“Eisya!”
Eisya baru sahaja hendak melangkah masuk ke kelas apabila suara itu menyapa. Eisya berpaling ke arah suara itu. Dia tersenyum melihat pemilik suara yang menyapa.
“Danish, sorang aja ke? Irwan mana?”
“Tu,” Danish menunjuk ke suatu arah di koridor bangunan itu.
Eisya memandang ke arah yang dikatakan. Matanya tertancap pada suatu pasangan yang sedang berbual-bual. Pasangan itu kelihatan mesra.
Patutlah tak nak masuk kelas lagi. Tengah mengayat awek rupanya. Tapi siapa pula budak pompuan tu? Macam pernah tengok.
“Yang tengah borak dengan Irwan tu siapa, Dan?”
Danish menjungkit bahu.
“Irwan kata junior.”
“Semester berapa?”
“Semester dua.”
“Jom kita masuk?”
“Jom,” Eisya memandang wajah gadis yang bersama Irwan itu sekilas sebelum melangkah ke dalam kelas.
“You ni cantiklah,” puji Irwan.
Kalau kau tak cakap pun aku tahu.
“Thanks,” Nabila bangga dipuji begitu apatah lagi oleh Irwan, antara pelajar senior yang paling famous dalam Mass Comm memandangkan setiap semester Irwan mendapat Anugerah Dekan selain terkenal dengan kredibilitinya sebagai seorang ketua.
“Macam manalah I boleh tak perasan kewujudan gadis cantik macam you ni sejak semester lepas,” ujar Irwan. Ketika dia dan Danish hendak ke kelas tadi, dia terlihat Nabila dan kawan-kawannya di luar kelasnya. Mungkin mereka baru habis kelas. Justeru, Irwan mengambil peluang itu untuk berkenalan dengan Nabila. Mujur Nabila memberikan respon.
“Mungkin sebab I jarang-jarang ada kat kolej. Tiap-tiap minggu I kena balik KL untuk shooting magazine,” balas Nabila bangga.
“You ni model ke?”
“Boleh dikatakan macam tu.”
“That’s great!”
Kalau pompuan ni jadi awek aku bolehlah aku tayang kat Fiona nanti. Biar dia gigit jari. Mesti dia menyesal sebab tinggalkan aku. Dia ingat dia sorang aja ke pompuan kat kolej ni? Piraahhh!
“You dah ada boyfriend?”
“Kawan-kawan tu ramailah tapi yang special belum ada lagi.”
Orang cantik macam aku ni mestilah ramai yang terpikat. Tapi kalau dapat boyfriend macam Irwan ni pun best jugak. Best student tu! Mesti budak pompuan lain jealous dengan aku.
“Takkanlah orang cantik macam you ni belum ada yang special kut? You memilih sangat tak?” Irwan tidak percaya Nabila belum mempunyai teman lelaki.
“Ala…dia orang tu semua bukannya ikhlas pun nak kawan dengan I. Semua nak ambil kesempatan kat I aja,” Nabila berlagak sedih.
“Tapi I tak macam tu. I ikhlas nak kawan dengan you.”
“Betul?”
“Betul,” Irwan mengangkat tangan seperti bersumpah. Cuba meyakinkan Nabila.
“You tak tipu?”
“Tak.”
“Okaylah. I percayakan you. Anyway, ni kad I,” Nabila menghulur sekeping kad bisnes kepada Irwan. “Kalau you free, you call I ya.”
Siap ada kad lagi. Irwan menyambut kad itu daripada Nabila.
“I will. I masuk kelas dulu ya. Lecturer I dah sampai tu.”
“Bye. See you.”
“Hai, Bella. Peminat baru ke?” salah seorang teman Nabila yang memerhati sejak dari tadi menghampirinya sejurus Irwan menghilang ke kelasnya.
“Biasalah,” Nabila tersenyum bangga. “Jomlah.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan