Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, Julai 16, 2022

BEST FRIEND KE BOYFRIEND? [e-book]

Annur dan Juan sering kali terlihat berdua. Pergi kerja sama-sama, balik kerja pun sama-sama. Bahkan mereka juga selalu melepak bersama di luar waktu bekerja. Tapi apabila ditanya tentang status hubungan mereka, jawapan klise diberikan.

“Kita orang kawan-kawan ajelah.” – Annur

“Kau tak pernah dengar ke teori pasal lelaki dengan perempuan tak mungkin boleh jadi kawan saja?” – Hayza

Dia dengan Juan bercinta? Memang taklah!

Itu kata Annur.

Tapi kenapa apabila dia bersama dengan Muaz, dia tidak rasa perasaan yang sama sebagaimana dia bersama dengan Juan?

Kenapa apabila dia tidak berjumpa dengan Juan, dia asyik teringatkan lelaki itu?

Lebih parah lagi, hatinya dah mula pandai cemburu apabila ada gadis lain cuba rapat dengan Juan!

Annur cuba menjarakkan hubungannya dengan Juan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Sebagai sahabat, dia patut mendoakan sahabatnya itu bahagia, tetapi Juan tidak pernah lari daripadanya, malah selalu ada ketika dia memerlukan seseorang.

Benarkah hubungan mereka hanya sekadar kawan baik atau sebenarnya ada rasa yang tersembunyi antara mereka?


***

“Kau layan cerita hantu?” Juan bertanya apabila skrin di luar panggung itu menayangkan sedutan sebuah filem seram.

“Kalau sorang, tak beranilah,” Annur tayang sengih.

Kalau boleh, dia memang elakkan menonton cerita seram. Takut terbawa-bawa dalam tidur. Pernah dia menonton cerita seram Indonesia, sampai terbayang-bayang hantu itu muncul di rumahnya ketika dia berada seorang diri. Selepas itu, taubat dia tidak mahu menonton cerita hantu lagi!

“Orang kata cerita ni seram betul,” Juan memberitahu.

Annur ikut melihat pada skrin tersebut.

“Lain kali kita tengok cerita ni pula, nak?”

Lain kali? Kalau diikutkan, ini bukanlah kali pertama dia keluar dengan Juan memandangkan dulu pun mereka sudah pernah keluar bersama tetapi biasanya mereka keluar bersama rakan-rakan sekerja yang lain. Sekarang, semua rakan mereka itu sudah berkahwin. Jadi, tinggal mereka berdua sahajalah yang solo.

“Err...” Sedang otaknya ligat menyusun ayat, tiba-tiba kedengaran nama mereka dipanggil oleh seseorang.

“Juan! Annur!”

Serentak mereka memandang ke arah suara itu. Kelihatan tiga orang gadis yang sangat mereka kenali sedang melambai-lambai riang ke arah mereka. Seakan-akan teruja dapat berjumpa dengan mereka di situ.

Aduh! Macam mana pula mereka bertiga boleh berada dekat sini?


***

"Juan, kau memang tak teringin nak kahwin ke?”

“Cuba kau cakap dengan aku, siapalah yang tak nak ada keluarga sendiri? Kau ingat aku tak teringin ke nak ada isteri, ada anak... Tapi nak buat macam mana, belum ada jodoh kut.” Tiba-tiba nada suara Juan bertukar serius pula.

Mendengarkan kata-kata Juan itu buat dia rasa menyesal pula bertanyakan soalan itu. Juan tersinggung ke?

“Kau nak yang macam mana? Aku kenalkan dengan kawan aku nak?” Annur cuba menceriakan suasana kembali.

Setahunya, kawan-kawannya pun masih ramai yang bujang. Malah, lebih cantik daripadanya tetapi entah kenapa mereka masih belum berkahwin padahal ramai sahaja lelaki yang nak dekat mereka. Lainlah kalau dia. Izzul saja yang nak pada dia.

“Tak payah susah-susah. Kau ajelah kahwin dengan aku, nak?” Juan menjungkit kening.

Isy, dia pula yang terkena!


***

WAKTU maghrib sudah sampai ke penghujung tatkala mesyuarat itu berakhir. Terkoco-koco Annur mengerjakan solat tiga rakaat itu sebelum balik. Takut ditinggalkan sendirian di pejabat itu memandangkan semua pekerja di tingkat itu sudah pulang ke rumah. Tak pernah dia balik kerja selewat itu. Menyesal betul dia tak minta Juan tunggu tadi,

Ketika dia bergegas keluar dari bilik kecil yang dijadikan surau itu, dia bertembung dengan Muaz.

“La, kenapa awak tak balik lagi ni?” Matanya melilau mencari jika ada orang lain di situ. Kosong. Mungkin hanya mereka berdua yang masih berada di pejabat ketika itu.

“Tunggu you la,” jawab Muaz selamba.

“Tunggu saya kenapa?” soal Annur hairan.

“You naik LRT, kan? Jomlah I hantarkan. Dah gelap ni,” pelawa Muaz.

“Eh, tak apalah. Saya jalan kaki aje. Tak jauh pun,” Annur menolak. Tak naklah dia naik kereta dengan orang yang dia tak kenal. Kalau ada staf yang nampak nanti lagi haru!

“Janganlah macam tu. Hati I tak senang nanti biar you jalan kaki sorang-sorang malam-malam macam ni pergi stesen LRT tu,” tutur Muaz.

“Saya okey ajelah. Tak payah risau pasal saya okey. Lagipun saya ni dah tua kut. Tak ada orang nak culik pun,” seloroh Annur.

How tua are you? 30? 40?” soal Muaz ingin tahu.

“Dah nak masuk 31 tahun dah.”

“Tapi you tak nampak macam 30 tahun pun,” akui Muaz.

Annur senyum segaris. Dia takkan termakan dengan pujian itu. Biasalah ayat manis orang lelaki.

“Ke you takut suami you marah? Kalau you takut suami you marah, you call dia. Biar I cakap dengan dia,” ujar Muaz berani.

Annur sudah menelan liur. Siapa pula yang nak jadi ‘suami’ dia sekarang?


***

“Kau dengan Muaz tu ada apa-apa ke?” soal Juan ketika mereka sedang menikmati hidangan ayam penyet.

“Mana ada apa-apa. Kawan ajelah,” jawab Annur jujur. Takkanlah dia dengan Muaz bercinta. Muaz itu kan lebih muda daripadanya.

Ketika belajar di universiti dulu pun, dia langsung tak berminat dengan rakan- rakan sekelasnya yang sama baya meskipun rakan-rakan sekelasnya ramai yang bercinta sesama sendiri. Entah kenapa, baginya kawan lelaki yang sama usia atau yang lebih muda daripadanya tidak lebih daripada seorang kawan.

Dia bukanlah meletakkan syarat umur, tetapi hatinya lebih tertarik kepada lelaki yang lebih berusia. Izzul pun tua tiga tahun daripadanya.

“Ya ke kawan? Aku dengar kau selalu balik tumpang kereta dia,” ujar Juan namun matanya pandang ke pinggannya.

“Dah dia yang beria-ia nak hantar. Sampai LRT aje pun, bukannya sampai rumah,” cerita Annur. Eh, dah kenapa pula dia nak cerita semua benda ni dekat Juan?

So, dia tak tahu rumah kaulah?” Juan meminta kepastian.

“Mestilah tak. Ingat senang-senang ke aku nak beritahu orang rumah aku?” Air minuman dijamah sedikit. “Yang kau sibuk-sibuk tanya aku dengan Muaz ni, yang kau dengan Shafira tu apa cerita?”

“Kenapa pula dengan Shafira?”

“Yalah, dengar cerita kau selalu breakfast dengan dia sekarang,” ejek Annur.

“Mana ada selalu, baru sekali tu aje. Itu pun tak plan. Tiba-tiba aje dia muncul depan aku nak makan sekali,” terang Juan.

“Ya ke?” Annur pamer wajah tak percaya. Namun dalam hatinya, terasa lega kerana bukan Juan yang mengajak Shafira sarapan bersama. Tapi Shafira selalu memuji Juan di depan Hayza. Itu yang Hayza cakaplah.

“Betullah, aku tak ada apa-apa pun dengan dia. Kebetulan aje hari tu jumpa dia kat Kerinchi tu.” Sungguh-sungguh Juan menjelaskan.

Entah kenapa, penjelasan Juan itu buat hati Annur kembali lapang. Maknanya, Juan dengan Shafira tak ada apa-apa hubungan istimewa.




Berminat nak order?

WhatsApp team Love Novel ya 👇

Tiada ulasan: