Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Rabu, Julai 01, 2009

Cinta Yang Aku Mahu 37

“Wan, kenalkan awek aku, Bella.”

Hampir tersembur air yang diminumnya apabila terpandang Nabila di sebelah temannya itu. Nabila juga terkejut melihat Irwan namun dia cuba berlagak biasa.

“Hai, Wan,” sapa Nabila mesra seolah-olah tidak ada apa-apa yang pernah berlaku antara mereka. Dia tidak mahu teman lelakinya mengesyaki apa-apa. Teman lelakinya tidak boleh tahu tentang hubungan yang pernah terjalin antara dia dan Irwan. Kalau teman lelakinya tahu, pasti ribut besar melanda! Dia jugak yang rugi. Maklumlah teman lelakinya ini anak orang berada walaupun bukan anak Dato’ ataupun menteri.

Nabila sendiri tahu teman lelakinya itu bukanlah serius sangat dengannya tapi disebabkan status dan kekayaan keluarga teman lelakinya itu membuatkan dia berat hati untuk meninggalkan teman lelakinya itu. Lagipun teman lelakinya itu melayannya dengan baik, jadi bodohlah dia jika melepaskan lelaki yang kaya dan baik itu begitu saja. Dia tidak kisah jika teman lelakinya ada hubungan dengan perempuan lain asalkan impiannya tercapai.

“Hai,” Irwan cuba mengawal perasaannya. Kecik betul dunia ni. Tak sangka Nabila ni teman wanita kawan aku. Agaknya apa reaksi kawan aku kalau dia tahu pasal aku dengan Nabila dulu? Entah-entah sampai putus kawan! Hisy... janganlah sampai macam tu hendaknya. Tapi takkan aku tergamak tengok kawan baik aku sendiri dipermainkan? Nabila ni bukan jenis yang setia.

“Kau orang dah kenal ke?” giliran dia pula yang terkejut.

“Mestilah, sayang. Irwan ni senior I kat UiTM,” terang Nabila. Hisy... kenapalah Irwan kawan dengan boyfriend aku ni? Kacau betul!

“Laaa... ya ke? Tak sangkalah pulak.”

“Sayang, you sembang dengan Irwan dulu ya. I nak pergi tandas kejap,” Nabila berlalu ke tandas. Telefon bimbitnya segera dikeluarkan dari dalam saku seluarnya sebaik-baik sahaja kakinya menapak di tandas pusat membeli-belah itu. Dia melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Bibirnya sempat menguntum senyuman sebelum menjawab panggilan itu. ”Hai, sayang...”

Sementara itu, Irwan dan teman baiknya itu rancak berbual. Dari perihal sekolah hinggalah perihal sekarang. Sesekali tawa mereka memecah suasana apabila mengingati kenangan lucu ketika sekolah menengah dulu. Irwan menghabiskan sisa tawanya lantas menjamah minuman sambil matanya memandang tepat ke wajah teman baiknya itu.

“Saufi, kalau aku tanya kau jangan marah ya,” Irwan memulakan mukadimah.

“Sejak bila pulak kau pandai mintak izin sebelum bertanya ni? Bukan kau jenis yang main redah aja ke?”

“Tapi soalan ni mungkin agak peribadi,” Irwan serba salah untuk bertanyakan hal itu. Macam mana nak mula ya?

“Apa dia?” Saufi bersedia untuk mendengar soalan cepumas daripada Irwan.

“Dah lama ke kau couple dengan Nabila tu?”

“Hek eleh. Aku ingatkan soalan apalah yang kau nak tanya tadi. Tak mencabar langsung. Baru aja lagi. Awal tahun hari tu. Kenapa?”

“Kau dengan dia betul-betul serius ke?”

“Kenapa pulak kau tanya macam tu?”

“Saja nak tahu,” balas Irwan. Setahunya, Saufi bukanlah lelaki playboy. Dia dapat merasakan yang Nabila bukan untuk Saufi. Saufi berhak untuk dapat yang lebih baik.

“Zaman sekarang dah susah nak jumpa cinta sejati. Selagi ada orang yang nak pada kita dan ada kepentingan pada kita, kenapa tak kan? Inilah hidup,” ujar Saufi tenang. Sebenarnya dia sudah putus asa untuk mencari perempuan yang betul-betul menyayanginya. Dia sudah serik selepas cinta pertamanya terkandas di pertengahan jalan. Kronik jugak keadaannya sampai putus harapan untuk hidup.

Mungkin kerana dia terlalu kecewa lantaran dia sudah menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada perempuan itu. Namun, perempuan itu sanggup mengkhianati kesetiaannya. Mulai saat itu, semua perempuan kelihatan sama saja di matanya. Semuanya tidak ikhlas padanya.

Sejak itu, dia akan melayan mana-mana saja perempuan yang mahu mendampinginya. Dia tahu mereka cuma mempergunakannya sebagai batu loncatan. Batu loncatan untuk menjadi pelakon terkenal lantaran ibu bapanya merupakan antara pemilik syarikat produksi drama dan filem yang terbesar di Malaysia. Tapi itu lebih baik daripada mereka mengganggu rumahtangga ibu bapanya.

Dia bertuah dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang bahagia. Walaupun ibu bapanya sibuk bekerja namun mereka tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka pada anak-anak. Segala makan pakai dan keperluan mereka tiga beradik terjaga rapi. Malah, kebebasan mereka tiga beradik dalam mencorakkan hala tuju hidup masing-masing juga tidak pernah disekat asalkan berada di landasan yang betul.

“Aku ni bukan apa, Saufi. Aku bukan nak jadi batu api atau apa. Tapi sebagai kawan, aku tak nak hati kau terluka lagi,” ujar Irwan. Saufi pernah menceritakan perihal cinta pertamanya dulu. Walaupun Irwan beranggapan itu cuma cinta monyet di zaman sekolah namun bukan pada Saufi. Saufi terlalu serius dengan hubungan itu sedangkan perempuan itu hanya biasa-biasa saja. Mungkin disebabkan itu, dia menanggung perih yang dalam.

“Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni, Wan? Cakap ajalah.”

“Pasal Bella.”

“Ok, aku tahu. Kau nak cakap yang Bella tu tak serius dengan aku. Dia cuma nak gunakan aku untuk kepentingan sendiri. Kan?”

Irwan terlopong. Saufi tertawa melihat wajah lucu Irwan.

“Aku tahu kau ambil berat pasal aku tapi kau tak payahlah risau. Aku bukan macam dulu lagi,” Saufi meyakinkan Irwan. Dia tahu Irwan pasti tahu macam-macam cerita tentang Nabila tapi dia malas nak ambil tahu kerana dia tidak berminat.

“Tapi...” ayat Irwan mati di situ apabila Saufi memberikan isyarat dia mahu menjawab panggilan telefon yang masuk.

“Hai, sayang...”

Sekali lagi Irwan terlopong. Dia pun player jugak? Moleklah tu. Memang sepadan! Buat penat aku aja risaukan dia. Huh!


**********


Sebaik-baik kakinya menapak di depan pintu rumah, entah macam mana tangannya ringan saja menghubungi nombor telefon Eisya. Dia terasa mahu bercerita dengan Eisya.

“Sya, kau nak tahu satu cerita tak?” soalnya sejurus panggilannya disahut oleh satu suara. Dia melangkah masuk ke rumah dan merebahkan diri ke sofa.

“Tak nak,” balas Eisya selamba sambil tangannya rancak menekan-nekan kekunci komputer di hadapannya.

“Ala... naklah,” rengeknya persis budak kecik.

“Apa dia? Cerita ajalah. Tanya pulak,” balas Eisya tegas. Entah sejak bila Irwan semakin mengada-ngada dengannya. Kadang-kadang manja pun ada jugak. Masa mereka couple dulu, Irwan taklah begitu. Sakit apalah mamat ni?

“Tadi aku jumpa kawan aku masa kat MRSM dulu. Dia kenalkan aku dengan awek dia. Kau tahu siapa awek dia?” cerita Irwan.

“Manalah aku tahu.”

Dia yang jumpa, tanya kita pulak.

“Nilah aku nak bagi tahu ni. Awek dia Nabila!”

“Nabila?”

“Ala... Bella.”

“Owh... so?”

“Kau tak terkejut ke?”

“Oh, terkejutnya!” Eisya buat-buat terkejut. “Dah tu, kenapanya?”

“Yalah, macam keciknya dunia ni. Tak sangka kawan-kawan kita saling berkaitan. Entah-entah kawan kau pun ada yang kawan aku jugak.”

“Tak mungkinlah. Kau duduk KL, aku duduk Kuantan. Sekolah pun lain-lain.”

“Manalah tahu. Kawan aku pun ada yang berasal dari Kuantan jugak.”

“Kalau ada pun, mesti budak tu tak rapat dengan aku.”

“Mungkin jugaklah. Kau kan tak baik dengan orang. Lebih-lebih lagi dengan lelaki.”

“Tahu tak apa. Yang kau rajin sangat telefon aku ni kenapa? Hari ni aja dah dua kali.”

“Kau tak suka ke?”

“Bukanlah tak suka...”

“Jadi, kau sukalah kan?”

“Kau nak apa sebenarnya ni, Wan?” Eisya segera menukar topik sebelum jawapannya memerangkap dirinya sendiri. Nasib baik tak kantoi!

“Aku nak kau!”

“Mengada-ngadalah kau ni. Aku letak telefon ni nanti baru tahu,” ujar Eisya tegas. Konon tak suka tapi sebenarnya hatinya sudah mula berbunga apabila Irwan mula menunjukkan perhatiannya. Okey, Eisya. Jangan terbang tinggi sangat. Kalau jatuh nanti, kau jugak yang sakit. Eisya cuba membuang rasa itu jauh-jauh.

“Ala... gurau sikit pun tak boleh. Kau buat apa?”

Kan? Dia cuma bergurau! Bodohlah aku kalau percaya kata-kata dia bulat-bulat. Dia kan memang pandai bermanis mulut. Nasib baik aku pandai cover. Kalau tak, tak ke malu? Aku ada tiga semester lagi untuk mengadap muka dia.

“Main internet,” balas Eisya selepas membisu seketika.

Chatting?”

“Ha'ah,” Eisya membaca ayat di Yahoo Messengernya namun sebenarnya perasaannya lebih tertumpu pada suara Irwan di hujung talian. Entah kenapa suara itu kedengaran enak di telinganya. Rasa rindu pulak nak lepak dan berbual-bual macam selalu. Eh, kenapa dengan aku ni?!

“Wan, kalau tak ada apa-apa, tak payahlah telefon aku.”

Cukuplah, Wan. Jangan bermain dengan hati aku lagi.

“Mana boleh tak telefon? Nanti aku tak keruan,” jawab Irwan di dalam hati.

“Okeylah, sorry kacau kau chatting. Have a nice day...” Irwan mematikan perbualan itu.

Eisya tersenyum memandang telefon bimbitnya. Lama dia begitu sehinggalah bunyi buzz di Yahoo Messenger mengejutkan lamunannya. Alamak, lupa pulak!

Sorry, Saufi...” Eisya menaip bait ayat itu di Yahoo Messengernya.

Tiada ulasan: