Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Februari 21, 2014

Dia... Jejaka Pendiam - Bab 4


“HA, cerita baik apa yang kau nak kongsi dengan aku tadi? Siap belanja makan lagi ni,” tanya Fauziah tidak sabar sejurus mereka selesai memesan makanan.

Alang-alang Eisya nak belanja makan, Fauziah memesan Chicken Chop yang jarang-jarang dia dapat makan tu. Eisya pula memesan Spagetti Carbonara. Memang tekak barat mereka malam ni. Maklum sajalah sebelum ini asyik makan nasi saja. Sesekali pekena western apa salahnya.

            “Saja, tiba-tiba aku rasa nak belanja kau makan,” jawab Eisya sambil menguntum senyuman. Entah kenapa dia rasa nak senyum saja hari ni.

            “Takkan tiba-tiba? Ni mesti ada sesuatu yang buat kau gembira ni, kan?” Fauziah masih cuba merisik.

            “Mestilah. Hari ni kan aku pergi hantar assignment yang aku kena buat dengan Danish tu,” cerita Eisya.

            “Eh, dah siap ke assignment tu?”

            “Mestilah dah. Tengok oranglah,” ujar Eisya bangga.

            “Okeylah tu, jangan kau pulak kena badi ‘repeat’ dia!” usik Fauziah.

            “Isy, mulut!” Eisya pantas menegur Fauziah. Bab mengulang subjek ni jangan disebut-sebut. Dia dah plan elok-elok nak habis study tepat pada masanya. Tak nak main-main. Tak pernah dalam sejarah keluarganya ada yang kena ulang subjek. Mahu dia kena bambu dengan emak dan abahnya.

            So, nampaknya lepas ni dah tak ada cerita pasal Danish lagilah ya.” Fauziah masih belum mahu menamatkan cerita tentang manusia yang bernama Danish itu.

            Nope!” balas Eisya dengan yakin.

            “Alah, bosannya. Sekejap sangat. Rasa tak puas pula,” keluh Fauziah.

            “Baguslah sekejap. So, aku tak payah jumpa dia lagi.”

            “Kau pasti ke yang kau takkan jumpa dia lagi?” usik Fauziah. Sengaja menduga hati Eisya.

            Eisya terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata Fauziah. Adakah dia pasti yang dia tidak akan berjumpa dengan Danish lagi?

 

 

             

USAI makan, mereka terus berlalu ke kaunter untuk membuat bayaran. Sememangnya mereka berdua bukanlah jenis pelajar yang gemar melepak di kedai-kedai makan. Hanya sekali-sekala saja apabila dah jemu dengan makanan yang dihidangkan di dewan makan.

            Ketika berpaling setelah selesai membuat bayaran, Eisya terpandang dua wajah yang amat dikenalinya. Kedua-duanya nampak mesra sekali. Macam pasangan bercinta pula.

            Eisya menahan tangan Fauziah ketika temannya itu ingin berlalu. Fauziah hampir terjatuh apabila tiba-tiba ditarik begitu.

“Gee, tu Syella kan?” tanya Eisya untuk mendapatkan kepastian. Manalah tahu kut-kut matanya salah tengok. Matanya pun bukannya terang sangat. Takut dia salah orang pula.

            Fauziah memandang ke arah yang dikatakan. Dia mengamati wajah yang dilihat.

“Yalah tu, Syella. Kenapa?”

            “Tak adalah, tadi aku ajak dia makan sekali, dia kata tak dapat join. Nak jumpa kawan katanya,” terang Eisya.

            “Kawan dialah tu agaknya.” Fauziah yang tidak mengenali lelaki yang bersama Syella itu memberi pandangan.

            “Kalau kau nak tahu, lelaki yang dengan dia tulah Irwan,” balas Eisya. Seperti perihal Danish, perihal Syella dengan Irwan pun diceritakan kepada Fauziah. Jadi, Fauziah turut mengetahui akan perhubungan Syella dan Irwan.

            “Ha, ya ke? Boleh tahan.” Fauziah kembali memandang Syella dan Irwan yang sedang berbual-bual mesra tanpa menyedari kehadiran mereka. “Kau nak join dia orang ke?”

            “Tak payahlah, kita balik ajelah jom.” Eisya menarik tangan Fauziah berlalu dari situ. Dia tidak mahu Syella atau Irwan menyedari yang mereka berada di situ.

            Dalam hati, Eisya mula bertanya sendiri. Kenapa Syella tidak memberitahunya kawan yang dikatakan itu adalah Irwan? Bukannya dia tak kenal Irwan. Kenapa Syella harus menyembunyikan perkara itu?

Dia mula berasa tidak sedap hati.

Tiada ulasan: