Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Januari 24, 2009

AsyrAfia 14

“Fuh… penatnya,” Afia merebahkan diri ke katil. Seluruh badannya terasa letih gara-gara sudah beberapa hari dia tidak cukup tidur lantaran menyiapkan assignment Broadcast Production selain assignment empat subjek yang lain iaitu Multimedia Production, Communication Ethics and Law, Entrepreneurship dan Malaysian Contemporary Issues.

Broadcast Production memberi pendedahan kepada para pelajar merasai pengalaman praktikal dalam produksi penyiaran seperti TV dan radio dari penulisan skrip, pengarahan, penggunaan alatan, audio, video dan sebagainya. Hampir separuh daripada markah keseluruhan subjek ini bergantung pada projek video akhir mereka selain projek radio dan baca berita (news casting).

Multimedia Production pula merangkumi tentang multimedia dan teknologi maklumat. Para pelajar akan didedahkan dengan pembinaan laman web dan pelbagai perisian multimedia. Antaranya Adobe Photoshop, Director, Dreamweaver, Flash dan Adobe Premier. Memandangkan subjek ini memerlukan pelajar bekerja dengan komputer, maka kelas untuk subjek ini diadakan di makmal komputer fakulti.

Communication Ethics and Law merupakan antara subjek yang kurang digemari oleh pelajar Komunikasi dan Media kerana dianggap membosankan dan terlalu berat. Namun begitu, silibusnya disesuaikan dengan bidang komunikasi dan media yakni hanya meliputi etika dan undang-undang dalam bidang komunikasi dan media.

Subjek Entrepreneurship pula diwujudkan khusus untuk pelajar UiTM bagi memberi pendedahan dan pengetahuan sebagai persediaan terhadap cabaran kerjaya pada masa hadapan. Selain itu, subjek ini juga bertujuan mewujudkan peluang kepada pelajar yang meminati bidang keusahawanan untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam kerjaya mereka kelak.

Malaysian Contemporary Issues pula memperkenalkan pelbagai isu yang berkaitan dengan politik, ekonomi dan sosial. Bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada keharmonian sosial dan bagaimana sesetengah perkara yang bermula dengan masalah sosial berubah menjadi isu sosial. Para pelajar perlu mengenal pasti isu-isu semasa di Malaysia dan membincangkannya di dalam kelas.

Assignment, assignment, assignment. Bosan! Mata Afia baru sahaja hendak lelap apabila tiba-tiba dia teringatkan cakera padat yang baru dibelinya di Plaza Alam Sentral beberapa hari yang lalu. Afia mengagahkan diri untuk bangun. Rasa penatnya dilawan.

Sekeping cakera padat di atas meja berhampiran komputernya dicapai lalu dimainkan cakera padat itu di window media player komputernya sebaik-baik sahaja komputer itu terpasang.


Maka kedengaranlah lagu Puteri Santubong yang mengisi trek pertama dalam cakera padat itu.


Kami kembali, gegarkan Malaysia kedua kali
Adunan semula disiapkan dalam sehari apa ditunggu lagi
Ku perkenalkan diri kami M.I.X, menjunjung kasih menyembah bumi
Pelbagai kaum etnik membuat aku semakin tertarik
Pelbagai harta pusaka puak kumbu pun jadi antic
Gabungan muzik hip hop dan etnik pertama kali dicuba
Apakah komen pengkritik
Sarawak terbahgi kepada 9 bahgian, Kuching pergi ke Limbang
Tebedu dekat sempadan, bahasa berlainan
Sungai rajang terpanjang, semangat bujang senang, bila lagi nak menang?
Jangan lupa haa singgah ke Satok, beli ikan terubok,
Laksa Sarawak, ABC dan rasalah Mee Kolok,
Dah makan? (aok)
Dah kenyang? (aok)
Mun maok, kita jumpa lagi esok.

Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunong negeri Sarawak,
Manisnya sik ada dapat dilawan,
Anak dak dewa turun kayangan

Ku jelma keluar dari kabus bersikutkan deretan
Cerita dan ritma sakti buatkan kamu bergoyang, di khalayak ramai, di tepi pantai
Ku bersantai di petang semalam dibuai mimpi yang indah tidurku lena
Walaupun tidak se’happening’ seberang sana namun ada saja gemilang yang dirasa
Koordinasi ku tetap, mantap, di bawah bayu pun ada aku
Iringan sape klasik di atas irama moden cantik, kacak lawa jangan salah faham
Ada bezanya bahasa, berbagai-bagai bangsa
Selain India dan Cina, ada Iban, Kelabit, Kayan
‘Simple’ wisma San Yan, Piasau hingga ke Tudan
Flow demi flow macam awan berkumpul menjadi taufan
Jangan beri alasan, kan selalu ku pesan ingat, agi’ idup agi’ ngelaban

Lagenda sejarah silam Puteri Santubong dan Sejinjang
Melambangkan keayuan negeri bumi kenyalang
Cuba merantau suasana hijau jadi sebutan ramai diiringi dengan pelbagai kaum
Takkan terkapai-kapai, jauh lagi perjalanan, luasnya isi permandangan
Menyenangkan pemikiran ketepikan semua beban, dapat kulihat kan senyuman
Takkan kulupa pengalaman ku, di kampung halaman, simpang penuh dengan harapan
Pilih satu citarasa, tandak yang berbeza, mari sini ku tunjukkan caranya bagaimana
Hayunkan tanganmu, kiri ke kanan biarkan muzik bergema satu persatu
Kita kan pergi dari Miri, ke Kuching, turun lagi ke Sibu, sebelum ke Limbang
Kita singgah bahgian Bintulu, suasana istimewa di awani langit biru
Rasa terpesona bergemuruh rasa hariku

Bermulanya versi kedua tentang ‘ethnic city’
Big Daddy diberi peluang untuk mulakan misi
Agama, budaya, serta pelbagai tradisi yang unik sekali
Bumi kenyalang nama diberi
Melihat keindahannya, keunikannya, serta kemodenannya
Semua terpegun ternganga, hidup aman sentosa tak usah kau curiga
Takkan puas rasanya jika semalam sahaja
Terlemparlah gelaran, Bandar ray ataman, dengan warna wangian
Minda dapat di tengankan, hati mula berkocakan alam semula jadi
Suasana harmoni, pemimpin berdikari
Inilah tempat lahirku, tempat menimba ilmu
Tanah tumpah darahku, tak perlu kau ragu ragu
Sarawak kebanggaanku tiada lain di Malaysia
Hanya engkau, engkau yang satu



Selepas beberapa kali berbual-bual dengan Noh di internet dan mendengar tiga buah lagu single M.I.X. di radio, hati Afia mula terbuka untuk membeli album Mula Dari Dulu yang merupakan album pertama kumpulan rap dari Sarawak itu. Terdapat sepuluh buah lagu dalam album ini iaitu Puteri Santubung, Fly Away, Hantu, Mula Dari Dulu, Lagu Kameq, Itu Yang Kau Mahu, Mama, Mari Bertandak, Kurang Kaseh Sayang dan Makaseh.

Uniknya album ini kerana kebanyakan lagunya mengetengahkan loghat Sarawak seperti Puteri Santubong, Lagu Kameq, Mari Bertandak dan Makaseh yang dicipta sendiri oleh anggota M.I.X. dan mentor mereka, Cat Farish. Selain itu, album ini turut menampilkan Dewi, E-One, FO3, Mohram, Nas Adila dan Adeep (Aikanika) sebagai penyanyi undangan.

Walaupun bukan kesemua sepuluh lagu dalam album itu yang disukai oleh Afia namun lagu-lagu itu masih boleh dilayan. Selain tiga buah lagu single yang sedang hit di corong-corong radio iaitu Puteri Santubong, Fly Away dan Hantu, lagu-lagu lain yang menambat hati Afia adalah Itu Yang Kau Mahu, Mari Bertandak dan Kurang Kaseh Sayang.

Itu Yang Kau Mahu menceritakan semangat yang tidak pernah pudar biarpun ramai yang menghina dan mencaci. Mari Bertandak mengajak pendengar melupakan masalah dengan bertandak yang bermaksud menari. Kurang Kaseh Sayang pula merupakan luahan seorang kekasih kepada pasangannya yang tidak jujur dalam hubungan dan sering bertukar-tukar pasangan.

Afia kemudian mencucuk broadband di komputernya bagi melayari internet. Dia mahu menyemak peti masuk e-melnya. Sudah hampir seminggu berlalu namun message yang dihantarnya kepada Noh di My Space masih belum berbalas. Selalunya tak sampai sehari, message daripada Noh sudah menjengah inbox My Spacenya.

Hati Afia berdebar-debar apabila laman web My Space memenuhi skrin komputernya. Two new messages! Dia teruja membaca perkataan itu sebaik-baik sahaja username dan kata laluan dimasukkan.

Mintak-mintaklah ada message daripada dia. Perkataan two new messages itu diklik. Namun nama pengirim messages itu kedua-duanya bukan daripada orang yang diharapkan.

Dia tak balas pun. Tapi kat sini status message yang aku hantar tu tulis read. Maknanya dia dah bacalah message aku. Tapi kenapa dia tak balas? Sibuk sangat ke? Ke dia tak suka aku dok tanya soalan-soalan remeh? Tapi dia macam tak kisah aja. Entah-entah awek dia marah tak?

Eh, aku tak bagi tahu ya dia dah ada awek? Cantik budaknya. Anak jati Sarawak jugak. Muda tiga tahun. Tya namanya.

Tapi takkan Tya nak marah kut? Dia pun ramai kawan jugak kat My Space tu. Tak pun, mungkin Noh sendiri yang dah malas nak balas message aku. Al-maklumlah dia pun dah popular sekarang. Peminat pun dah beribu kat My Space. Aku ni siapalah kan.

Tapi kenapa aku selalu rasa nak borak dengan dia? Nak bergurau senda dengan dia? Sembang dengan dia buat aku rasa happy walaupun cuma di internet. Mungkin sebab dia tu gila-gila dan pandai ambil hati orangnya. Kalau tak, tak adalah Tya terpikat dengan dia kan?

Ah, sudah! Takkan aku jatuh cinta dengan dia kut? Sedarlah diri tu sikit Afia! Kau tu siapa, dia tu siapa. Ada hati nak bercinta dengan artis. Boyfriend orang pulak tu. Awek dia pun lagi cantik daripada kau! Afia mengutuk dirinya sendiri sambil menampar-nampar kedua-dua belah pipinya.

“Aduh sakitnya,” Afia mengosok-gosok pipinya. Buat apalah aku menyakitkan diri sendiri? Baik aku layan aja lagu ni buat ubat rindu. Ahak… Tapi tak terubat pun! Aku ni dah tak betul agaknya. Afia kemudian mengklik pada message di inbox My Spacenya.

Afia tersenyum sendiri membaca message yang pernah dihantar oleh Noh menggunakan My Space M.I.X. Lepas satu, satu message di inbox itu dibacanya. Namun ketika Afia leka di hadapan komputer, tiba-tiba pintu biliknya dibuka secara mengejut.

“O … ini kerja kau. Dok main internet aja 24 jam,” Afni tercegat di muka pintu memerhatikan Afia.

“Kau ni tak reti nak ketuk pintu dulu ke? Main redah aja bilik orang,” Afia tidak suka dengan sikap kakaknya itu. Selalu main masuk aja. Ingat rancangan Melodi ke nak terjah terjah orang ni?

“Aku punya sukalah! Kau tu setakat balik rumah tapi berkurung dalam bilik baik tak payah balik. Balik tak balik sama aja,” Afni sudah mula memberi khutbah.

“Suka hati akulah. Yang kau sibuk kenapa? Aku tak kacau hal kau, kau nak kacau hal aku kenapa?” Afia geram mendengar kata-kata Afni. Asal aku balik rumah aja, ada-ada aja benda yang tak puas hati dengan aku.

“Kalau kau nak berkurung dalam bilik ni selamanya pun aku tak kisahlah. Tapi kalau ya pun, tolong-tolonglah buat kerja rumah sekali. Asyik aku aja. Dahlah kat pejabat sibuk dengan kerja, takkan kat rumah pun aku nak kena buat kerja jugak?” bebel Afni. Ingatkan balik rumah nak tolong buat kerja rumah tapi duduk berkurung aja dalam bilik. Tak balik pun tak apa!

“Ada orang paksa ke kau buat kerja tu?” balas Afia. Kalau tak nak buat, tak payahlah buat. Dah tu, mengungkit pulak. Macamlah orang yang paksa. Nampak sangat tak ikhlas.

“Ewah, ewah, ewah. Sedapnya bahasa kau. Kau sedar tak kau cakap dengan siapa ni?” marah Afni. Mulut tu main lepas aja. Tak hormat langsung aku sebagai kakak.

Afia diam. Dia malas hendak melayan sikap Afni. Cakap lebih-lebih nanti, lagi teruk keadaannya. Jadi, lebih baik dia diam sahaja. Dia tidak suka apabila Afni menggunakan kedudukannya sebagai kakak bagi menunjukkan kuasanya. Ada kalanya dia merasakan dunia ini tidak adil.

Kakak boleh suruh adik buat itu buat ini tapi kenapa adik tak boleh suruh kakak buat itu buat ini? Bila adik buat salah, kakak boleh tegur tapi bila kakak buat salah kenapa adik tak boleh tegur? Bila kakak cakap, adik kena dengar tapi kenapa bila adik cakap kakak tak nak dengar? Bila kakak marah, adik kena diam dan jangan melawan tapi bila adik marah kakak pun tak nak mengalah.

Kakak tak semestinya selalu betul dan adik tak semestinya selalu salah. Walaupun umur kakak lebih tua daripada adik tapi itu tak bermakna kakak lebih banyak pengalaman. Mungkin kakak lebih dulu makan garam tapi mungkin juga adik lebih dulu makan hempedu. Kakak dan adik berkongsi ibu bapa yang sama tapi mewarisi sifat yang berbeza.

Jangan gunakan status kau kakak dan aku adik sebagai alasan aku kena ikut cakap kau. Sebab aku adik, jadi aku kena hormat kau? Sebab aku adik, jadi aku kena ikut cakap kau? Sebab aku adik, jadi kau boleh arah aku sesuka hati? Sebab aku adik, jadi aku tak boleh lawan cakap kau? Sebab aku adik, jadi aku tak boleh menjawab bila kau marah? Sebab aku adik, jadi aku tak boleh lebih daripada kau dalam segala hal? Sebab aku adik, jadi otak aku tak boleh pakai?

Tak kisahlah adik ke kakak. Dua-dua pun manusia. Dan sebagai manusia, aku juga punya pendirian dan pandangan. Aku juga punya kemahuan dan keinginan. Aku juga punya kehidupan sendiri. Aku juga berhak berbuat apa yang aku suka. Aku tak perlukan sesiapa untuk menentukan apa yang aku patut ataupun tak patut buat.

“Afni, Afia, apa yang bising-bising ni?” Puan Shafira mendapatkan anak-anak perempuannya itu. Dia sudah masak benar dengan perangai mereka berdua. Pantang berjumpa, pasti perang saudara akan meletus. Disebabkan ‘virus’ itu, Puan Shafira dan suaminya bertindak mengasingkan bilik tidur mereka berdua kerana dikhuatiri peperangan itu akan berlanjutan.

Namun begitu, peperangan itu masih juga berlaku walaupun mereka tidak lagi tinggal di dalam bilik yang sama. Mungkin jalan yang terbaik adalah memisahkan kedua-dua mereka jauh antara satu sama lain tapi pastinya itu sesuatu yang mustahil memandangkan mereka berdua adik-beradik. Sampai bila-bila pun hubungan itu takkan berubah.

“Afia ni, ma. Kurang ajar sangat,” adu Afni.

“Eleh, macamlah dia tu beradab sangat. Main terjah aja bilik orang,” ujar Afia membela diri.

“Tengok tu, ma.”

“Kau yang dulu cari pasal dengan aku kan?”

“Dah kau yang buat pasal.”

“Kaulah!”

“Kau!”

“Sudah, sudah! Tak boleh ke kamu berdua ni berbaik-baik? Kamu berdua ni kan adik-beradik?” Puan Shafira tidak mahu menyebelahi sesiapa. Baginya, baik Afni mahupun Afia dua-duanya sama-sama salah. Masing-masing enggan mengalah dan suka mencari masalah.

Afni dan Afia terus bermasam muka. Tanpa menunggu lama, Afni segera berlalu dari situ manakala Afia segera menutup pintu biliknya dan Puan Shafira pula hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat dua beradik itu.

“Hai, bilalah bebudak dua orang ni nak berbaik balik?” keluh Puan Shafira.

Tiada ulasan: