Alhamdulillah, setelah berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan kesulitan, akhirnya novel sambungan Budak SMART iaitu Kugiran SMART dapat juga 'dilepaskan' ke kilang cetak. Inilah kulit bukunya! Cantik tak?
Novel ini merupakan novel pertama yang saya uruskan sendiri proses penerbitannya daripada A sampai Z. Daripada penulisan, penyuntingan, susun atur, kulit buku, permohonan ISBN hinggalah pencetakan, semuanya saya uruskan sendiri. Sudah semestinya dengan bantuan rakan-rakan, Poyo (permohonan ISBN), Ikhsan Ise (pelukis) dan Ney Joe (grafik).
Diharap kelahiran novel ini dapat mengubat hati pembaca-pembaca novel Budak SMART yang bertanyakan tentang kesinambungan novel ini.
Kepada sesiapa yang berminat hendak membeli novel ini, bolehlah e-melkan kepada saya di alamat ilmia85@gmail.com kerana novel ini tidak dijual di kedai buku dan cetakannya adalah terhad.
Kepada sesiapa yang berminat hendak membeli novel ini, bolehlah e-melkan kepada saya di alamat ilmia85@gmail.com kerana novel ini tidak dijual di kedai buku dan cetakannya adalah terhad.
3 ulasan:
Tahniah!
alang alang buku dah nama smart, dtg la promosi kat smart. hehe teringin nak jumpa akak. btw, congrats akak!
-smartian-
Thanks, Jue! :)
Mady and yana,
Err... kena tunggu jemputan dari SMART la. Hehe~
Catat Ulasan