Silalah LIKE kalau sudi :)

Pengerah Jemari

Nota Penulis

Kalau kau orang nak beli novel Budak SMART, Pemuja Rahsia atau Kugiran SMART, bolehlah e-melkan pesanan kau orang kepada ilmia85@gmail.com berserta nama dan judul novel yang ingin dibeli.

Sabtu, November 08, 2014

Bukan Tak Suka - Bab 5


“HA, cerita baik apa yang kau nak kongsi dengan aku tadi? Siap belanja makan lagi ni,” tanya Fauziah tidak sabar sejurus mereka selesai memesan makanan.

Alang-alang Elfira nak belanja makan, Fauziah memesan Chicken Chop yang jarang-jarang dia dapat makan tu. Elfira pula memesan Spagetti Carbonara. Memang tekak barat mereka malam ni. Maklum sajalah sebelum ini asyik makan nasi saja. Sesekali pekena western apa salahnya.

            “Saja, tiba-tiba aku rasa nak belanja kau makan,” jawab Elfira sambil menguntum senyuman. Entah kenapa dia rasa nak senyum saja hari ni.

            “Takkan tiba-tiba? Ni mesti ada sesuatu yang buat kau gembira ni, kan?” Fauziah masih cuba merisik.

            “Mestilah. Hari ni kan aku pergi hantar assignment yang aku kena buat dengan Danish tu,” cerita Elfira.

            “Eh, dah siap ke assignment tu?” soal Fauziah, pelik.

            “Mestilah dah. Tengok oranglah,” ujar Elfira bangga.

            “Wah! Tahniah, tahniah!” ucap Fauziah. “Tapi kan, aku tak pernah nampak pun kau buat assignment tu dengan dia. Tup, tup je dah siap.”

            Seingat Fauziah, Elfira hanya terperap di dalam bilik menyiapkan assignment tersebut. Tak adalah pula Elfira memberitahunya yang dia keluar buat assignment dengan Danish. Kata kerja berpasangan, bukan?

            “Ha, sebab aku bijak!” Elfira memuji diri sendiri.

            Fauziah buat muka blur.

            “Aku bagi-bagi tugas dengan dialah. Tak naklah aku duduk berdua dengan dia,” jelas Elfira.

            “La, macam tu pulak?”

            “Dia pun okey aje. Tak bantah.”

            “Okeylah tu, jangan kau pulak kena badi ‘repeat’ dia!” usik Fauziah.

            “Isy, mulut!” Elfira pantas menegur Fauziah.

Bab mengulang subjek ni jangan disebut-sebut. Dia dah plan elok-elok nak habis study tepat pada masanya. Tak nak main-main. Tak pernah dalam sejarah keluarganya ada yang kena ulang subjek. Mahu dia kena bambu dengan emak dan abahnya.

Fauziah tergelak.

Elfira sudah mencebik.

            So, nampaknya lepas ni dah tak ada cerita pasal Danish lagilah ya.” Fauziah masih belum mahu menamatkan cerita tentang manusia yang bernama Danish itu.

            Nope!” balas Elfira dengan yakin.

            “Alah, bosannya. Sekejap sangat. Tak sempat nak sampai klimaks lagi. Rasa tak puas pula,” keluh Fauziah.

            “Baguslah sekejap. So, aku tak payah jumpa dia lagi,” balas Elfira.

            “Kau pasti ke yang kau takkan jumpa dia lagi?” usik Fauziah. Sengaja menduga hati Eisya.

            Elfira terdiam sejenak. Memikirkan kata-kata Fauziah.

Adakah dia pasti yang dia tidak akan berjumpa dengan Danish lagi?

Err...

 

             

 

USAI makan, mereka terus berlalu ke kaunter untuk membuat bayaran. Sememangnya mereka berdua bukanlah jenis pelajar yang gemar melepak di kedai-kedai makan. Hanya sekali-sekala saja apabila dah jemu dengan makanan yang dihidangkan di dewan makan.

            Ketika berpaling setelah selesai membuat bayaran, Elfira terpandang dua wajah yang amat dikenalinya. Kedua-duanya nampak mesra sekali. Macam pasangan bercinta pula.

            Elfira menahan tangan Fauziah ketika temannya itu ingin berlalu. Fauziah hampir terjatuh apabila tiba-tiba ditarik begitu.

“Gee, tu Anzalna, kan?” tanya Elfira untuk mendapatkan kepastian.

Manalah tahu kut-kut matanya salah tengok. Matanya pun bukannya terang sangat. Takut dia tersalah orang pula.

            Fauziah memandang ke arah yang dikatakan. Dia mengamati wajah yang dilihat.

“Yalah tu, Anzalna. Kenapa?” soal Fauziah pula.

            “Tak adalah, tadi aku ajak dia makan sekali, dia kata tak dapat join. Nak jumpa kawan katanya,” terang Elfira.

            “Kawan dialah tu agaknya.” Fauziah yang tidak mengenali lelaki yang bersama Anzalna itu memberi pandangan.

            “Kalau kau nak tahu, lelaki yang dengan dia tulah Irwan,” balas Elfira.

Seperti perihal Danish, perihal Anzalna dengan Irwan pun diceritakan kepada Fauziah. Jadi, Fauziah turut mengetahui akan perhubungan Anzalna dan Irwan.

            “Ha, ya ke? Boleh tahan.” Fauziah kembali memandang Anzalna dan Irwan yang sedang berbual-bual mesra tanpa menyedari kehadiran mereka. “Kau nak join dia orang ke?”

            “Tak payahlah, kita balik ajelah jom.” Elfira menarik tangan Fauziah berlalu dari situ. Dia tidak mahu Anzalna atau Irwan menyedari yang mereka berada di situ.

            Dalam hati, Elfira mula bertanya sendiri.

Kenapa Anzalna tidak memberitahunya kawan yang dikatakan itu adalah Irwan? Bukannya dia tak kenal Irwan.

Kenapa Anzalna harus menyembunyikan perkara itu?

Dia mula berasa tidak sedap hati.

 

Tiada ulasan: