Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Jumaat, Disember 19, 2008

Budak S.M.A.R.T. 31

Suasana di dewan itu lengang memandangkan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi tidak ramai. Hanya pelajar kelas sastera yang seramai 36 orang itu sahaja yang berada di dewan pada petang itu.

“Baiklah. Masa menjawab sudah tamat. Sila letakkan pen. Anda semua tidak dibenarkan keluar dari dewan selagi kertas-kertas jawapan belum habis dikutip,” ujar ketua pengawas yang bertugas pada hari itu.

Para pelajar sabar menantikan kertas jawapan mereka dikutip. Laily memandang Azrizal yang duduk selang beberapa meja daripadanya.

“Baik, anda semua boleh keluar sekarang…”

“Merdeka!!”

Para pelajar bersorak kegirangan. Berakhirnya peperiksaan pada hari itu bermakna berakhirlah sesi persekolahan buat mereka. Segala penat lelah selama 11 tahun di bangku sekolah seakan hilang.

“Laily, jom ambil gambar!”

Laily tidak jadi mendekati Azrizal apabila Melissa memanggilnya untuk bergambar. Petang itu digunakan oleh mereka bagi merakamkan seberapa banyak gambar kenangan sepanjang belajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib.

“Riz, sekejap lagi boleh tak awak datang rumah saya?” Laily menghampiri Azrizal selepas selesai sesi bergambar.

“Sekejap lagi?”

“Haah. Kenapa? Awak ada hal ke?”

“Saya…”

“Jom Riz…” belum sempat Azrizal menjawab, Athira datang menghampiri mereka dengan wajah yang ceria. Laily mula mengerti apabila melihat Athira. Azrizal serba salah memandangkan dia sudah mempunyai temu janji dengan Athira.

“Tak apalah,” Laily tersenyum tawar.

“Sorry, Laily. Lain kali sajalah ya. Nanti saya telefon awak. K,” janji Azrizal.

“Jomlah Riz. Nanti ramai orang,” Athira menarik tangan Azrizal. Dia sengaja mahu menyakitkan hati Laily. Azrizal pula hanya menurut kehendak Athira.

Laily menghantar langkah Azrizal dan Athira dengan pandangan matanya. Mungkin hari ni hari terakhir kita jumpa Riz…


***


Di rumah mereka, Laily dan ayahnya sedang bersiap-siap memasukkan barang-barang ke dalam kereta tatkala kawan-kawannya datang.

“Kenapa kau tak bagi tahu kita orang awal-awal?” tanya Melissa.

“Aku tak nak kau orang sedih masa exam,” balas Laily. Selepas tamat kertas peperiksaa terakhir tadi, baru dia memberitahu kawan-kawannya tentang perpindahan itu. Ternyata berita itu mengejutkan kawan-kawannya.

“Mestilah aku sedih. Kita kan dah lama kawan,” Melissa memeluk Laily. Berat rasanya untuk berpisah dengan sahabatnya itu.

“Laily… Fuh…Nasib baik kau tak gerak lagi. Kita orang terus datang sini bila Lis telefon tadi. Kenapa tak cakap nak pindah?” Shafik dan Iqbal tercungap-cungap menahan penat berlari.

“Kita orang dah telefon Riz tapi dia tak ada. Mak dia cakap dia keluar,” Iqbal memberitahu.

“Saya tahu. Dia keluar dengan Tya,” ujar Laily.

“Hah? Maknanya dia tak tahu lagilah?”

“Biarlah,” Laily seakan sudah putus harapan. Dia tahu dia tak mungkin dapat mengambil tempat Athira di hati Azrizal.

“Dah siap semua? Ada barang tinggal?” Encik Naziri bertanya sebelum menutup bonet kereta.

“Tak ada.”

“Dah boleh gerak?”

Laily mengangguk.

“Aku pergi dulu,” Laily menatap wajah sahabatnya seorang demi seorang.

“Jangan lupa contact aku kat My Space,” Melissa memeluk Laily buat kali terakhir.

“Aku pun nak buat My Spacelah nanti,” ujar Shafik.

“Kau tak ada My Space lagi ke? Lambatlah kau ni,” Azleen agak terkejut apabila mengetahui Shafik belum ada My Space sendiri. Ketinggalan betul! Orang sekarang dah beralih ke Facebook dah pun.

“Nanti aku buatlah,” balas Shafik.

“Bila kau dah buat nanti, jangan lupa add aku tahu,” pesan Laily.

“Pasti!”

“Sampaikan salam aku kat Riz ya.”

Laily memandang rumah itu buat kali terakhir. Rumah tempatnya membesar dan banyak menyimpan kenangan dalam diari hidupnya.


***


Azrizal baru menapak beberapa langkah apabila tiba-tiba telefon di ruang tamu itu berdering. Pantas panggilan itu dijawabnya.

“Hello... Ya, Chap?”

“Riz, mana kau pergi? Dah banyak kali aku call kau.”

“Aku keluar dengan Tya tadi. Ada apa kau cari aku? Penting sangat ke sampai tak boleh tunggu sampai besok pagi?”

“Mestilah penting tapi aku rasa macam dah terlambat aja. Nak cakap pun dah tak guna,” Shafik mengeluh hampa.

“Kenapa?”

“Laily...”

“Kenapa dengan dia?”

“Dia dah pindah rumah.”

“Laily dah pindah? Kau jangan main-main Chap! Kan baru siang tadi aku jumpa dia kat sekolah.”

“Memanglah. Lepas habis exam baru dia bagi tahu. Kita orang pun terkejut juga tadi.”

“Dia pindah mana?”

“KL.”

“KL?”

Perbualan telefon antara dia dan Shafik semalam bagaikan tergiang-giang di telinganya. Azrizal merenung rumah teres yang sederhana besar di hadapannya. Tiba-tiba kenangannya mengulangkaji pelajaran bersama Laily di rumah itu ligat bermain di ingatan. Pasti dia akan merindui gadis itu.

“Dia kirim salam kat kau. Dia cakap harap-harap dapat jumpa kau kat universiti nanti dan dia doakan cita-cita kau nak jadi pemuzik tercapai suatu hari nanti. Dia tunggu kau kat Kuala Lumpur.” Itulah pesanan terakhir Laily yang disampaikan oleh Shafik.

Laily adalah orang yang banyak menyokong cita-cita dan impiannya bahkan gadis itu tidak pernah jemu memberikan perangsang dan kata-kata semangat kepadanya. Justeru, dia akan pastikan impiannya itu menjadi kenyataan bukan sahaja untuk kepuasan dirinya bahkan demi orang yang menyokongnya.

Dan semua itu hanya akan terlaksana di Kuala Lumpur, tempat pelabuhan semua mimpinya. Di sanalah dia bakal merealisasikan impiannya itu. Laily, tunggu aku di Kuala Lumpur… Kuala Lumpur, aku datang!!!


TAMAT SIRI SATU

13 ulasan:

Anaqi berkata...

camtu je ke?? larr..

riz dengan tya je la kan??

sbb riz da bgtau yg dia cuma anggap laily tu kawan..

ke camne ni??

keSENGALan teserlah.. berkata...

eerkk?
so ending dye nie je??
riz ngn tya bersme blek ker??
laily plak??
huhu...

Ilmar Imia berkata...

so far, ni la endingnya.
tak tau la klu lpas ni ada sambungan zaman diorg kat kolej pulak =)

brapa org rasa ending crita ni tak best? angguk kepala..huhu..

nk suh sambung lg ke?

keSENGALan teserlah.. berkata...

sambung ar lgi..
tp kalo bley,smbungan dye not be so long n abeskan je cptt..
bz arh tawon dpan...
heheehehee....

Anaqi berkata...

sambung2.. apa2 pun biar la riz ngan tya ek..

tk brape suke la ngan laily tuh..haha

p.i.n.a.t berkata...

erk.
cmtu je ending die?

smbung la lagi..

bia smpi dorg bsr pon ok la..
smpi riz jejak kl ke ape ke..

Ilmar Imia berkata...

klu smpai diorg bsar title 'budak SMART' tu dh tak bole pakai..hehe

tgh cari idea nk sambung k

haikadove berkata...

alaaa.. smbung sambung~
tp xnk laa riz n tya.
ksian laily tuee.. hehehee;p

Tanpa Nama berkata...

sambung la lagi.......
nak gak tau ape result riz n geng dia dpt....

kes dia dgn laily...'syamsul...
fatin.....


cter syamsul dgn fatin x derk ending....


eheheh
so klo leh sambung la lg...


~ vanila coke ~

sOfEa_95 berkata...

salam,
alah kak mia,
napa tak wat ending c-laily ngan c-riz?tak nak ngan c- tiya tue.dia tue curang lah.
nanti klu kat kolej,buat lerr c-laily tue terserempak ngan c-riz yeak?jgn c-tiya.
sofea tak suka lerr dgn dia.

Ilmar Imia berkata...

dlm perancangan utk sambung :D

Tanpa Nama berkata...

aku ske sgt la cite ni..tp aku x ske riz ngan tya...tya tu cam x de pendirian je...huhuhu...kalu laily tu ok...dah kena 'tangkap' pun leh kawan ngan riz lg...

ecah hamzah berkata...

ilmar,smbg la lg!wat la smpi zaman kolej ke,zaman keje ke.....eeheehhh.....memandai je bg idea kn....nk bg idea senang,nk mengarang yg ssh!hihi