Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Isnin, Disember 08, 2008

Beringin 32


Satu rumah lapan karekter
Bila berkumpul bermacam cerita
Inilah kisah di suatu semester
Penghuni Beringin bernombor tiga dua

Aimi Fazlah nama mak abah beri
Orangnya cuek suka menyendiri
Bukan maksud mengasingkan diri
Sekali sekala nak jugak privacy

Malam-malam dengar Hindi Power
Pilihan Ilyani di T.H.R
Orangnya single belum berpakwer
Sebab nak tunggu SRK datang melamar

Dok KL tapi orang Kedah asalnya
Persis Arab cantik parasnya
Patutlah Sakinah terrer speakingnya
Pernah dok oversea alkisahnya

Berambut lurus berkaca mata
Digelar ‘panda’ teman sekelas
Mulutnya riuh suka bercerita
Memang Airien tak suka berkias

Hello Kitty jadi kegilaan
Syahril In-Team pulak jadi pujaan
Mukanya comel penuh kenakalan
Husna Kitty nama gelaran

Orangnya ramah suka berbicara
Di mana saja menambah kenalan
Inilah Hayati empunya cerita
Jujur berkawan jadi pegangan

Tubuhnya tinggi bukan melidi
Bab mengkritik dia nombor satu
Itulah Shahida tuan punya body
Susah senang selalu ambil tahu

Rambutnya pendek kecik badannya
Sekali tengok ingatkan lelaki
Tak sangka Teh Fatihah rupanya
Gelaran Kecik empunya diri

Enam bulan kita bersama
Suka dan duka telah dilalu
Kenangan kita jangan dilupa
Jadikan helaian diari hidupmu

Tiada ulasan: