Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Disember 13, 2008

Budak S.M.A.R.T. 29

Peperiksaan SPM hanya tinggal kurang tiga bulan sahaja lagi. Para pelajar tingkatan lima sedang giat mengulangkaji pelajaran mereka termasuklah pelajar-pelajar tingkatan 5 Kemanusiaan Harmoni. Cik Mazleen gembira melihat perubahan dan prestasi pelajar-pelajarnya terutama sekali Azrizal, Shafik dan Iqbal.

Ketiga-tiga mereka menunjukkan peningkatan yang sangat luar biasa. Jika dahulu, nama mereka berada dalam senarai pelajar lemah namun kini tidak lagi bahkan tidak mustahil nama mereka bakal tersenarai sebagai pelajar cemerlang jika mereka terus berusaha.

“Laily, aku nak mintak maaf sebab tak percayakan kau,” Melissa menyesal kerana tidak mempercayai Laily berkenaan kesnya dengan Azrizal. Walaupun hatinya percaya Laily tidak akan melakukan perbuatan seperti itu namun dia takut untuk membela Laily yang dipulaukan itu. Silap-silap dia pula yang dipulaukan kerana menyebelahi Laily.

“It’s ok. Benda dah lama. Aku pun dah lupa. Yang sudah tu sudahlah,” ujar Laily. Dia sedia memaafkan semua

“Terima kasih, Laily,” Melissa terharu. Ternyata Laily memang baik hati. “Kita tetap kawan kan?” Melissa menghulur salam persahabatan.

“Kawan baik,” Laily menyambut huluran tangan Melissa.

Kedua-duanya kemudian berbalas senyuman.


***


“Riz!” Athira mendapatkan Azrizal yang beriringan pulang bersama Shafik dan Iqbal.

“Tya. Ada apa?” soal Azrizal.

“Tya nak cakap sikit dengan Riz, boleh?” balas Athira.

“Riz, Laily tunggu kita petang ni,” Shafik sengaja menyebut nama Laily di hadapan Athira. Shafik nak Athira tahu yang Azrizal sudah ada Laily sekarang.

“Ala, kau orang pergilah dulu. Nanti aku datang,” ujar Azrizal.

“Riz, tak baik buat orang menunggu,” Shafik tidak mahu Azrizal berbaik-baik dengan Athira semula. Bukankah dahulu Athira yang memutuskan hubungannya dengan Azrizal?

“Aku tahu. Kau orang pergilah dulu.”

“Dahlah, Chap. Jom kita pergi dulu,” Iqbal menarik lengan Shafik dari situ.

“Apa yang Tya nak cakap dengan Riz?” Azrizal dan Athira berbual-bual di tepi pagar sekolah.

“Sebenarnya Riz, Tya nak minta maaf dengan Riz. Tya sedar semua yang berlaku adalah atas perbuatan Tya sendiri. Tya rasa malu sangat,” luah Athira.

“Sudahlah Tya. Yang berlaku tu biarlah berlalu.”

“Jadi Riz sudi maafkan Tya?”

“Sedangkan Nabi pun ampunkan umatnya. Siapalah Riz ni.”

Athira lega mendengar jawapan Azrizal.

“Riz, Tya tanya satu soalan boleh?”

“Apa dia?”

“Riz sukakan Laily?”

“Kenapa Tya tanya soalan macam tu?”

“Saja. Riz dengan dia ada apa-apa ke?”

“Tak ada apa-apalah. Kita orang kawan aja.”

“Kalau macam tu, macam mana kalau kita mula semula?”

“Tya serius ke?”

Athira diam seketika kemudian berlagak biasa.

“Tak adalah. Tya main-main sajalah. Kita tetap kawan kan?”

“Haruslah!”

“Petang ni Riz buat apa?”

“Riz ada study group dengan Chap, Ball dan Laily.”

“Oh ya ke? Tya ingatkan nak ajak Riz keluar jalan-jalan. Dah lama kita tak keluar sama kan?”

“Sorrylah, Tya. Petang ni tak boleh tapi hujung minggu mungkin boleh.”

Athira gembira mendengar kata-kata Azrizal. Maknanya dia masih ada peluang untuk berbaik-baik dengan Azrizal semula?

“Chap, Ball, Riz buat apa sebenarnya?” Laily melihat-lihat ke arah pintu pagar utama sekolah. Sudah hampir lima belas minit mereka menunggu namun bayang Azrizal masih belum muncul.

“Dia jumpa cikgu kejap,” bohong Shafik.

“Ala…kejap lagi datanglah tu,” Iqbal pula menyampuk.

“Lamanya…” Laily memandang ayahnya yang duduk di tempat pemandu. Kalau ikutkan hatinya, dia tidak kisah menunggu Azrizal. Yang dia kisah ayahnya. Apa kata ayahnya nanti?

“Haa…tu dia,” Laily dan Iqbal melihat ke arah yang dikatakan oleh Shafik. Di pintu pagar utama, kelihatan Azrizal berjalan beriringan dengan Athira kemudian mereka berpisah.

Laily cemburu melihat mereka. Betul ke Riz jumpa cikgu? Entah-entah dia rancak bersembang dengan Tya. Sebab tulah dia lambat. Kalau aku tahu, dah lama aku suruh abah tinggalkan dia.

“Sorry lambat,” Azrizal masuk ke perut kereta. “Oh ya, Tya kirim salam kat kau orang…”

“Waalaikummussalam…” Laily berusaha berlagak biasa di hadapan Azrizal, Shafik dan Iqbal. Dia tidak mahu mereka mengesyaki perasaannya terhadap Azrizal. Siapalah dia untuk berasa cemburu dengan Athira? Athira kan pernah menjadi kesayangan Azrizal dan tak mustahil Azrizal masih menyayangi Athira.

Tambahan pula, Azrizal tidak pernah mengucapkan kata-kata sayang kepadanya jadi dia tidak berhak untuk berasa marah ataupun cemburu. Azrizal bebas berkawan dengan sesiapa sahaja yang dia mahu.



***


“Eh, Laily apa yang berkotak-kotak ni?” Shafik melihat kotak-kotak yang tersusun di tepi ruang tamu rumah Laily.

“A’ah. Macam nak pindah rumah aja,” ujar Iqbal pula.

“Eh, tak adalah. Saja kemas. Semak sangat so mana yang tak guna tu kita orang nak buang,” bohong Laily. Dia belum bersedia untuk memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka. Dia sendiri masih terkejut apabila diberitahu tentang hal itu oleh ayahnya beberapa hari lepas.

“Abah ada berita baik untuk kamu semua,” ujar bapa Laily ketika mereka menikmati hidangan makan malam.

“Apa dia, bah?”

“Abah nak bawa kita orang pergi bercuti ke?”

“Kat mana?”

“Langkawi?”

“KL?”

“Ya, KL. Tapi bukan bercuti. Kita akan terus tinggal kat sana sebab abah dah ditukarkan kerja ke sana.”

“Wah, bestnya!”

“KL? Jadi kita semua kena pindahlah?”

“Macam tulah nampak gayanya.”

“Bila?”

“Sepatutnya bulan depan tapi memandangkan Laily perlu ambil SPM jadi abah mintak tangguh sampai Laily habis SPM.”

“Abah tak boleh tolak ke tawaran tu?”

“Boleh tu memanglah boleh tapi abah dah buat keputusan nak terima tawaran tu. Lagipun gaji yang ditawarkan lagi banyak daripada gaji abah sekarang. Kenapa? Laily tak suka?”

“Laily suka tinggal kat sini. Kawan-kawan Laily pun semua kat sini.”

“Kawan ke pakwe?”

Laily menjeling adiknya tajam.

“Laily, bila Laily nak masuk universiti nanti pun Laily tetap kena keluar dari bandar Kuantan ni. Takkan selamanya Laily nak tinggal kat sini?”

“Laily!”

Laily tersentak. Baru dia sedar akan kewujudan Azrizal, Shafik dan Iqbal.

“Kenapa?”

“Tak ada apa. Jomlah kita mula.”

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak tya ngan rizz!!

jangan la riz ngan laily..takmo..

riz n tya la..