Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

AsyrAfia 2

“Kau orang nak minum apa?” tanya Adi apabila mereka berempat mengambil tempat di sebuah meja di kafe yang terletak di tingkat bawah fakulti mereka.

“Aku nak teh ais,” ujar Rizal.

“Nescafe,” ujar Julia.

“Milo ais,” ujar Afia. Walaupun orang kata minum milo boleh mengantuk tapi aku tetap nak minum milo.

“Bang, teh ais satu, Nescafe satu, milo ais dua!” ujar Adi kepada salah seorang pekerja yang kelihatan sibuk membancuh minuman.

“Kenapa muka kau muka mengantuk?” soal Adi kepada Afia.

“Ala…takkan kau tak tahu yang si Afia ni ada penyakit homesick yang kronik. Wajib balik setiap hujung minggu. Petang Jumaat aja mesti hilang. Pagi Isnin baru nak balik kolej. Mana tak penat?” Julia menjawab bagi pihak Afia. “Tambah-tambah rumah dekat. Kalau aku pun, hari-hari balik rumah.”

“Kalau ikutkan hati, aku pun tak larat nak balik tiap-tiap minggu. Tapi kalau aku tak balik siapa nak bagi makan anak aku kat rumah tu?” ujar Afia membela diri.

“Kakak dengan adik kau kan ada,” ujar Julia. “Suruhlah dia orang tengokkan anak kesayangan kau tu.”

“Kalau aku nak harapkan dia orang, alamatnya mati kebulurlah anak aku tu,” Afia mengeluh.

Kalau boleh memang aku tak mahu balik rumah tiap-tiap minggu. Tapi kalau aku tak balik, siapa yang nak bagi makan pada Donna? Kesian dia. Kak Afni bukan cara pun. Nak harapkan Amri? Lagilah tak boleh diharap. Lagipun aku yang beria-ria nak bela Donna dulu. Walaupun mama dan abah menentang, aku tetap nak jaga Donna. Setelah aku berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Donna, barulah dia orang setuju Donna tinggal di situ. Dan memang menjadi tanggungjawab aku untuk memastikan kebajikan Donna terjaga. Nasib baiklah aku dapat kawan yang memahami. So semua assignment akan dibereskan sebelum hujung minggu.

“Hai, Afia,” seorang lelaki warga Indonesia menghampiri meja mereka membawakan minuman mereka berempat dan menyapa Afia. “Nampak sedih aja. Ada masalah ke?”

Sedih apanya? Aku mengantuklah! Dahlah semalam kau muncul dalam mimpi aku. Nasib baik aku tak kahwin dengan kau betul-betul. Walaupun tak suka, Afia tetap mengukir senyuman. Senyum yang dibuat-buat. Tak ikhlas langsung! Senyum itu kan sedekah.

Waduh, manis sekali senyuman itu! Lelaki warga Indonesia itu berlalu untuk menyambung kerjanya dengan gembira.

“Afia, kau tak nak bagi peluang pada dia ke?” usik Julia.

“Aku gila ke? Kenal pun tak. Takkan tiba-tiba nak bercinta?” getus Afia.

“Ala…kenal-kenallah dulu. Siapa tahu jodoh kau dengan dia,” celah Adi.

“Yalah, Afia. Kalau kau jadi dengan dia, kita orang pun senang. Hari-hari boleh makan percuma,” tambah Rizal pula.

“Betul tu, Afia. Kau kan suka orang Indon. Kita orang sokong kau!” Julia memegang bahu Afia. .

“Hanya Duta ok?” Afia menepis tangan Julia.

“Ala…manalah tahu Sukry tu pun pandai nyanyi macam Duta,” ujar Julia lagi.

“Entah-entah lebih sedap daripada Duta,” Adi menambah.

“Tak pun, dia saudara dengan Duta ke. Mana tahu kan?” Adi, Julia dan Rizal semakin rancak menyakat Afia.

“Ah, sudahlah! Kau orang ni tak habis-habis nak kenakan aku. Hentikan sajalah angan-angan kau orang tu. Kenapa tak kau orang saja yang couple dengan dia?”

“Mana boleh. Kita orang lelaki. Haram di sisi agama,” tegah Adi. Berlagak serius tapi di hati gelak sakan.

“Aku pun tak boleh,” ujar Julia. “Tak baik tahu kebas balak orang lain. Apatah lagi kawan baik sendiri.”

Afia geram dengan usikan kawan-kawannya. Setiap kali mereka lepak di kafe itu, pasti dia menjadi bahan gosip mereka.

Mentang-mentanglah kafe ini saja yang dibuka pada waktu siang. Sengaja nak kenakan aku. Bukan aku pandang rendah pada dia sebab dia kerja di kafe ataupun sebab dia orang Indonesia. Tapi hati aku tak ada pada dia. Hati aku yang hanya ada satu ni pun aku dah bagi pada Duta dan Sheila on 7. Itu pun dia orang terpaksa kongsi berlima. Hehe… Kalaulah Duta yang kerja di kafe ni kan best.

“Assignment projek kumpulan Broadcast kita tu macam mana? Kata nak bincang tadi,” soal Afia. Ini dah keluar matlamat asal ni. Masuk topik lain pula.

“Tengok tu. Sengaja nak tukar topiklah tu,” Julia tahu Afia tidak suka dikaitkan dengan lelaki warga Indonesia itu.

Sejak kenal dengan Afia, tak pernah pula aku dengar dia sebut nama mana-mana lelaki yang diminatinya. Bimbang juga aku kalau-kalau si Afia ni lesbian. Nasib baiklah ada juga lelaki yang dapat memikat hati dia. Tapi sayangnya lelaki itu artis. Tak mungkin Afia bercinta dengan Duta. Lagipun Duta tu dah ada anak bini. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu Afia masih ada perasaan pada lelaki.

“Tadi kata datang sini nak bincang pasal assignment kan? Kalau nak bincang pasal aku, baik aku balik aja,” Afia bangkit dan pura-pura hendak melangkah pergi.

“Ok, ok,” Julia berlagak mengunci mulutnya dengan jari apabila melihat renungan tajam Afia. “Takkan itu pun nak merajuk?”

“Entah kau ni. Tadi tu warm up aja,” ujar Adi. Sebenarnya aku pun tak rela tengok kau couple dengan mamat Indon tu. “Ok, sekarang kita bincang pasal projek kumpulan Broadcast yang Cik Syazliana bagi tadi.”

“Sekejap, sekejap!” celah Julia seraya memandang ketiga-tiga kawannya itu. “Sebelum tu, aku ada satu berita yang mungkin kurang menyenangkan hati kau orang,”

“Apa dia?” tanya Rizal.

“Kau ni buat saspen aja,” Afia berdebar-debar.

“Cakaplah cepat,” desak Adi. Berita kurang menyenangkan? Berita apalah agaknya? Hati aku dah berdebar-debar ni.

“Memandang kita hanya berempat, so Cik Syazliana suruh kita ambil Kak Nor sebab kumpulan lain dah penuh,” terang Julia.

“Hah? Biar betul? Cik Syazliana nak kita ambil Kak Nor, senior repeater tu? Ini bukan lagi berita kurang menyenangkan… tapi langsung tak menyenangkan!” luah Adi. “Tak naklah aku!”

“Aku pun tak nak,” Afia menyokong Adi.

Kau ni dahlah minum milo ais sama macam aku. Sama pendapat dengan aku pula tu. Kita ni memang serasilah. Getus Adi di dalam hati.

“Kau orang pula macam mana? Setuju ke Kak Nor tu masuk kumpulan kita?” Adi meminta pendapat Julia dan Rizal pula.

“Aku pun tak nak sebenarnya tapi Cik Syazliana dah cakap macam tu. Lagipun kumpulan kita aja yang berempat. Kumpulan lain semua lima, enam orang,” ujar Julia.

“Aku pun tak berapa suka sangatlah dengan dia,” celah Rizal. “Aku pernah dengar senior cerita yang Kak Nor tu tak buat kerja. Pernah sekali dia bagi duit aja tapi tak tolong buat kerja. Maklumlah anak orang kaya.”

“Kalau kaya, buat apa masuk UiTM?” Afia turut tidak berpuas hati. Pompuan tu dahlah tergedik-gedik, banyak cakap pula tu. Suka nak mengarah-arah orang.

“Aku pun tak suka dia. Perasan cantik,” tambah Adi. “Dia ada datang kelas tak tadi?”

“Tak perasan pula aku,” jawab Julia. “Tapi macam tak datang. Walaupun Afia selalu datang lambat tapi dia lagi teruk. Tak datang langsung.”

“Aku buat kerja tahu!” Afia sedikit marah apabila dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain apatah lagi dengan orang yang dia tidak suka.

“Yalah, kau memang rajin buat kerja,” puji Julia. “So macam mana ni? Nak cakap dengan Cik Syazliana ke yang kita tak nak dia masuk kumpulan kita?”

“Cakap pun tak guna. Kau juga yang cakap tadi. Kumpulan kita aja yang tak cukup orang,” ujar Adi.

“So kita kena terima dialah?” Afia kecewa dengan berita itu. Betapa malangnya nasib terpaksa bekerja dengan orang yang tak disukai.

“Terpaksalah. Lagipun masa kerja nanti pun, kita tak boleh pilih dengan siapa kita nak bekerja,” Adi cuba bersikap profesional.

“Betul juga cakap Adi tu. Masa kerja nanti mesti lagi banyak ragam dan kerenah manusia yang kita jumpa. Kita pun tak pernah kerja dengan Kak Nor lagi. Kita cubalah dulu. Kalau dia buat hal, kita ngadulah kat Cik Syazliana,” tambah Rizal.

“Kalau dia buat hal, tahulah apa aku nak buat. Kalau dia nak masuk kumpulan kita, dia pun kena buat kerja. Jangan harap nak goyang kaki!” ujar Afia geram.

“Itu sudah semestinya. Kau orang ada nombor telefon dia?” soal Adi.

“Tak ada,” ujar Afia, Adi dan Rizal hampir serentak.

“Kalau macam tu, kita jumpa dia masa kelas hari khamis nantilah,” cadang Adi.

“Itu pun kalau dia datang,” celah Rizal.

“Ala…Kalau dia tak datang pun, kita masih boleh teruskan kerja kita. Bukannya kita tak boleh gerak tanpa dia,” Afia menambah.

“Oklah. Kalau nak tunggu dia, silap-silap kita pula yang kena repeat subjek ni semester depan,” seloroh Adi.

“Hish…kau ni tak sayang mulut ke?” Julia memukul lengan Adi.

“Aku cakap ajalah.”

“Orang kata semua benda yang kita cakap tu merupakan satu doa tahu!”

“Yalah, yalah. Sorry. InsyaAllah semester ni kita dapat Anugerah Dekan.”

“Itu sedap untuk didengar,” ucap Afia. Aku pun teringin juga nak rasa dapat Anugerah Dekan. Mesti nama aku terpampang di papan kenyataan fakulti. Bolehlah aku berbangga dengan Kak Afni.

“Kita bincang sikit-sikit dulu untuk dapatkan gambaran. Kita kena buat apa? Program hiburan kan? So ada cadangan?” Adi bertindak sebagai ketua kumpulan.

“Susah susah kita buat macam Close Up kat TV3 tu ajalah nak?” Julia menyuarakan cadangan.

“Tak menariklah. Biasa sangat. Setakat interview aja. Kita buatlah lain sikit,” Afia kurang bersetuju dengan cadangan Julia.

“Apa kata kita buat macam Melodi?” cadang Rizal pula. Ada sedutan filem, drama, muzik, gosip dan semua yang berkaitan dengan hiburan.

“Susah tu. Kena ada banyak bahan. Kita ni kan student aja. Macam mana kita nak dapat info-info tu semua? Lagipun kita ni lima orang aja,” fikir Adi. Rancangan sedemikian memerlukan tenaga kerja yang ramai.

“Kalau ada apa-apa aktiviti hiburan kat sekitar Shah Alam ni kita pergi ajalah. Ambil gambar dengan videocam. Lepas tu kita mintalah nak interview artis tu sekejap,” Rizal mempertahankan ideanya. Tiap-tiap minggu kan ada rancangan Muzik Muzik kat Plaza Alam Sentral.

“Tak pun kita buat rancangan klip video ajalah. Lagi senang,” Julia seolah-olah sudah malas hendak berfikir. Buat macam MTV Syok kat TV2 dulu. Ada pengacara, ada video permintaan. Habis cerita. Tak payah susah-susah cari bahan kat luar.

“Kau ni asyik nak senang aja. Apa kata kita buat rancangan hiburan yang tak ada lagi kat Malaysia ni?” Afia mula berfikir. Rancangan hiburan apa yang tak ada orang buat lagi?

“Contohnya?” Adi meminta penerangan lanjut.

“Belum dapat idea lagi,” Afia tersengih.

“Cakap aja lebih,” Julia mengetus.

“Macam nilah. Apa kata kita senaraikan dulu rancangan hiburan yang ada kat Malaysia ni. So senang kita nak tengok,” ujar Adi. “Siapa ada pen dan kertas?”

“Pen pun tak ada ke?” Julia menyeluk begnya, kemudian mengeluarkan sebatang pen biru dan sebuah buku tulis lalu dihulurkan kepada Adi.

“Kau tulislah. Tulisan aku buruk. Nanti kau orang tak faham pula.”

“Kalau nak lawa, suruhlah Afia tulis,” Julia menyerahkan pen dan buku tulis itu kepada Afia.

“Tak kisahlah siapa-siapa pun,” Afia menolak.

“Ala…tulis ajalah.”

Dengan rasa malas, Afia menyambut pen dan buku tulis itu daripada Julia. Alasan aja! Setakat nak conteng-conteng, tak payahlah nak tulis lawa-lawa. Nanti nak kena taip juga.

“Ok, kita mula sekarang. Tadi kau kata rancangan apa? Melodi? Tulislah, Afia. Melodi, Close Up, MTV Syok,…”

“Ala Carte,…” tambah Julia.

“Rancangan kat TV1 tu yang petang-petang tu apa nama dia?” Rizal cuba mengingat. Apa entah nama dia?

“Yang mana?” tanya Julia balik. “Banyak rancangan kat TV1 tu.”

“Ala…petang-petang hari Sabtu tu. Yang pengacara dia Dynaz tu,” ujar Rizal.

“Sepetang Bersama?” tanya Afia.

“Haaa…betullah tu. Sepetang Bersama.”

Afia menulis tajuk program RTM itu di buku itu. Lagi apa ya? Yang famous kat RTM, Sepetang Bersama, Ala Carte, Hits 1, Hiburan Minggu Ini, Zoom In. TV3, Melodi, Pop, Muzik Muzik. 8tv, Malaysian Idol. Astro, Akademi Fantasia, Muzik@Ria, Trek Selebriti, Macam-macam Aznil, AC di Sini, Dari Studio 1.

Afia berfikir-fikir sambil mencoretkannya di atas kertas. Adi, Julia dan Rizal hanya memerhati.

“Lagi? Ada apa-apa nak tambah?” soal Afia. Lupalah.

“Banyaknya yang kau tahu,” Adi, Julia dan Rizal melihat senarai yang ditulis oleh Afia.

“Biasalah. Aku kan kaki TV.”

“Itulah. Kita orang yang duduk hostel ni jarang-jarang tengok TV,” kata Julia.

“Haa ni, rancangan Azwan dengan Adlin tu, Jangan Tidur Lagi,” ujar Rizal.

Afia menambah di senarai itu.

“Sunday Nite Live, NTV,” tambah Adi pula. Semester lepas, mereka dijemput menjadi penonton bagi program yang diacarakan oleh Harith Iskandar itu. Kadang-kadang untung juga jadi budak Mass Comm ni. Selalu dapat tengok program TV percuma. Fakulti sponsor transport pula tu. Dapat jumpa artis lagi!

“Lagi?”

“Aku rasa cukup dululah. Ni pun dah banyak,” Adi membaca tulisan Afia. Cantik betullah tulisan si Afia ni. Macam orangnya juga. Eh, cantik ke Afia ni? Afia tak cantik tapi cun!

“So kita nak buat apa ni?” tanya Julia.

“Dah dekat pukul sebelas setengah ni. Kita pergi kelas dululah,”cadang Adi. “Balik nanti, kita fikirkan konsep rancangan kita. Hari Khamis nanti kita bincang balik masa kelas ok?”

“Ok, bos!”

“Jom kita pergi kelas.”

Mereka bangkit untuk ke kelas.

“Oit…ni tak nak bayar ke?” sergah Afia. Ingat kafe bapak dia agaknya.

“Eh, lupa! Ingatkan tadi boyfriend kau yang belanja,” usik Adi. Macam mana aku boleh terlupa?

“Banyaklah!” marah Afia.

Mereka bergerak ke kelas selepas membayar harga minuman masing-masing.

Tiada ulasan: