Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Mei 17, 2010

AsyrAfia 19

SEJURUS bertemu di KL Sentral, mereka berempat menjamu selera di medan selera yang terletak di tingkat tiga. Afia memesan Milo ais dan nasi lemak ayam berempah, Adi memesan Milo tarik dan nasi campur, Julia memesan Nescafe ais dan Chicken Chop manakala Rizal memesan fresh orange dan sizzling.

“Kita nak pergi mana lepas ni?” pertanyaan Rizal memecah kebisuan mereka yang sejak tadi khusyuk menikmati makanan masing-masing.

“Kita tengok wayang nak?” cadang Julia.

“Cerita apa?” tanya Adi penuh minat. Bagus juga tu. Sekali-sekala melepaskan tekanan. Dia pun sudah lama tidak menonton wayang.

“Apa-apa ajelah. Janji cerita tu best. Cerita komedi ke,” balas Julia.

“Kita tengok cerita Afdlin Shauki nak? Ramai orang kata cerita tu best. Kelakar,” suara Rizal.

“Tak naklah,” Afia yang tadinya cuma mendengar membantah.

“La, kenapa pulak?” soal Adi.

“Mak dan ayah aku tak bagi masuk panggung wayang,” Afia memberikan alasan. Tapi memang pun mak dan ayahnya tidak membenarkannya masuk ke panggung wayang. Alasan mereka, panggung wayang itu tempat tidak elok. Mungkin sebab panggung wayang itu gelap kut. Fikir Afia.

“Ala, bukannya mak dan ayah kau tahu pun,” ujar Rizal.

“Kalau kau orang nak masuk, kau orang masuklah. Aku tak nak. Biar aku lepak kat kedai buku aje,” Afia tetap dengan keputusannya. Lagipun dia tidak kisah jika terpaksa melepak di kedai buku seorang diri malah dia lagi suka. Maklumlah, ada kalanya kebebasan dan privasinya agak terbatas apabila bersama kawan-kawannya.

“Tak bestlah macam tu,” celah Julia. Takkanlah mereka nak biarkan Afia sorang-sorang lepak kat kedai buku sedangkan mereka bertiga seronok tengok wayang? Cerita wayang tu bukannya sekejap. Paling kurang pun satu jam setengah. Tunggu lima minit pun orang dah merungut, ini kan pulak berjam-jam.

“Tak apa. Aku tak kisah,” Afia cuba meyakinkan mereka. Dalam kepalanya sudah terbayang-bayang Kinokuniya. Bolehlah dia menghabiskan masa lama sikit kat sana tanpa diganggu sesiapa. Belek-belek komik, belek-belek novel. Tak ada siapa-siapa nak tegur suruh cepat ataupun merungut bosan.

“Kalau macam tu, tak payahlah tengok wayang,” ujar Adi. Dia juga tidak sanggup membiarkan Afia seorang diri.

“Habis, kita nak lepak mana?” Rizal kelihatan tidak berpuas hati. Takkanlah mereka bertiga kena ikut cakap Afia seorang?

“Kita balik Puncak ajelah,” balas Julia. Dari semalam mereka asyik berjalan. Penatnya pun belum hilang lagi.

“Balik ajelah.”





“OI, tak nak balik ke?” Adi membangunkan Rizal yang terlena sepanjang bas Rapid dari Kuala Lumpur itu sehingga ia tiba di PKNS, Shah Alam.

Rizal terpisat-pisat. Otaknya masih tidak dapat memproses maklumat yang diberikan oleh Adi. Dia blur seketika.

“Dah sampailah,” ujar Adi tatkala melihat Rizal masih belum berganjak. Terkocoh-kocoh dia mengikut Adi, Afia dan Julia turun dari bas itu.

Mujur waktu itu tengah hari. Jadi, tidaklah ramai sangat pelajar yang menunggu bas di perhentian bas pada waktu itu. Jika tidak, pasti mereka perlu berebut-rebut nanti.

“Aku dahagalah. Ada sesiapa nak ikut aku pergi beli air?” soal Adi.

“Aku ikut,” balas Afia.

“Aku nak kirim aje boleh tak?” Julia sudah terduduk di bangku perhentian bas akibat kepenatan.

“Nak kirim apa?”

“Beli ajelah air apa-apa pun.”

“Kau, Rizal?”

Rizal menggeleng.

“Jom Afia,” Adi dan Afia menghilang di dalam bangunan PKNS.





“ALAMAK, Di… wallet aku!” Afia menyeluk-nyeluk poket seluarnya berulang kali demi memastikan dompetnya masih ada. “Wallet aku hilanglah.”

“Cuba kau check betul-betul,” ujar Adi lalu membayar harga minuman yang dibeli oleh mereka.

“Dah, aku dah check. Tak ada,” Afia mula cuak. Berkali-kali dia menyeluk poket seluarnya namun memang sah dompetnya tidak ada!

“Tercicir kat mana pulak? Kau letak kat mana?” Adi masih tenang kerana merasakan yang Afia cuma tersalah letak saja.

“Aku letak dalam poket seluarlah,” balas Afia. Memang dia pasti sebelum naik bas di Kuala Lumpur tadi, dompetnya masih ada kerana dia ingat dia ambil duit dari dalam dompet untuk bayar tambang bas.

“Poket kau bocor tak?”

“Tak pun.”

“Dah check dalam beg?”

“Aku ingat aku letak dalam poket seluar. Mungkin tercicir kat KL Sentral tak?” Afia resah apabila memikirkan kemungkinan itu. Habislah!

“Habis, nak patah balik ke?” soal Adi bersahaja. Jenuh tu! Nak tunggu bas aje pun dah makan masa.

“Kalau patah balik pun, belum tentu wallet tu masih ada kat situ,” Afia yakin jika mereka kembali ke KL Sentral sekalipun, pasti dompetnya sudah lesap. Siapa yang nak tengok aje duit kat tempat mata, kan?

“Reda ajelah. Banyak tak duit dalam tu?”

“Ada RM20 aje.”

“Tak adalah banyak sangat.”

“Tapi IC aku, kad bank aku…”

Keychain yang orang tu bagi…

“Esok kita pergi buat baru,” pujuk Adi.

Afia terduduk. Tiba-tiba dia terasa hendak menangis. Macam mana dia nak hidup tanpa kad pengenalan dan kad banknya? Jika kad banknya tiada, macam mana dia nak keluarkan duit? Kalau tak ada duit, macam mana nak hidup?

“Satu sen pun aku tak ada ni.”

“Relakslah. Kita orang kan ada. Dah, jom. Kita balik dulu. Nanti kita bincang sama-sama apa nak buat.”

1 ulasan:

MaY_LiN berkata...

huhuhu
kemain gelabah lg..
camana leh careless ni afia..
aish..