Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, Disember 23, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku 31

“Hani!”

Hani dan Farra yang dalam perjalanan ke kelas berpaling ke arah suara tersebut.

“Kenapa dengan kau ni, Win? Macam orang nampak hantu aja.” Hani hairan melihat Erwin muncul dengan termengah-mengah.

“Dim…”

Hani masih berasa marah mendengar nama itu.

“Kalau kau datang cari aku sebab Dimas, kau lupakan ajalah. Aku tak nak ambil tahu dah pasal dia,” Hani mengorak langkah.

“Tapi Han, Dim ditikam! Lukanya dalam. Dia berada di hospital besar sekarang.”

“Dim ditikam?” Hani berasa berdebar-debar namun ragu-ragu dengan kata-kata Erwin. Erwin pernah membohonginya untuk Dimas. Mana tahu kali ini pun bohong.

“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Farra.

“Tak tahu. Semalam dia dirompak lalu perompaknya menikamnya kerana dia enggan menyerahkan wangnya,” bersungguh-sungguh Erwin menceritakan perkara semalam. Cuba meyakinkan mereka lebih-lebih lagi Hani.

“Iya ke?” Hani pura-pura cemas kemudian berkata dengan marah, “Kenapa tak suruh aja perompak tu tikam dia sampai mati?”

“Hani,” Farra memarahi Hani. Sanggup Hani cakap macam tu.

“Perkara ini bukan main-main, Han. Kalau kamu tak percaya kamu datang aja ke hospital. Keadaan Dimas tenat sekarang. Ibu dan adiknya juga sudah dihubungi.”

Langkah Hani terhenti. Betul ke? Ah, aku benci bila perasaan aku selalu tewas!

“Eh, Hani! Kau nak ke mana pula tu?” soal Farra apabila Hani melangkah ke arah bertentangan.

“Hospital!”

“Hani, kau dah lupa ke kita ada kelas? Hani!”

Erwin tersengih melihat Hani. Farra memandang Erwin.

“Kenapa kau senyum?”

Erwin masih tersenyum memandang Farra. Farra mula dapat mengagak.

“Kau tipu Hani ya?”

Erwin dan Farra tersenyum sesama sendiri.


***


Sudah beberapa minit masa berlalu. Tubuh itu masih kaku di situ. Setelah berfikir berulang kali, akhirnya dia mengambil keputusan untuk masuk. Namun langkahnya terhenti sebaik-baik sahaja menghampiri pintu bilik tersebut. Dia masih berkira-kira.

“Nak masuk ke tak ni?” Gadis itu mengeluh kemudian mundar-mandir. “Ah!” Hani menguak daun pintu bilik itu.

Kelihatan Dimas terbaring di katil. Keadaannya lemah. Hani menghampiri katil itu. Wajah itu diperhati. Masih ada rasa sayang di hatinya pada lelaki itu. Tiba-tiba Hani tersedar.

Erwin kata Dimas kena tikam. Tapi kenapa tak ada balutan? Hani berasa tertipu. Erwin!

Hani ingin meninggalkan bilik itu namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba tangannya ditarik. Hani memandang Dimas.

“Mahu ke mana?” suara Dimas lemah.

“Aku datang sebab Erwin cakap kau kena tikam. Tapi nampaknya kau dah tak apa-apa. Aku balik dulu.”

“Han, kata Erwin itu benar. Aku rasa ditikam. Di sini,” Dimas meletakkan tangan Hani di dadanya. “Lukanya dalam. Rasanya seperti itu bila orang yang kita sayang tidak percaya dengan kita. Han, maafkan aku...”

Hani membisu mendengar kata-kata Dimas. Seboleh-bolehnya dia memang mahu percayakan Dimas tapi peristiwa itu benar-benar membuatkan hatinya resah.

“Aku tahu kamu masih sayangkan aku bukan? Han, kita lupakan saja perkara itu ya?” pujuk Dimas sambil tangannya masih tidak melepaskan Hani. Bimbang Hani akan lari daripadanya.

Hani diam. Lama.

“Apa yang kau rasa sekarang?” soal Farra apabila dia mengadu perihal Dimas dan Linda.

“Aku rasa sakit, marah, geram…”

“Agaknya itulah yang Dimas rasa masa kau dengan Arri dulu.”

Arri? Mungkinkah Dimas sengaja buat macam tu untuk balas dendam sebab aku pernah mengkhianatinya? Tak pernah aku menyangka aku akan terluka sedalam ini.

“Far, kau rasa dia buat macam ni sebab nak balas dendam atas perbuatan aku dengan Arri dulu tak?”

“Aku tak rasa macam tu. Hani, takkan kau tak tahu Dimas tu sangat sangat sayangkan kau. Dia masih setia menunggu kau walaupun kau tolak cinta dia. Dia masih maafkan kau walaupun kau pernah menduakan cintanya. Dia masih ambil berat pasal kau walaupun kau tak ambil peduli pasal dia. Mana nak cari laki macam tu sekarang? Kalau dia nak cari perempuan lain, dah lama dia buat macam tu. Bukannya tak ada perempuan lain yang nak kat dia. Tapi dia tak buat macam tu. Kenapa? Sebab mata dia tu dah dikaburkan dengan wajah kau aja.”

“Hani…”

Hani mula tersedar.

“Maafkan aku…?”

Hani memandang Dimas. Wajah itu diamati. Memang Dimas taklah handsome macam Shah tapi sikapnya yang menyenangkan itu sudah cukup untuk menawan pandangan matanya. Walaupun Dimas bukan anak orang berada macam Shah tapi Dimas tidak pernah menyusahkannya.

Walaupun dia tak secantik Dian Sastro dan tak popular macam Siti Nurhaliza, Dimas tetap menginginkannya Bahkan Dimas tidak pernah malu dilihat bersamanya. Dimas menerima dirinya seadanya. Akhirnya perlahan Hani mengangguk tanda dia memaafkan lelaki itu.

“Terima kasih, Han…” Dimas menggenggam tangan Hani dengan lebih erat lalu mengucupnya. Sesungguhnya dia berasa lega Hani sudi memaafkannya.

“Dim, kau sakit apa?” Tanya Hani lembut. Ternyata dia masih mengambil berat perihal lelaki itu.

“Sakit biasa. Gastrik.”

“Dah tahu ada gastrik, kenapa tak makan? Kau ni memang tak pandai jaga diri betullah,” marah Hani. Kadang dia risau jika dia tiada di samping lelaki itu. Macam nilah jadinya. Makan pun nak kena ingatkan.

“Makanya aku memerlukan kamu di sisi aku untuk menjaga aku,” ujar Dimas.

“Habis, siapa pula yang nak jaga aku?”

“Kita saling menjagalah.”

“Eh, rasanya kita dah salah biliklah!”

Hani segera melepaskan pegangan tangan Dimas apabila mendengar suara itu. Kelihatan Erwin, Sukry, Armand dan Andin muncul di muka pintu sambil tersengih memandang mereka berdua.

“Akhirnya mereka bisa bersama semula,” ujar Erwin. Dia turut gembira melihat hubungan Dimas dan Hani kembali seperti dulu.

“Ya tapi sanggup elo bilang gue ditikam dan hampir mati?” balas Dimas.

“Kalau gue enggak bilang begitu, Hani pasti enggak akan datang bukan?”

“Ya, ya. Aku hargai jasa kamu,” Dimas memandang Hani. Tangan Hani digenggam erat.

Sejak peristiwa itu, Hani dan Dimas masing-masing telah berjanji tidak akan berahsia antara satu sama lain lagi.

“Hani, ada sesuatu yang aku mahu mengaku pada kamu.”

“Apa?”

“Kamu masih ingat Mia?”

“Mia? Ingat. Kenapa dengan dia?”

“Sebenarnya Mia ex-girlfriend aku. Kami berpisah kerana aku melanjutkan pengajian ke sini. Mia tidak yakin dengan hubungan jarak jauh,” Dimas membuka cerita. “Tapi sejujurnya aku sudah tidak punya apa-apa perasaan lagi pada dia. Hati aku kini hanya untuk kamu.”

Hani tersenyum mendengar pengakuan Dimas. Setiap orang itu kan pasti punya kenangan silam. Yang penting, masing-masing ingin mengubah hidup agar kan lebih baik dari yang lalu.

“Aku pun nak terus-terang dengan kau. Masa kita gaduh hari tu, aku ada keluar makan dengan Shah. Tapi sekali aja. Aku pun tak tahu dia nak bawa aku pergi makan. Kamu percaya aku kan?”

“Aku percaya kamu.”

Hani lega mendengarkan itu. Ternyata kejujuran dan kepercayaan sangat penting dalam membina hubungan yang utuh. Mudah-mudahan hubungan mereka akan menjadi lebih baik pada masa-masa akan datang.

Tiada ulasan: