Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 05, 2008

Cinta 'Kan Membawamu Padaku PROLOG

“Haa, Hani. Dah balik?” Suraya menjenguk ke ruang tamu rumah itu apabila terdengar bunyi pintu dibuka. Hani melangkah masuk dengan beg pakaiannya. “Macam mana Jakarta? Seronok?”

“Bolehlah,” Hani merebahkan diri ke sofa. “Letih Hani dibuat si Nurul tu. Tinggal kat sana tiga hari aja tapi macam duduk tiga bulan. Semua tempat dia nak pergi.”

“Agaknya sebab masa yang ada terhad sangat sebab itulah si Nurul tu nak pergi semua tempat. Yalah, orang baru pertama kali pergi luar negara,” Suraya melabuhkan punggung di sebelah Hani.

“Abang Man dengan Shahira dah tidur ke, Kak Su?” Hani memandang ke sekeliling rumah itu. Senyap sunyi walaupun baru pukul 10 malam.

“Dah. Sejak Hani pergi Jakarta, Shahira selalu tanya pasal Hani. Bila mak su nak balik, bila mak su nak balik,” cerita Suraya tentang anak perempuan tunggal kesayangannya itu.

Shahira adalah anak hasil perkongsian hidup Suraya bersama suaminya, Rahman yang kini telah pun berusia lima tahun. Shahira memang manja dengan Hani.

“Hani, masa Hani pergi Jakarta mak ada telefon,” ujar Suraya. Dia tahu Hani tidak suka perkara itu disebut-sebut tetapi dia hanya menyampaikan pesan ibu mereka.
Hani mula hilang mood. Dia tahu apa yang akan diperkatakan oleh Suraya.

“Niat mak tu baik, Hani,” Suraya cuba melembutkan hati Hani.

“Hani tahu Kak Su,” balas Hani. “Tapi buat masa ni Hani tak nak fikir lagi pasal benda ni. Setiap kali Hani balik, mak mesti tanya soalan yang sama. Hani rimas.”

“Hani tak cakap dengan mak?”

“Dah puas dah. Tapi mak still juga desak Hani,” Hani diam seketika. “Tak apalah, Kak Su. Hani masuk bilik dululah. Nak tidur. Penat.”

“Yalah. Rehatlah dulu. Hani nak Kak Su buatkan air?”

“Tak apalah, Kak Su. Kalau Hani nak nanti, tahulah Hani ambil sendiri. Selamat malam,” Hani mengheret beg pakaiannya ke dalam.

Di bilik, Hani merebahkan tubuhnya ke katil. Fikirannya melayang mengingati saat ketika dia di Jakarta tadi.

Hani dan Nurul sedang mendaftar keluar di lobi hotel ketika sekumpulan manusia muncul dari dalam lif. Mereka dikerumun oleh sekumpulan wartawan dan jurugambar sebaik-baik sahaja mereka melangkah keluar daripada lif tersebut.
Hani sedang menguruskan pendaftaran keluar sementara Nurul liar memerhati orang-orang yang keluar masuk di hotel itu.

“Terima kasih. Sampai jumpa,” ujar pekerja di kaunter itu mesra.

“Ok, terima kasih juga,” balas Hani ramah dan berpaling kepada Nurul. “Apa yang kau tengok tu, Nur?”

“Tak ada. Tu haa…” Nurul menunjuk ke arah sekumpulan manusia yang dikerumuni oleh wartawan dan jurugambar.

Hani melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Nurul.

“Banyaknya wartawan. Artis ke tu?” Hani mengamati wajah-wajah yang dikatakan artis itu. Ada enam orang kesemuanya.

“Agaknya,” balas Nurul.

Dalam pada itu, pandangan mata Hani melekat pada suatu wajah. Wajah itu mirip seseorang. Seseorang yang amat dirinduinya.

“Dimas?” tiba-tiba nama itu terkeluar di bibir Hani.

“Dimas? Kau kenal ke orang tu?” tanya Nurul.

“Err…salah orang kut. Jomlah,” Hani mengangkat beg pakaiannya namun dia masih sempat memandang wajah itu sekilas sebelum melangkah ke luar hotel itu.

“Dim, kat manalah kau sekarang?” Hani menatap sekeping gambar lama di tangannya. Tanpa disangka, pertanyaan itu membawa Hani ke lena yang panjang.

Tiada ulasan: