Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Selasa, September 27, 2022

Sudah Terbit!



Selepas suaminya meninggal dunia, Aulia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Fokusnya yang utama adalah membesarkan Anas, satu-satunya anak dia dan Idham. Namun setelah tempoh idahnya berakhir, Izwan datang melamarnya. Izwan ialah abang iparnya yakni abang kepada Idham. Walaupun sudah berkali-kali dia menolak, namun Izwan tetap menginginkannya.
“Ada apa abang nak jumpa Lia? Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, kan?” - Aulia
“Kita masih boleh sambung balik hubungan kekeluargaan kita. Lia dah pertimbangkan cadangan abang hari tu?” - Izwan
Melihatkan itu, Aulia terpaksa menggunakan rakan sekerjanya, Sufian, untuk mengelakkan diri daripada Izwan memandangkan ketika itu hanya Sufian yang dapat menolongnya.
“Terima kasih, Pian! Maaflah terpaksa gunakan awak.” - Aulia
“Tak apa. Jalanlah dekat sikit. Barulah nampak macam kita ni betul-betul tengah bercinta.” - Sufian
Hari demi hari berlalu, Izwan tetap datang mengganggu Aulia di pejabatnya. Lantaran rasa tidak senang dengan keadaan itu, Sufian yang sememangnya pernah menaruh hati pada Aulia telah melamar Aulia untuk menjadi isterinya.
“Kenapa tiba-tiba saja awak ajak saya kahwin pula?” - Aulia
“Awak tak sudi ke?” - Sufian
“Pian, kahwin ni bukan perkara main-main tau!” - Aulia
“Ya, dan saya pun tak main-main. Saya serius nak kahwin dengan awak.” - Sufian
Aulia terkedu. Dia tidak mahu Sufian berkahwin dengannya semata-mata kerana Izwan ataupun orang lain. Tambahan pula, dia sudah serik untuk berkahwin lagi lantaran mempunyai sejarah buruk dengan keluarga mentuanya. Dan yang lebih utama, dia ingin setia dengan arwah suaminya sehingga akhir hayatnya. Seperti Izwan, Sufian juga menerima nasib yang sama.
“Jawapan saya tetap sama macam yang pernah saya beritahu pada Izwan. Saya tak berminat.” - Aulia
Namun kedua-dua lelaki itu tidak mengalah. Berjayakah Izwan atau Sufian mencairkan hati Aulia yang keras itu?

Boleh dapatkan di kedai-kedai buku utama seluruh malaysia