Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Saya sedang mengubah dan membaiki sebuah manuskrip cinta supaya jadi yang lebih baik. Jadi, blog ini akan sunyi sepi buat seketika.

Novel "Budak SMART" dan "Pemuja Rahsia" sudah boleh dibeli di kedai buku Kinokuniya (KLCC) dan MPH di seluruh Malaysia! Boleh lihat di sini.

Jika mahu beli terus daripada saya, e-melkan pesanan anda kepada ilmia85@gmail.com berserta nama anda dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, November 22, 2010

Belum Ada Jodoh

Akan datang Disember ini, versi baru AsyrAfia... "BELUM ADA JODOH"



Sinopsis:

Mentang-mentanglah dia tak ada pakwe, sesuka hati kawan-kawannya saja nak jodohkan dia dengan mana-mana kawan lelaki mereka. Apa mereka ingat dia tak laku ke? Bukannya dia terlalu memilih tapi dia tak mahu terburu-buru. Mungkin belum ada jodoh agaknya.

Nak buat macam mana, bila orang sukakan dia, dia pula tak suka. Bila dia sukakan orang itu, orang itu pula sudah berpunya. Bak kata pepatah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Entah siapalah yang sudi bertepuk dengan sebelah tangannya...

0 komen: