Aku berubah kerana sikapmu
Sikapmu yang merimaskan aku
Aku begini kerana egomu
Egomu yang menekankan aku
Aku menjauh kerana dinginmu
Dinginmu yang memaksakan aku
Apalah gunanya berkawan berkurun
Jika tiada pengisian di dalamnya
Apalah gunanya berkawan bertahun
Jika hanya menambahkan sengsara
Aku bukan si paku tekan
Hanya menurut tanpa melawan
Aku bukan stereng kenderaan
Hanya bertindak mengikut tuan
Aku manusia punya perasaan
Walau kadang hilang pendirian
Selama mana aku mampu bertahan
Aku berserah kepada-Mu Tuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan