Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Khamis, Ogos 05, 2010

AsyrAfia 25

JAM di tangan kirinya dilihat lagi. Hampir ke pukul 10.40 pagi. Sudah 40 minit dari waktu yang dijanjikan. Hisy, mana pulak dia ni? Afia merungut sendiri. Perutnya sudah mendendangkan pelbagai rentak dan irama, mintak diisi. Salahnya sendiri yang liat hendak bersarapan sebelum bertolak dari rumah tadi. Mungkin kerana perasaan berdebar-debarnya mengatasi rasa laparnya.

Seingat Afia, degupan jantungnya tak adalah sekuat ini ketika mereka mengatur pertemuan pertama dulu. Sepanjang tempoh hampir dua bulan tidak bersua, hanya telefon bimbit yang menjadi penghubung mereka. Entah kenapa hatinya berasa berbunga-bunga. Tidak seperti pertemuan pertama mereka dulu. Adakah dia sudah dilamun cinta? Ah, mustahil aku jatuh cinta dengan orang yang aku tak kenal!

Pandangannya ditala ke setiap orang yang lalu-lalang di situ. Mencari-cari wajah yang dinanti. Macam manalah agaknya rupa dia sekarang, ya? Hisy, takkanlah boleh berubah kut? Lagipun, baru aje dua bulan kita orang tak jumpa. Bukannya dua tahun. Ah, kenapa hati aku semakin berdebar-debar ni?

“Hai, lama tunggu?” suatu suara menyapa gegendang telinganya.

Afia sedikit tersentak. Tiba-tiba saja suara yang dulunya dianggap biasa kedengaran merdu di telinganya. Segera dia menoleh ke arah suara itu. Spontan bibirnya mengukir senyuman tatkala wajah pemuda itu menghiasi pandangan matanya.

“Hai, lamalah jugak,” balas Afia.

Walaupun selalunya dia tidak suka menunggu tapi kali ini entah kenapa dia tidak marah. Kalau Julia, Adi dan Rizal, pasti ringan saja mulutnya membebel memarahi mereka. Namun mungkin juga kerana dia sudah diberitahu lebih awal tentang kelewatan itu. Dia sendiri sudah sedia maklum akan perkhidmatan komuter yang sering tertunda itu.

“Maaflah, ya. Awak dah makan?” soal suara itu lagi.

“Belum. Lapar,” ujar Afia sedikit manja. Ah, entah kenapa tiba-tiba saja dia diserang penyakit manja padahal dengan ibu bapanya sendiri pun dia tidak pernah bermanja.

“La, kenapa tak makan lagi? Masuk angin nanti baru tau.”

“Awak dah makan ke?”

“Belum. Awak nak makan kat sini ke?

“Kita makan kat KLCClah.”

“Awak boleh tahan ke?”

“Boleh.”

“Jom.”

Mereka beriringan ke kaunter tiket LRT.





SUASANA di situ agak sesak dengan kebanjiran lautan manusia yang berlumba-lumba hendak ke destinasi masing-masing. Mungkin masing-masing mahu melepaskan tekanan ataupun berseronok-seronok selepas lima hari bekerja dari pagi hingga ke petang malah mungkin ada yang hingga ke malam.

“Kita nak buat apa kat KLCC?” soal Afia ketika mereka berdua menapak ke dalam LRT yang akan membawa mereka ke KLCC.

“Hmm… kita tengok wayang, nak?” cadang Asyraf. Itulah antara aktiviti kegemarannya pada masa lapang. Namun, dia tidak pasti sama ada Afia juga menggemarinya ataupun tidak.

“Tengok wayang?” Afia kelihatan serba salah dengan cadangan itu.

“Kenapa? Awak tak suka, ya?”

“Err… sebenarnya saya tak pernah masuk panggung wayang pun.”

“Ha, biar betul?”

“Betullah.”

“Kawan-kawan awak tak pernah ajak awak tengok wayang?”

“Pernah tapi saya tak nak.”

“Kenapa?”

“Sebab mak saya tak bagi kut. Mak saya kata panggung wayang tu tempat maksiat.”

“Sebab gelap?”

Afia menjongket bahu. Dia sendiri tidak tahu macam mana keadaannya di dalam panggung wayang yang sebenarnya. Yang dia tahu ada skrin besar dan banyak kerusi. Itu saja.

“Alah, kalau nak buat maksiat, kat mana-mana pun boleh. Tak kisahlah terang ke gelap. Yang penting, niat kita. Macam saya, saya masuk panggung wayang sebab nak tengok wayang aje. Nak relakskan otak selain cari idea,” terang Asyraf. Dalam hatinya terdetik, masih ada lagi anak muda seperti Afia. Tapi kalau sudah itu prinsip Afia, dia akan menghormatinya.

“Idea? Awak cari idea untuk apa? Awak kata awak kerja kerani aje,” ujar Afia. Jadi kerani pun kena cari idea ke?

Gulp! Asyraf tersentak.

“Eh, dah sampai! Jom,” Asyraf pantas melangkah ke luar sebaik-baik saja pintu LRT itu dibuka. Afia mengekorinya. “Awak nak makan apa?” soal Asyraf bagi membuatkan Afia lupa akan soalannya sebentar tadi.

“Saya tak kisah. Ikut awaklah. Awak yang belanja, kan?” seloroh Afia.

“Kalau macam tu, kita makan kat medan selera ajelah. Boleh?”

“Boleh aje. Kat mana?”

“Kat tingkat atas. Awak tak pernah datang sini ke?”

Mereka menaiki eskalator ke tingkat atas.

“Dalam sekali dua aje. Itu pun cuma pergi kedai buku aje. Jauhlah nak datang sini dari Shah Alam. Awak selalu datang sini ke?”

“Selalu jugak.”

“Tengok wayang?”

“Haah.”

“Biasa awak tengok wayang dengan siapa?”

“Sorang-sorang aje.”

“Kenapa tak ajak kawan?”

Awek ke.

“Malaslah. Leceh.”

“Habis, awak ajak saya ni?”

Asyraf cuma tersenyum. Dengan awak… lain.





SELEPAS mengisi perut, mereka menapak di kedai buku Kinokuniya selepas Afia berkeras tidak mahu menonton wayang. Sangka Asyraf, Afia akan menerpa ke rak buku novel seperti remaja perempuan yang lain. Namun, sangkaannya meleset tatkala melihat Afia menonong ke rak komik.

Asyraf menghampiri Afia yang leka membelek-belek komik yang disusun di rak itu.

“Awak memang minat baca komik ke?”

“Minatlah jugak,” balas Afia sambil tangannya meneliti komik-komik yang tersusun di situ.

“Biasanya orang perempuan suka baca novel cinta. Kenapa pulak awak suka baca komik?” soal Asyraf sambil tangannya mencapai salah satu komik di situ dan membeleknya.

“Kenapa? Tak boleh ke?”

“Taklah, cuma pelik aje. Awak suka komik yang macam mana?” soal Asyraf, ingin tahu.

“Yang ada kelainan daripada komik-komik lain. Yang bila saya baca, saya tak sangka idea macam ni pun boleh jadi komik.”

“Contohnya?”

“Contohnya…” Afia mencari-cari komik yang disukainya di situ. “Hah, ni!” Afia menayang sebuah buku komik kepada Asyraf. Asyraf membaca nama kartunis yang tertera pada kulit buku tersebut.

“Yap? Melayu ke Cina ni?”

“Dah nama pun Yap, mestilah Cina,” jawab Afia yakin.

“Mana tahu. Pelukis komik ni bukannya guna nama betul. Macam penulis novel jugak. Entah-entah Yap tu nama singkatan ke. Macam Yang Amat Poyo ke, Yang Azizah Putra ke…”

“Pandai-pandai awak ajelah bagi nama,” Afia terasa ingin ketawa tatkala mendengarkan nama-nama ciptaan Asyraf itu. Kadang-kadang dia merasakan yang Asyraf patut bekerja dalam bidang kreatif memandangkan ada-ada saja idea gilanya. Sayangnya dia hanya seorang kerani biasa. Getus hati kecil Afia. Apa pun, dia tetap yakin Yap itu berbangsa Cina.

“Betullah.”

“Yalah, awak ajelah yang betul. Kita nak pergi mana lepas ni?” Afia meletakkan kembali komik yang dibeleknya tadi di tempatnya.

“Tengok wayang,” Asyraf sengaja mengusik.

“Tak nak,” laju Afia membantah.

“Yalah, yalah. Kita pergi Aquaria nak? Petrosains ke.”

“Jauh tak?”

“Jauhlah jugak.”

“Kalau jauh, malaslah pergi.”

“Awak ni datang dari planet mana? Aquaria dengan Petrosains pun tak tahu kat mana. Kat sini ajelah.”

“Dari planet Marikh,” balas Afia selamba sebelum meninggalkan kedai buku itu tanpa menunggu Asyraf. Terkocoh-kocoh Asyraf menyaingi langkah Afia.

Tiada ulasan: