa pulak? Bukannya aku nak mengorat dia pun,” Julia menyangkal tanggapan Afia.

“Habis, tadi tu apa?”

“Aku nak padankan dia dengan kau aje.”

“Terima kasih ajelah. Jom balik!”

Tak ada siapa boleh gantikan tempat Faiz kat hati aku.

“Eh, dia tertinggal benda ni!” Julia menunjukkan sekeping sampul surat bersaiz A4 berwarna coklat di atas kerusi. “Aku rasa Tuhan memang nak jodohkan kau dengan dialah.”

“Mengadalah kau. Jom!” Afia paling tidak suka apabila dirinya dipadankan dengan siapa-siapa. Ingat dia tak laku ke?

“Benda ni macam mana?” tanya Julia.

“Bawalah sekali.”

“Agak-agak ada apa kat dalam ni, ya?” Baru saja Julia hendak melihat isi di dalam sampul surat A4 itu, Afia pantas menegahnya.

“Orang punyalah tu!”

“Yalah,” Julia menutup kembali sampul surat itu dan mengekor langkah Afia ke arah komuter untuk balik ke Shah Alam.





“HA, apsal kau lambat?” sapa suara itu sebaik-baik saja dia menapak di bangunan tiga tingkat itu.

“Sorry, ada hal sikit tadi,” balasnya.

“Mana bendanya?”

“Kejap,” pemuda itu menyelongkar beg yang digalasnya. Seketika kemudian, dia memandang tuan empunya suara yang menyapa tadi semula.

“Kenapa?”

“Aku rasa aku tertinggal artwork akulah.”

“Kau biar betul?”

“Aku rasa tadi aku dah bawa,” dia memeriksa begnya sekali lagi. Tiba-tiba poket seluarnya bergetar. Telefon bimbit di dalam poket seluarnya itu dikeluarkan. Ada pesanan ringkas yang masuk.

Barang awak tertinggal tadi.
~Afia~


Aisey… sah, tertinggal! Dia merungut selepas membaca kiriman SMS itu. Lantaran itu, dia segera mendail nombor telefon Afia.

“Helo, Afia. Awak kat mana sekarang, ya?”

“…”

“Tak apalah. Saya jumpa awak kat sana.”

“…”

“Okey, terima kasih. Kita jumpa nanti, ya.”

Tiada ulasan: