Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta Yang Aku Mahu 8

Eisya membelek-belek sebuah majalah yang terletak di rak di luar Kedai Buku Baka itu. Sesekali matanya melihat Fauziah yang sedang asyik membelek kertas-kertas berwarna-warni yang dijual di kedai buku itu.

Eisya melihat jam di tangan. Sudah hampir kesemua majalah di situ dia belek. Namun temannya masih tidak keluar dari kedai buku tu. Eisya mula hilang sabar lalu meletakkan kembali majalah itu di tempat asalnya dan melangkah mendapatkan temannya itu.

“Gee, kau nak beli apa sebenarnya ni?”

“Kejaplah,” Fauziah masih meneliti kertas-kertas yang berwarna-warni itu. “Sya, yang mana cantik?” Fauziah menayang dua keping kertas bersaiz A4 yang berlainan warna kepada Eisya.

“Mana-manalah” Eisya acuh tak acuh. Dia sudah malas hendak lama-lama di situ.

“Ala… cepatlah. Biru ke ungu?”

“Biru,” jawab Eisya tanpa memandang kertas di tangan Fauziah.
Eisya memang hantu biru. Apa-apa saja akan kelihatan cantik pada pandangan matanya asalkan benda itu berwarna biru.

“Thanks,” Fauziah mengambil kertas yang berwarna ungu dan meletakkan kertas yang berwarna biru di tempat asalnya kemudian berlalu ke kaunter untuk membayar.

“Eh, Gee! Kau ni buta warna ke rabun warna?” Eisya hairan. Kakinya mengekor langkah Fauziah yang sudah pun terpacak di hadapan kaunter.

“Mata aku elok lagilah. Ni warna ungu.”

“Habis tu tadi kan kau tanya aku. Aku cakap warna biru, bukan ungu.”

“Aku tahu. Sebab tu aku pilih ungu.”

Walaupun Fauziah dan Eisya berkawan baik, namun minat dan kesukaan mereka berdua bagaikan langit dengan bumi. Sangat berbeza!

Apa yang Eisya suka, itulah yang Fauziah yang tak suka. Apa yang Eisya tak suka pula, itulah yang Fauziah suka. Mungkin perbezaan itulah yang membuatkan mereka rapat.

Eisya bengang mendengar jawapan itu. Fauziah cuma tersenyum lalu berpaling memandang pemuda yang menjaga kaunter itu.

“Berapa?”

“Seringgit,” pemuda itu turut tersenyum.

Aduh! Manisnya senyuman dia.

Fauziah menghulur sekeping duit kertas lima ringgit.

“Terima kasih,” pemuda itu memulangkan baki empat ringgit kepada Fauziah.

“Sama-sama,” Fauziah dan Eisya melangkah keluar dari kedai itu.

“Kau ni hari-hari nak pergi sini. Kalau ya pun nak jumpa Abang Baka tu tak payahlah membazir duit beli benda yang tak perlu,” ujar Eisya.

Walaupun Fauziah tak pernah cakap tapi Eisya tahu temannya itu telah jatuh hati dengan senyuman pemuda di kedai buku itu. Oleh kerana mereka tidak mengetahui nama pemuda itu, maka mereka menggelarkannya ‘Abang Baka’ sempena nama kedai itu.

“Syy…” Fauziah mengerling pemuda di kedai tadi kemudian berpaling semula kepada Eisya. “Kau ni janganlah cakap kuat-kuat. Mana ada aku bazir duit.”

“Ni apa?” Eisya menunjuk kertas A4 berwarna yang dibeli oleh Fauziah tadi.

“Ni aku nak buat assignment,” balas Fauziah.

“Assignmentlah konon. Kau ingat aku ni budak kecik ke? Mana ada orang hantar assignment hari-hari. Dah berlambak kertas ni kat bilik. Takkan tak cukup lagi?” tanya Eisya. Macam-macam warna ada. Dah angau agaknya si Fauziah ni.

“Ala... kau ni Sya faham-faham ajalah.”

“Hish…kalau macam ni hari-hari aku rasa kau boleh buat bisnes jual kertaslah, Gee.”
Fauziah tersengih.

“Ala… janganlah marah, Sya.”

“Bukan marah, rimas.”

“Yalah, lain kali aku tak ajak kau dah.”

“Merajuklah tu.”

Fauziah mencebik. Pura-pura merajuk.

“Tak payahlah buat muka macam tu. Buruk benar,” Eisya sengaja mengusik. “Jom aku belanja kau minum.”

“Betul?”

“Muka aku ni ada gaya muka main-main ke?”

“Jom!” Fauziah menarik lengan Eisya ke kafe berhampiran.

“Kau nak air apa?” tanya Eisya sebaik-baik sahaja kaki mereka menapak di The Cones yang bersebelahan dengan Kedai Buku Baka.

“Macam biasalah,” balas Fauziah.

“Gee, kau pergi order,” Eisya mengambil tempat di sebuah meja kosong.

“Kenapa aku pula?”

“Sebab aku dah belanja. So kaulah order. Adil kan?”

Fauziah menarik muka.

“Kau nak air apa?”

“Teh O ais limau. Bungkus tau!”

“Yalah. Kau duduk sini diam-diam.”

Eisya memerhatikan gelagat pelajar-pelajar yang bertandang di situ sementara Fauziah pergi membeli minuman mereka.

Kafe itu tidak pernah lengang dengan kehadiran pelajar-pelajar universiti itu. Tambah-tambah petang-petang begini. Masing-masing mengambil kesempatan untuk melepak bersama-sama kawan-kawan sambil bergosip.

Sedang Eisya sibuk memerhati gelagat mereka, tiba-tiba gegendang telinganya menangkap perbualan sekumpulan pelajar perempuan yang baru tiba dan mengambil tempat bersebelahan dengan mejanya.

“Mana Bella?”

“Entah. Dating kut.”

“Betul ke dia couple dengan Irwan, senior kita tu?”

“Yalah kut. Asyik berkepit aja.”

“Tapi setahu aku, si Bella tu dah ada boyfriend kat KL.”

“Ala…biasalah tu. Orang cantik. Model pula tu.”

“Habis si Irwan tu tahu ke Bella ada boyfriend kat KL?”

“Tak kut. Takkanlah Bella nak bagi tahu Irwan yang dia dah ada boyfriend? Kalau Irwan tahu Bella dah ada boyfriend, kau rasa dia sanggup ke bersusah payah buat assignment Writing for Mass Media tu untuk Bella?”

“Irwan buat assignment Writing for Mass Media untuk Bella?”

“Mana kau tahu?”

“Aku tahulah. Aku kan tinggal satu bilik dengan Bella. Masa aku tengah sibuk-sibuk buat assignment tu, aku tengok dia rileks aja. Aku tanyalah dia. Masa tu baru aku tahu Irwan buatkan assignment tu untuk dia.”

“Ala…takkan kau tak tahu Bella tu? Sibuk dengan modelling. Assignment entah ke mana, kelas entah ke mana. Itu pun mujur ada Irwan yang sanggup nak buatkan untuk dia.”

“Tapi kesian kat Irwan kan? Bella tu bukannya suka sangat kat dia. Boyfriend dia kat KL tu kan lagi handsome dan kaya. Aku rasa dia cuma nak gunakan Irwan untuk lulus study aja. Irwan tu kan pakar dalam bab-bab design ni.”

Eisya mengetap bibir mendengar kata-kata itu. Tak guna punya Bella! Sanggup kau gunakan kawan aku. Tak boleh dibiarkan ni. Aku mesti bagi tahu Irwan.

Tiada ulasan: